pengorbanan seorang ayah


selamat pagi buat blogger-blogger di Malaysia...
sudah lama rasanya tidak update blog ni...ehhe 
padahal baru beberapa hari....
jadi, di hari yang mulia ini....
dan di minggu study week yang bakal hilang tidak lama lagi....
saya ingin berkongsi sedikit tentang seorang insan yang digelar sebagai AYAH...

buat pengetahuan semua, saya kehilangan kasih sayang seorang ayah sejak saya berumur 10 tahun.....
ayah saya telah meninggal kerana menghidap penyakit jantung.....
marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah kepada arwah...

baru-baru ini, saya terbaca akhbar metro bercakap pasal beberapa orang anak yang 'meminjam' ayahnya
di Rumah Orang-Orang Tua semata-mata untuk proses pengurusan harta pusaka...
selepas proses itu selesai...mereka menghantar balik ayah mereka di sana....
pada mulanya..mereka memberi janji kepada penjaga rumah orang tua itu untuk membawa ayahnya pulang kerumah buat selamanya....tetapi itu hanyalah janji manis semata-mata.......

tengoklah situasi diatas....betapa kejamnya anak yang sanggup membiarkan ayahnya tinggal dirumah orang tua.....mereka ni x sedar ke yang ayah mereka tu bnyak berbakti kepada mereka...
x faham ape nak jadi dengan dunia sekarang ni.....
macam-macam.....

ok...itu sekadar pendahuluan...di bawah ini pula adalah satu cerita yang ingin saya kongsikan...
cerita ini sy nampk orang share kt fb...so sy nk share kt blog dengan harapan cerita ini dapat memberi iktibar buat saya dan rakan-rakan semua.....

 APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..


itulah pengorbanan seorang ayah........sedar x sedar air mataku menitis kerana merinduimu AYAH



Kalau suka tekan like jer....

5 comments:

  1. wow...entry ni menarik and terharu.

    ReplyDelete
  2. aunie : ehhe terima kasih...ingt my daddy

    ReplyDelete
  3. wlpn luaran ayah tuh cool abes, senanye dia sgt2 protective.. sayang ayah gak

    ReplyDelete
  4. tulah...ayah x tunjuk dpn anak yg dia penat mnjaga kta...semua tu hasil keikhlasan diri mereka menjaga kita

    ReplyDelete
  5. terharu saya.. :'( lebih nurut dan ga bohong lagi sama ayah

    ReplyDelete