Kelantan Miskin ?????



salam buat pembaca semua...
amacam malam ni...
mood ada baik ke...kurang baik..
takkan la sebab harimau muda kalah 4-0 dengan jepun kot...
ahhaha nak wat macamana....
pembangunan bola sepak negara jepun lagi mantap dari kita...
so, kena terima je la hakikat kekalahan tuh...
tapi....tengok dari segi permainan malaysia tuh...
nampak jugaklah peningkatan..
cuma x de nasib jek...
apepun...harimau muda tetap di hati....

tapikan malam ni bukan nak cakap pasal bola..
tapi nak cakap pasal negeri saya...
iaitu negeri Kelantan....
baru-baru ni kecoh orang kata negeri Kelantan ni miskin...
mana buktinya....
dari statistik yang Bank Dunia keluarkan, takde pun negeri kelantan.....
tapi kenapa masih ade pendapat negeri Kelantan ni negeri termiskin...
bukan nk racist ke ape kan...
ye la kan...kalau orang dah kata bukan-bukan kat negeri kita...tempat kita dilahirkan...
adalah jugak kan naik angin sikit...
jadi...di bawah ini saya nak senaraikan bukti yang Kelantan ni bukan negara miskin..
renungkan lah...
  
1)  Kelantan negeri terMISKIN tetapi tiket Bola adalah yang  terMAHAL di Malaysia. Stadium pun sentiasa penuh dengan gelora merah...Tiket MAHAL pun tapi stadium tetap penuh...so tepuk dada tanyalah iman..
2) Kelantan negeri terMISKIN tetapi Baju The Red Warriors yang berharga Rm 80 untuk lengan pendek dan Rm 100 untuk lengan panjang  tetap di beli juga
 
3) Keuntungan Tesco di kelantan TERTINGGI di Malaysia..maknanya ramai rakyat Kelantan yang berbelanja di situ...mereka mampu membeli belah...jadi mana bukti  yang kelantan ni miskin...

4) Cuba di ketuk pintu 10 biji rumah Banglo di Kelantan, 9 adalah melayu dan cina hanya 1 je, tapi di Kuala Lumpur?...fikirkanlah sendiri...

5) Masa tiba tahun baru cina di kelantan, operasi kedai tetap berjalan seperti biasa,tapi di Johor dan Kuala Lumpur sunyi sepi sebab di kuasai golongan bukan melayu

 6) Kelantan negeri miskin di Malaysia tapi rakyatnya makan beras IMPORT dari Thailand

7) Kelantan negeri miskin tapi kaum hawa nya yg mampu milik EMAS sampai ke siku

8) Kelantan negeri miskin tp produk bijak pandai datang dari negerinya

9) Kelantan negeri miskin tapi rakyatnya memiliki RUMAH SENDIRI bukan rumah sangkar burung (flat)

hanya orang yang pernah pergi ke kelantan jer tahu siapa monopoli perniagaan dan cara hidup orang kelantan

Jadikanlah Negeri Kami Negeri Beragama, Tempat Istirehat Orang-Orang Miskin Dan Memerlukan.

Saya bersyukur dilahirkan dibumi Kelantan yang sekarang ini masih dipimpin oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat....seorang menteri besar yang sangat disayangi oleh rakyatnya di atas kesederhanaan beliau dalam segala segi.......percayalah....anda akan jumpa menteri besar ni di mana-mana dengan pakaian kain pelikat, baju pagoda dan serban......

Semoga kelantan dirahmati allah selalu


p/s: Jika tak mampu hidup dalam negeri miskin,jangan sesekali datang ke Kelantan



Kalau suka tekan like jer....

Perempuan pandai Memasak vs Lelaki menjadi Imam


salam.ape khabar semua...ari ni saya nak try kupas tajuk hot sikit..
iaitu...pasal lelaki dan perempuan....
nak tau pasal apa...sila bace hingga ke bawah...
ini isu pertelagahan yang berlaku antara lelaki dan perempuan di suatu masa dulu...tetapi tak tahu la isu ini masih relevan ke tak....

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. 
Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. 
Jangan diperbesarkan isu ini... nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata seorang rakan lelaki pada seorang anak dara, juga rakan kami. 
Maka jawablah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.  

''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. 
Wanita sepatutnya buat begitu juga.
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. 
Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. 

Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

 "Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

 Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? 

Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. 

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.

Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki! 


to all lelaki cam saya ni....meh bukak fikiran kita meh....renung sejenak...jadilah imam untuk keluarga kita...

amin....


Kalau suka tekan like jer....

SAY NO TO VALENTINE




Ape khabar semua....
taukah anda esok berapa hari bulan ??

14 Februari kan...atau sinonim di kalangan masyarakat barat adalah tarikh keramat 
buat pasangan kekasih untuk menunjukkan kasih sayang....
atau nama singkatannya HARI VALENTINE....tak pun HARI KEKASIH...
tapi kita umat islam..kita kena sedar...hari itu bukan hari untuk kita menunjukkan kasih sayang.....
please sedar.....dan SAY NO TO VALENTINE....



 contoh perbualan antara pakwe dan makwe yang masih tidak menyedari haramnya menyambut valentine..

PAKWE :  baby, baby sayang hubby tak?
MAKWE : mesti lah sayang hubby...sayang sangat...tiada siapa dalam hidup baby..hanya ada hubby seorang jek..
PAKWE : betul ke ni.. I LOVE U SO MUCH.....
MAKWE : me too...baby gembira ada hubby....hubby sangat gentleman....
PAKWE : kalau baby betul-betul cinta hubby...macamana hubby nak taw bukti cinta baby tuh...
MAKWE : hubby nak baby buktikan camna...
PAKWE : baby bagi dara baby kat hubby....hubby akan bertanggungjawab...kita kan saling menyayangi....
MAKWE : betul ke ni...x salah ke kita wat ni...
PAKWE : lambat laun kita akan kahwin jugak baby...
MAKWE : okay baby setuju..baby serahkan apa sahaja untuk hubby demi cinta baby...

maka berlakulah maksiat dengan hanya bermodalkan kata-kata manis...
nikmat hanya sekejap...
tapi kesannya sangat mendalam....
kalau pasangan itu kahwin selepas itu okay lagi...
takutnya lepas madu dihisap sepah dibuang....
tinggallah seorang gugurl seorang diri terkontang kanting..
membawa isi dalam perut...
dan menunggu sembilan bulan..
sebelum melahirkan anak yang tidak berbapa...
bagi yang tidak mempunyai pegangan agama yang kuat...
anak dibuang merata-rata..
di tandas...di longkang...
ini semua kerana terlalu mengejar nikmat yang sekejap...
jadi sempena post pasal hari valentine ni..
nasihat saya : 
1) jagalah dara anda wahai gadis-gadis sebelum terkorban di tangan lelaki kasanova...walaupun anda dah kapel dengan dia 5 tahun...belum pasti dia akan menjadi suami anda kelak....
2) fikirlah kesannya sebelum bertindak atas sesuatu perkata...

jom  SAY NO to VALENTINE
tapi 
SAY YES TO MAULIDUR RASUL









Kalau suka tekan like jer....

Contest My Awesome Moments

 
 
salam ape khabar smua....
sihat ke...
tadikan jalan-jalan kt grup blogger...
terjumpalah satu blog ni....
yang wat contest " MY AWESOME MOMENTS"
kebetulan takde idea nak update blog ni...
so ape kate kita join contest ni....
just for fun plus tambah-tambah kawan baru......
 


Kalau nak join macam biasa la...kita letak dulu banner cantik dia...
warna-warni siap ade pelangi lagi....macam warna warni kehidupan lak kan...
ni link dia....kalau nak taw rule dia...
Da Cool BLue 
 
ok task ari ni adalah menceritakan the AWESOME MOMENT kan....
ahah kalau nak ikutkan moment tu memang banyak...
tapi dalam ni nak satu jek...
terpaksa la saya tapis satu persatu menggunakan penapis santan kelapa...
dan hasilnya seperti berikut....
ari ni nk wat gaya-gaya temuramah la...
boley kan....
bagi kelainan sikit...
berikut temuramah saya dengan Da Cool Blue atau singkatan DCB....saya  man luqman cool atau singkat..MLC silalah membacanya..
 
DCB : hai pakwe yang cool tuh...
MLC : hai makwe cool jugak...
DCB : nama kita ada persamaan lah...
MLC : yelah.. sebab tu saya join kontest kamu....
DCB : malas nak cakap banyak la...nak taw AWESOME MOMENT  pakwe cool jek...
MLC : boley...nak banyak ke satu.?
DCB : satu cukup lah..kamu kan suka menaip panjang-panjang...nanti penat kita baca...
MLC : yela-yela...saya wat tak lebih 50 ayat...eheh bukan 50 patah perkataann...jom baca...
DCB : ish...taip-taip jelah..banyak songeh lak kamu ni..
MLC : ye le...nak tulis la ni...

maka MLC pun berceritalah...
saat ini berlaku di lokasi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia...
nak kata awesome moment x jugak lah...
tapi diri ini nak menjadikan ia awesome....
dipendekkan citer..ari tuh merupakan hari ujian membuat CPR....taw kan....ala-ala pertolongan cemas la...
takpun pernafasan mulut ke mulut...eheh..mesti korang taw kan...
hari itu merupakan saat genting...kalau gagal ujian itu...maka tidak dapatlah lesen membuat CPR....
diri ini sudah berdebar-debar....makan x kenyang.....yela..nak kenyang cmana..makan roti sikit jek...ehhe..takut punya pasal....duduk pun duduk-duduk ayam jek...eheh.kejap-kejap bangun...

nak pendekkan lagi citer....maka ujian itu berlangsung lah....
dan saat yang boleh meruntuhkan segala isi jantung pun tiba iaitu pengumuman keputusan...
seorang demi seorang dipanggil...
namaku tidak kunjung tiba...
fikiran pun tah ke mana...fikirkan mana la saya punya nama ni...
ke dia padamkan..
eheh...
akhirnya...tinggal beberapa orang terakhir...

seterusnya..
MUHAMAD LUQMAN BIN HUSSIN....
dengar jek nama tuh...
diri ini spontaneously angkat kedua belah tangan sambil mengucap syukur.....
ala-ala Dato Lee Chong Wei selepas menang dengan Lin Dan...(eh chong wei mana cakap Alhamdulillah)
 
maka diri ini dengan gahnya berjalan ke hadapan mengambil sijil...
dan muka ni tersenyum sampai ke telinga...bibir tu dah boleh sngkut kt telinga...
dan buktinya adalah ini...




tengok gambar kat atas..cukup membayangkan ini adalah salah satu daripada my AWESOME MOMENT...
heeheh....snyum lebar jek...tapi sory la..gmbar blurr skit...saya yang pling tinggi....
 

akhir kata terima kasih kepada Da Cool Blue dan Amirah Syafiqah
yang buat contest ni..salam perkenalan dari saya...tak lupa juga pada blogger-blogger yang sponsor hadiah...next time...insyaallah i will be the sponsor..:)
 
tata










 
 


 
 





Kalau suka tekan like jer....

TUNANG!!!! KEPERLUAN ATAU KEHENDAK


ape khabar semua...
sihat ke...hujung-hujung minggu ni mesti banyak aktiviti kan...
dalam banyak-banyak aktiviti tu...mesti ada masa untuk kita muhasabahkan diri kita kan...
jadi hari ni saya nak mengulas dan berkongsi dengan rakan-rakan semua..
tentang konsep pertunangan dalam islam...
 
Perkataan ‘tunang’ atau ‘bertunang’ ini adalah asalnya daripada perkataan arab iaitu Khutba atau Khitbah yang bermaksud suatu perjanjian untuk memasuki perkahwinan yang biasanya dipanggil ‘Pertunangan’ Pertunangan juga boleh dirujuk sebagai upacara peminangan seorang lelaki yang berkehendakkan seorang wanita untuk dijadikan isteri dengan mengadakan majlis pertunangan. Dengan erti kata yang lebih ringkas, pertunangan adalah merupakan perjanjian untuk mendirikan rumahtangga...
 
Kita semua tahu, bertunang itu ada dalam agama...Tetapi kita kadang2 lupa, bahawa setiap benda itu  ada tujuan yang tersendiri. Poligami sebagai contoh, tidak boleh sewenang2nya dijadikan ‘senjata’ kononnya itu satu  sunnah , lalu diambil sambil lewa sehingga mencetuskan pelbagai kes penganiayaan kepada wanita...

macam jugak bertunang... Tujuan utamanya adalah untuk lebih mengenali antara satu sama lain, bukan sahaja dari segi individu tetapi juga dari segi keluarga. Dan perhubungan ini WAJIB dikawal...sebelum timbulnya maksiat berleluasa....

Bertunang , ada tujuan dan hikmahnya yang tersendiri. Antara tujuannya adalah supaya kedua-dua pasangan boleh mengambil sedikit masa untuk bersedia ( mental dan fizikal ) serta mengambil peluang untuk mengenali antara satu sama lain, sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Antara lain, tujuan bertunang itu juga adalah supaya keluarga kedua-dua belah pihak dapat membina hubungan sebelum bergelar besan. Kita selalu dengar orang tua-tua menyebut ; apabila kita berkahwin, kita bukan berkahwin dengan lelaki atau wanita itu sahaja, tetapi kita juga ‘berkahwin’ dengan keluarganya sekali.

tapi sekarang ini..istilah pertunangan itu disalahtafsirkan oleh kebanyakan pasangan-pasangan..malahan keluarga pasangan itu..antara masalah-masalah yang timbul akan saya terangkan satu persatu di bawah ini...

1) Istilah Couple dan Tunang...

bagi saya...pertunangan hanyalah satu ikatan buat pasangan sebelum mendirikan rumah tangga...bagi seseorang lelaki...dia tiada hak untuk melakukan apa sahaja...
Walaupun sudah bertunang, Tetapi dalam bab keluar bersama-sama tanpa mahram, berdua-duaan dalam kereta, keluar pagi balik petang, menghantar mengambil dari tempat kerja, tinggal bersama-sama dan segala jenis perbuatan seumpama itu yang lain, maka hukumnya adalah HARAM.

Yang buat saya terkejut sekarang adalah masih ramai yang menyangka diri mereka mempunya hak ke atas tunangan masing-masing, sehingga kehidupan mereka tidak ubah seperti suami isteri walaupun masih belum berkahwin. Ibu bapa pula ramai yang menjadi bodoh  dengan membiarkan sahaja anak gadis mereka keluar berduaan bersama tunangan masing-masing dengan alasan ‘mereka sudah bertunang’. Sedangkan dalam tempoh bertunang itu, si gadis masih berada di bawah tanggungjawab ibu bapanya, justeru tindakan membiarkan si gadis tenggelam dalam maksiat itu adalah tindakan tidak bermaruah dan tidak diterima akal...
mereka seolah-olah bersekongkol dengan anak mereka dengan cara membiarkan anaknya melakukan apa sahaja..ingat...tunang bukanlah lesen untuk anda buat apa sahaja..berpeluk-pelukan di khalayak ramai...bercium-cium...yang salah tetap SALAH...
2) Pasangan Tidak tahu Pengertian Tunang

mereka tidak tahu kenapa perlunya mereka bertunang...
Sama juga isunya, lelaki dan wanita bertunang atau mahu bertunang, tetapi langsung tidak mengambil berat kenapa mereka bertunang. Adakah hanya semata-mata suka? Adakah hanya semata-mata mahu ‘chop’ si gadis dari disambar orang lain?
Bahkan tidak pelik, terlalu ramai orang yang bertunang tetapi masih tidak tahu hukum berkahwin padanya itu samada wajib, sunat ataupun makruh. Isu kahwin enggan difikir, lantaran merasa ‘selesa’ dengan tempoh bertunang yang sebegitu lama. Seronoklah masing-masing bermain cinta, dengan menggunakan ‘tiket agama’!

Akhirnya Syaitan mendominasi rasa, terbuai hanyut entah ke mana, lalu jadilah mereka mangsa kepada nafsu durjana. Rasa bersalah mula mengisi jiwa, perasaan terhadap pasangan mula hambar tidak seperti mula-mula, akhirnya dengan mudah mengungkap kata ; awak, baik kita putus tunang saja.

Masa bercinta semuanya indah belaka, bila sampai bab tanggungjawab semua benda jadi keruh belaka. Alasannya ; masih belum puas enjoy zaman remaja!

nasihat saya buat wanita dan gadis-gadis yang belum dilamar...
1) jual mahal sikit....yang mahalnya bukan kecantikan anda..tapi akhlak dan budi bahasa anda..jgan biarkan dri anda diperkotak katikkan oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab...

2) Jangan buka hati kepada lelaki murahan..maksud saya lelaki murahan adalah lelaki yang hanya pandai bermain kata-kata cinta tetapi disebalik kata-katanya..dia tidak berniat untuk memperisterikan anda.....jdi..berhati-hatilah sebelum terkena..

3) Anda sesungguhnya tidak tahu siapakah lelaki yang terbaik untuk anda. Tetapi DIA Maha Tahu. Jadi, apabila anda telah bersedia untuk menjadi suri kepada seorang lelaki, mohonlah pada DIA lelaki yang terbaik untuk anda. Jangan ikat diri anda dengan seorang lelaki yang sengaja ‘menyimpan’ anda lama-lama, kerana anda sendiri tidak tahu adakah lelaki itu benar-benar bakal menjadi suami anda ataupun tidak...
 
Kesimpulannya jangan jadikan pertunangan sebagai tiket untuk melambat-lambatkan pernikahan sekaligus melengah-lengahkan masa untuk memikul tanggungjawab. Jangan ambil kesempatan bertunang untuk bermain cinta, kerana sesama tunang tidak ada bezanya dengan bukan tunang. Kalau perlu kepada bertemu atau berbincang, bawalah kawan bersama. Tetapi praktikalnya, mungkin terlalu jarang berlaku di mana tunangan keluar dengan membawa ayah atau abang mereka bersama. Mereka kononnya mahukan privacy. Akhirnya, PRIVACY MAKAN DIRI
Justeru, timbang-timbangkanlah segala perkara yang disebutkan ini dan tanyalah kembali kepada diri masing-masing, perlukah anda bertunang


sekian terima kasih..mohon saranan dari anda jika penjelasan saya ini salah...
 





Kalau suka tekan like jer....

ENTRY BERGAMBAR BY MLC

 

salam...ape khabar semua...
dah bace ke entry saya semalam...
amacam...ape komen anda...
ok tak...
ahahah...

ok malam ni x nak bercakap panjang...
just nak tunjuk gambar semasa Dinner Kolej Tun Dr Ismail , Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia..
gambar ini hanyalah untuk tatapan blogger-blogger yang belum mengenali saya...jadi lepas ni kalau jumpa tu..
tegur-tegur la ye...

berikut adalah gambarnya...


bersama rakan , masih single lagi tuh..yang baju hitam tuh..  


bersama housemate.....dah berpunya ok..haha

another picture with housemate

bersama bintang...

ahaha gambar hitam putih ala-ala zaman P.ramlee  


Tu je kot nak tunjuk malam ni..
malas nak wat update panjang-panjang...
asyik pasal cinta jek...
nanti anda plak boring..
good nyte...



Kalau suka tekan like jer....

CINTA GILA

 

ape khabar semua....sihat x??..dah dekat seminggu rasanya kita tidak bersua....
bukannya ape...diri ini sibuk sangat dengan aktiviti-aktiviti yang ada...
walaupun idea untuk menulis itu ade...
tetapi disebabkan kekangan masa..saya tunda update tu sehingga hari ni...
nasib baiklah x hilang idea dalam kepala ni....
ahaha....

ok ari ni tak nak lah wat muqadimah panjang-panjang...
nanti ade orang yang boring plak bace...
ari ni saya nak jawab permintaan dari kawan saya...
yang tidak putus-putus meminta saya menghuraikan tajuk 
"CINTA GILA"

korang nak taw ape maksud CINTA GILA....cinta gila ni adalah cinta yang tidak berlandaskan syariat islam dan cinta jenis inilah yang semakin berkembang dalam diri mereka-mereka yang bercinta....
banyak situasi yang kita boleh istilahkan cinta gila...saya akan huraikan satu persatu...
tapi x semestinya huraian saya ni betul...
saya sekadar menulis ape yang bermain di fikiran...
sebarang komen dialu-alukan....


Dibawah ini saya akan huraikan situasi-situasi yang boleh dikategorikan CINTA GILA bagi pandangan saya...

1) CINTA MONYET
haa...cinta jenis ini banyak sangat berlaku di sekolah-sekolah...semua pelajar x kira lelaki perempuan seolah-olah berlumba-lumba untuk mencari "couple"... mereka rasa mereka dah cukup matang untuk bercinta walaupun pada hakikatnya tidak sama sekali....kalau yang takde kapel tu....mereka boleh dikategorikan sebagai orang yang "LOSER"..begitulah situasi yang berlaku di sekolah zaman sekarang....Cinta monyet ni kan...bile berkembang di kalangan budak2 sekolah yang blum matang sangatlah bahaya...yang si perempuan ni mudah terpedaya dengan tipu helah lelaki yang mahukan pasangannya menyerahkan dara kepada mereka....yang lelaki pulak x serik-serik mengambil kesempatan untuk menodai perempuan itu......bila tanya kenapa terjadi...sebb rasa sayang sangat.....ahaha....no bro...dah jadi lumrah hidup....yang sedap bila dipakai lama, pasti orang akan carik yang baru...kecuali yang dah berumah tangga...... jadi, yang si perempuan ni..bila lelaki tu dah bosan dan dah puas dengan apa yang dia dpat...maka ditinggallah terkontang kanting....tanpa ada sebarang berita...mana perginya bukti cinta yang diwar-warkan sebelum ini...haha semuanya entah melayang ke mana...kalau ditinggalkan tanpa isi x pe..ni plak ditinggalkan dengan ada isi kat perut...maka lahirlah anak luar nikah yang ramai...kalau lahir xpe gak....ni yang x dilahirkan..tapi digugurkan...maka...timbul pulak isu buang bayi yang tidak berdosa...semua ni angkara cinta gila......manusia dibutakan dengan cinta sehingga sanggup melakukan apa sahaja yang menyalahi agama...nasihat saya, kepada remaja-remaja di luar sana....berhati-hatilah bila anda bercinta di zaman sekolah ni...jgan la tunjuk anda ni bodoh sangat smpai anda x fikir ape kesannya jika anda melakukan perkara itu di masa hadapan....bagi saya..anda kan masih muda...kejarlah cita-cita dulu....jgan rosakkan hidup anda yang dijadikan allah sungguh berharga.....


2) CINTA NENEK DENGAN CUCU
ahaha....jangan anda x taw pulak.....nenek pun ade nafsu kat cucu taw....ni baru jek masuk paper dua tiga minggu lepas...si nenek yang berumur 70-an berasmara dengan cucunya....ehmm tua-tua pun still bernafsu ke....dahsyat sangat.....orang kita ni kalau tua-tua banyak yang dah ada kat masjid untuk membuat kebajikan dan menghabiskan sisa-sisa hidup dengan melakukan perkara yang baik-baik sahaja....tapi ini berlainan dengan nenek yang diatas.....bukan nak salahkan nenek tu 100%....dia pun ade nafsu...tapi berpada-padalah......dengan cucu pun boleh jalan....x boleh bayangkan ada lagi manusia yang jenis ni.......si cucu ni plak....macam 'pucuk dicita ulam mendatang lah'....x pun 'orang mengantuk disorongkan bantal'.....si cucu ni x fikir ape-ape dah..janji dia mendapat nikmat...walaupun dengan neneknya sendiri....inilah dinamakan cinta gila....Cinta yang x fikir baik buruknya dari segi agama....hanya nak sedap jek......ish2.....terlopong saya bila membaca paper yang mengeluarkan tajuk ini...nasihat saya...kalau lepas ni walaupun anda dah berumur 70 tahun dan bergelar nenek...tapi still ade keinginan untuk berasmara....carilah pasangan yang sah kalau suaminya telah meninggal...x yah lah nak bermanja-manja dengan cucu.....itu satu silap besar....anda tu dah tua..kalau allah amik nyawa time tu jgak...tak ke anda x sempat bertaubat..maka fikir-fikirlah nenek-nenek dan datuk-datuk yang ade diluar sana........haha jangan pulak orang kata datuk dan nenek ni 'makin tua makin menjadi' ...yelah kan..makin tua..makin meningkat keinginannya..ahaha...


3) CINTA SUAMI ISTERI YANG BERCERAI BERAI.....
ha....ini pun boleh dikatakan satu lagi cinta gila....mana taknya......si lelaki ni sebelum dapat perempuan tu...bermacam-macam lah cara yang dia buat untuk si pasangan itu cair dan sudi menerima dia dalam hidup.....yang si perempuan plak..bila lelaki ni nampak romantik sikit..mula la cair dan mudahnya menerima si lelaki dalam hidup mereka sebagai pasangan tanpa memikirkan apa yang akan berlaku di masa akan datang...tahun pertama hingga ke-3 berkahwin okay lagi......bahagia dan dikategorikan pasangan romeo juliet...ahah..bila dah masuk tahun ke-empat...anak pun makin bertambah....maka mulalah berlakunya keretakan rumah tangga....lelaki mula bosan dengan isterinya dan mula bermain kayu tiga di belakang isterinya....si isteri ni plak,..dengan setia menunggu dan menyokong suami bahkan membantu suami di waktu suaminya kesusahan.....kalau suami balik kerja...dibuangnya kasut suami, dibuangnya stokin suami...dibukakan baju suami....sampai seluar "kecik" pun dibukakan juga semata-mata untuk menzahirkan rasa sayang pada suaminya itu..kalau suaminya sakit.....air besar pun dia yang tolong basuh....tapi semua ini tidak dihargai dan dipandang sedikit pun oleh suami itu....malahan isterinya dilayan tak ubah seperti orang gaji dan orang suruhan......si suami x pernah memikirkan jasa dan kesetiaan isterinya.....pada mula berkahwin..isteri ditatang bagai minyak yang penuh..... tapi sekrang ini....isteri sering ditangan-tangankan dan disepak terajang tanpa memikirkan ape perasaan isteri itu......
pernah satu ketika si isteri sanggup bangun awl pagi masak-masak untuk suaminya semata-mata untuk membuat surprise di hari ulang tahun suaminya...tetapi suaminya hanya mencebekkan bibirnya shaja tanpa mengucapkan terima kasih....keesokkan harinya..isterinya mendapat berita suaminya menyambut ulang tahun kelahiran bersama perempuan lain di cameron highlands dan tido bersama...apakah perasaan isteri itu bila mengetahui berita tersebut...betapa tertekannya....bebanan berat yang menimpa di kepala...tetapi si isteri itu tetap tabah sampai sekrang.....bercerai dua kali tetapi dirujuk balik atas dasar untuk memberi si suami itu peluang..tetapi si suami tidak berubah sama sekali....
ini adalah kisah benar.....
tetapi diadaptasikan dalam bentuk yang mudah difahami...
memang betul-btul cinta gila...
masa nak....sanggup wat ape sahaja...
bila dah bosan....tiada langsung sifat untuk menghargai pasangan masing-masing...

saya rase setakat itu sahajalah huraian saya...kepada member saya Hadi yang request post ni...harap anda berpuas hati dengan penjelasan saya...itu jek yang mampu ditulis.....

kepada semua..kalau ade ape yang saya perkatakan ini salah..sila betulkan dan beri saranan yang membina..jangan plak serang saya nanti....
akhir kata dari saya...
selamat bercuti...esok dah mula kelas balik...
uwaaaaaa....bnyak assignment yang bakal tiba...uwaaaa...

salam...

p/s terlerai sudah bebanan di kepala selepas berjaya mennganjurkan PROGRAM BOWLING TERBUKA KTDI...nanti kalau ade masa..saya buat entri bergambar pulak...


Kalau suka tekan like jer....