imbauan kenangan futsal di zaman silam

salam jumaatan buat pembaca-pembaca blog sekalian....
sejak dua tiga hari ni tangan saya ni rajin plak nak mengetuk keyboard untuk berkongsi pengalaman dan cerita-cerita baru yang dah agak basi....

setelah membelek-belek album lama semasa saya bertapa di bumi BANDUNG, Indonesia..saya terjumpa foto-foto team futsal kami semasa berada di sana...nanti saya akan kongsi apabila berakhirnya post ini..tunggu dan nantikan kemunculannya..cewah...mcm over excited plak...

buat pengetahuan korang...saya berada di Bandung selama 3 tahun di bawah program TWP UKM-UNPAD iaitu sebuah program berkembar untuk ijazah perubatan...di sini, acara yang pling dinantikan buat kaki futsal adalah liga futsal tahunan anjuran kelab UMNO Bandung....

alkisahnya bermula apabila kami menghantar team pada tiap-tiap tahun walaupun team kami takde la mantap sangat pon...tp tujuan join liga tu hanyalah untuk suka-suka disamping untuk mengeluarkan peluh jantan...ahah.. .. pada tahun pertama iaitu tahun 2007 kami menamakan team kami sebagai YANG MENANG FC....bila first time join liga ni memang la rasa nebes....dan akibatnya kami kalah 13-0 kepada team senior..kekalahan itu menjadi igauan buruk kepada kami namun kami tetap tidak berputus asa...
kami meneruskan juga liga itu dengan menduduki tempat ke-7 kalau x silap dari 10 kumpulan..ok la tu kan..not bad ok...first time join....dan seperti biasa aku tidak dapat menjaringkan gol...tah kenapa sentuhan pnyudah aku tumpul pada waktu itu.ahah bajet star player plak kan....oh sebelum terlupa..jersi kami pada waktu itu direka khas oleh ISMAYUDIN HUDFLYER.....ala2 ac milan punya jersi...


 pada tahun kedua iaitu tahun 2008..kami sekali lagi menyertai liga itu dan setelah berfikir dan berbincang..kami menamakan team kami sebagai LACK FINDINGS FC...idea nama team ini diadaptasikan dari liga sebelum ini kerana kami kekurangan gol....pada edisi kali ini, format permainan telah berubah...12 pasukan telah dibahagikan kepada dua kumpulan manakala 3 teratas dari setiap kumpulan akan meneruskan perjuangan dalam liga enam terbaik...alhamdulillah..pencapaian pada tahun kedua menyertai liga ini memuaskan apabila kami berjaya menempatkan diri di kalangan 6 pasukan terbaik...oh seperti yang korang taw...say masih lagi ketandusan gol untuk edisi kali ini......


dan pada tahun terakhir iaitu tahun 2009...kami menyertai liga itu buat kali terakhir kerana kami bakal pulang ke tanah air malaysia untuk meneruskan pembelajaran di UKM...pada tahun terakhir ini..kami menggunakan nama CIKGU SULIZI FC sebagai nama pasukan ini..pada edisi kali ini..kami terpaksa mengimport 3 pemain junior kami kerana kekurangan pemain...sperti biasa pada tiap2 tahun..format liga juga berubah..pada kali ini bermain dalam kumpulan 5 pasukan....kami kalah kesemua perlawanan itu tapi apa yang menggembirakan adalah kami berjaya at least memberi fight dengan semua pasukan walaupun kalah......ehem2....pada edisi kali ini saya menjaringkan tiga gol....semua goal2 itu dijaringkan selepas saya menggantikan kawan-kwan saya..pada saat itu saya digelar SUPER SUB...ahah....over plak.....namun sekarang itu semua menjadi kenangan...saya sekarang sudah berada di HUKM dan sekrang nak men futsal sekali seminggu pun susah....
maka naiklah berat badan ini...:)

berikut adalah sedikit gambar yang saya ingin kongsikan buat rakan-rakan pembaca sekalian...

HA... INILAH SUPER SUB KITA...BERJERSI 14. 

P/S nama MLC mula digunakan selepas liga ini berlangsung........

kawan-kawan..jom la men futsal....utamakan kecergasan tingkatkan tenaga


Kalau suka tekan like jer....

kelantan....the red warrior.....rumours terkini...

salam buat pembaca- pembaca blog yang tidak terkenal ini...
walaupun dah 2 tahun menapak di bidang blog....pengikutnya tidak meningkat...masih di bawah paras 50..
yang tu semua x penting...yang penting sekarang adalah kepuasan apabila dapat menyampaikan apa yang perlu disampaikan...dan berkongsi apa yang perlu dikongsikan..x gitu...

di petang yang indah ini..dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa..tak panas dan tak sejuk..suam-suam kuku saja..ku ingin berkongsi pendapat tentang pasukan bola sepak kelantan atau lebih dikenali sebagai THE  RED WARRIORS...atau nama kampungnya PAHLAWAN MERAH... mungkin nama ini tidak segah THE RED DEVIL atau MANCHESTER UNITED di liga perdana eropah...namun kebangkitan pemain-pemain RED WARRIORS sejak kebelakangan ini menarik hati banyak pihak...terutamanya FAM..

Saya berasal dari Tanah Merah, Kelantan...so memang sah lah saya ni penyokong fanatik RED WARRIORS...takkanlah x sokong negeri sendiri...nanti kena buang negeri lak....kalau sebelum ni,jarang sekali saya mendapatkan liputan atau mencari berita-berita tentang bola sepak negeri kelantan...tetapi situasi ini berubah apabila Kelanttan berjaya membawa pulang Piala Malaysia pada tahun lepas iaitu 2010...
apa yang menariknya...ketika itu saya menonton final piala malaysia secara live di Stadium Nasional Bukit Jalil...dan itulah pertama kali saya menjejakkan kaki di stadium untuk menonton bola...

apa yang menarik untuk dikongsi disini...penyokong-penyokong kelantan ni memang fanatik gilerr kalau pasukan mereka bermain x kira di mana-mana....semangat mereka untuk menyokong pasukan kesayangan itu tidak pernah pudar dan selalu membuak-buak...namun terdapat juga segelintir penyokong yang telah mencemarkan nama baik penyokong-penyokong kelantan yang lain...tp perkara ini bukan berlaku di Kelantan saja..tetap berlaku di negeri-negeri lain...jadi...ape yang perlu diubah di sini adalah MENTALITI penyokong itu sendiri..kalau ye pon fanatik kat bola...x perlu kot nak gaduh2..bakar2 bendera...dan segala macam lagi....kita kan rakyat yang penuh budi bahasa...apa salahnya kalau ditonjolkan sedikit sifat-sifat kesopanan kita..baru ayu...x gitu..ehehe

seterusnya....sejak kemenangan PIALA MALAYSIA buat pertama kali dalam sejarah..piala lain trus dirangkul oleh NEGERI CIK SITI WAN KEMBANG ini..iaitu PIALA SUMBANGSIH dan PIALA LIGA SUPER...memang menarik...perubahan yang mendadak....saya bangga menjadi rakyat kelantan....

tapi...yang pling mengecewakan..... pada kali ini kelantan tidak mampu untuk mengekalkan piala malaysia setelah tersingkit di SUKU AKHIR kepada TERENGGANU...tp saya tak kisah sangat...lagipon terengganu dan kelantan ni berjiran dan mereka berada di satu kawasan iaitu pantai timur semenanjung malaysia..so x kisah la...

yang kat ats tu mukadimah jek..ahaha....yang penting sekarang adalah rumours pemain yang bakal menyarung jersi red warrior musim hadapan....sebahagian pemain utama seperti matyo, piya, apek, azwan roya masih kekal didalam skuad kelantan...tetapi ade khbar angin kuat mengatakan gandingan tiga abdul ( azizi mat rose, indra putra mahyuddin dan norfarhan muhamad ) serta safiq rahim dan amirul hadi zainal bakal menguatkan jentera pasukan kelantan musim hadapan..sejauh mana kebenarannya..kita tunggu pengumuman dari TSAM...

p/s kalau datang semua ni kat kelantan....buleh wat kelik 4 piala la tahun depe...x gitu boh












Kalau suka tekan like jer....

senyum itu cool

"Senyum seindah suria...yang membawa cahaya...senyumlah dari hati...duniamu berseri...senyum umpama impian dalam kehidupan...kau tersenyum...ku tersenyum...kemesraan menguntum...

senyum.... kepada semua...senyumanmu amatlah bermakna...senyum membahagiakan..dengan senyuman...terjalinlah...ikatan..."


salam buat teman-teman semua...ape khabr.....rasanya tidak lengkap sehari kalau tidak tulis blog...ahah takdelah....ku update blog ni pon kalau ade idea dan modal yang nk dibincangkan jek.kalau x sampai bersarang labah-labah la jawabnya...


Ingat lagi bait2 lagu kat atas tu.. tau x sape penyanyi dia..ahah saya sendiri pon lupa da....kalau nak tau google sendiri lah...ape guna ade internet laju2 kan..ahaa....lirik  lagu ni menggalakkan kita menghadiahkan senyuman sebagai tanda keramahan dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Tak kiralah orang tua ke muda ke, melayu ke cina ke india ke, Islam ke bukan islam ke..dengan hanya melemparkan senyuman kita akan rasa senang bila orang yang melihat menganggukkan kepala sekali sambul membalas senyuman kita (selalunya bila bertembung pandangan,padahal tak mengenali)....mesti dalam hati orang tu rasa pelik..dia ni senyum kt sapa.....kt aku ke....kalau yang lelaki terbawa-bawa sampai ke mimpi..kalau yang perempuan angau x tentu pasal..:p gurau jek...



Senyuman di galakkan untuk mengeratkan persaudaraan. Senyuman juga dapat mengelakkan persengketaan. Malahan senyuman juga satu sedekah yang sangat mudah. Tanpa mengeluarkan wang ringgit, atau bertungkus lumus bekerja, kita mendapat pahala hasil dari senyuman yang kita berikan.. 

Ade satu kisah lucu yang saya pernah baca kt satu laman web...yang berbunyi..

Ada seorang budak selalu tersenyum dekat tabung masjid. Perilaku itu sering diperhatikan oleh imam, dan imam itu berasa hairan dan curiga .
Suatu hari imam bertanya pada budak tersebut, “Kenapa kamu senyum kat tabung tu?”
Budak tu pun jawab, “Cikgu saya pesan, senyum itu satu… sedekah. Saya takde duit nak sedekah, jadi senyum jelah kat tabung tu. Sedekah jugak!!”

budak ni x salah pon..malahan pemikiran dia memang tidak pernah terpikir oleh kita pon...respek la gua sama lu budak..ahah


Akan tetapi kawan-kawan , hanya senyuman yang ikhlas dengan niat yang baik(tak de udang di sebalik batu ke..mee ke..kuew tiaw ke  malahan nasi goreng kampung sekalipon) akan mendapat ganjaran pahala. Sedar atau tak sedar, sebenarnya senyuman juga boleh jadi penawar, penyejuk hati dan mendatangkan inspirasi. Power juga senyuman nie...sebab tu Rasulullah S.A.W menggalakkan umatnya melemparkan senyuman, jangan bermasam muka (nanti cepat tua). Senyum juga rahsia kepada awet muda...jadi selalu2lah tersenyum..untuk mengekalkan keremajaan wajah..ceewah.... tengok saya... remaja tak..aahha sebab saya suka tersenyum walaupun senyuman saya x menawan..:P



Walau bagaimanapun...senyuman nie ada 1001 jenis senyuman. Ada juga senyuman yang kalau dilihat, hanya menyakitkan hati...menambah meluat...atau membuatkan orang jadi benci..antaranye..senyuman gatal yang nak mengorat anak dara kat stesen bas ke..komuter ker..shopping kompleks ker...atau mana2 la...(kalau perempuan tengok macam nak penampo jer muke orang gatal tuh!) .....ada gak senyum sinis atau senyum kambing..macam ala2 nak mengejek je..(sakit hati betul kalau jumpa org senyum2 sinis ni..macam la dia best sangat nak senyum2 camtu..) dan lagi satu senyum sebab dah termalu atau tersengih  macam kerang busuk..ha..tu salah diri sendiri la..dah buat salah..sengih2 jer la..hahahaha..lain pulak kalau senyum malu-dan tersipu-sipu bila menemui orang yang tersayang...kalau yang tu faham-faham sendirilah kan...kwang...kwang,,,kwang...


ni antara contoh senyuman yang boleh menjadi panduan buat kawan-kawan..:P
ada gaya senyuman tersendiri

still maintain senyuman yang sama..

alololo cweetnya .. anak sape ni.

sory pinjam gambar jap nak tunjuk contoh senyuman...

senyuman bersahaja :)

pinkish gurl..:) 

pilih la senyuman yang menjadi trademark untuk diri anda...keep smile to make peoples around us happy....

p/s  Utamakan senyuman, Tingkatkan kemanisan...


Kalau suka tekan like jer....

single....SINGLE.....single

salam buat teman2 seperjuangan sekalian....
ari ni rase nak update blog kejap before study orthopedics...atau nama lainnya belajar pasal tulang...aduh...penat nak ingt satu-satu tapi takpe...ini bidang yang ku pilih...so kena tabah menghadapinya...

tadi jalan punya jalan tibe-tibe terjumpa satu post yang dikatakan agak menarik yang boleh sy kongsikan dan huraikan dengan lebih mendalam kat sini....nk taw tajuk ape....ehem.....KENAPA LELAKI LEBIH SUKA SINGLE ????? menarik x...ahah kalau x menarik saya x nak smbung....

kat bawah ni merupakan sebab-sebab yang menyebabkan lelaki lebih suka single...

1. Lelaki lebih suka single sebab nak fokus pada kerjaya dulu. Bagi saya alasan ni boleh diterima pakai oleh seluruh makhluk atas muka bumi ni...ahaha sebb ape..memang ade pon lelaki yang macam ni...seorang yang tekun bekerja...niat mereka baik...mereka pentingkan kerjaya dari segalanya sebab impian yang nakkan kebahagiaan...adakah kita boleh bahagia kalau xde kerjaya....sape la yang nk kt penganggur..nnti x pasal-pasal anak isteri makan pasir...jadi pesanan buat lelaki yang sama cam saya..janganlah berkahwin dulu kalau rasa-rasa belum bersedia dan masih terkial-kial nak bahagiakan masa antara kerjaya dan bakal isteri.

2. Lelaki lebih suka single sebab boleh buat apa yang dia nak buat pada bila bila masa. Tak payah nak mintak izin kat sesiapa kecuali kat ibu bapa...eheh..tul x....ni pon leh jadi alasan gak...kalau dah ade mkwe nanti mestilah kena jadi reporter 24 jam sbb si makwe tu nak taw ape aktiviti yang pkwe dia buat...x gitu....hahah....tp kadang2 ade mkwe pon ade juga baiknya..leh jadi pendorong semangat...pendengar yang setia.....tul x.....jangan plak jadi kaki kikis duit lak.

3. Lelaki lebih suke single sebab leh kumpul duit banyak banyak. Nanti lagi senang sebab tak payah nak susah susah cari pasangan sebab dorang boleh datang dengan sendiri. Kalau takde siapa yang datang? Maybe kena beli cermin dulu kot.....ahah....Rasa-rasa lelaki macam ni boleh kita kategorikan dalam golongan lelaki kedekut tak? hehehe.Ok, pada saya tidak! lelaki ni ada niat untuk kumpul sedikit harta sebagai bekalan hari tua kot. Cuma, janganlah pulak lelaki macam ni jadi hamba duit sudah :P Ada pulak kes tak berkahwin sebab kaya sangat. Risau isteri habiskan duit. wahahah

4. Lelaki lebih suka single sebab dapat rasa nikmat ketenangan. Tak payah nak pening pening dengan emosi pasangan yang selalu sangat tak stabil...Adakah wanita-wanita ni semua menjadi satu beban pada lelaki? wakakaka...ade la kot sikit... Rasanya, memang ada perempuan yang selalu bikin jiwa lelaki macam mental kan? Apa taknya, sikit-sikit merajuk, sikit-sikit nak follow mana lelaki pergi, belum lagi masalah jeles tak bertempat.Come on la..nak bercinta kena la saling mempercayai..x gitu....


5. Lelaki lebih suka single  sebab boleh luangkan masa nak cari calon wanita yang tepat dengan citarasa..betul x alasan ni...Mungkin jugak.. Al-maklum, zaman sekarang ni nak cari perempuan yang betul-betul boleh buat isteri susah. Salah pilih, sengsara lah jiwa raga dan duit dalam bank.wahahaha..tul x...kadang-kadang tu ade yang cinta kita kerana duit kita..bukan kerana diri kita...:)

6. Lelaki lebih suka single sebab belum ade jodoh lagi...mungkin orang yang dia nak x terima dia ke..eheh..

7. Lelaki lebih suka single sebab luka lama masih belum terubat....terutamanya yang pernah gagal dalam percintaan atau belum sempat bercinta dah kena tolak....sian kan..x pe guys....relaks...allah pasti dah sediakan jodh yang terbaik kepada kita...yang lepas tu usahlah dikenangkan k...

8. Lelaki lebih suka single sebab bajet hensem..haha tul x yang ni....biarlah nak bajet hensem sikit2...jgan lebih2 plak....nnti orang kata...agak2 la ...ukur dulu baju di badan sendri...... x hensem wajah takpe..janji hensem iman dan budi pekerti....itu yang pompuan nak zaman sekarang ni...hahaah ye x.....kaum hawa sila jawab....

lastly...... 9. Lelaki lebih suka single sebab malas nak hafal tarikh2 yang penting seperti tarikh first date...tarikh lahir mkwe dia...ahah dan mcm2 tarikh lagi la.....poning kepala otak lelaki nak ingtkan semua tu...

 So, Alasan untuk stay  bujang itu terpulang pada individu itu sendiri. Baik lelaki, mahupun perempuan. Sama saja. Kalau masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab besar, jangan sesekali mulai melangkah ke alam perkahwinan. Kahwin bukan perkara main-main. Benih yang terhasil daripada hubungan suami isteri itu, walau nampak mudah tetapi untuk biarkan dia membesar dengan selamat bukan semudah kamu menghasilkannya... fikir-fikirkan lah...

sebagai selingan ..

Antara gambar atas dan bawah ni yang mana lagi hensem....:P.....



p/s status penulis blog ini masih lagi menjadi rahsia....:)















Kalau suka tekan like jer....

yang susah dapat itu adalah sahabat

 Salam buat teman-teman sekalian...
malam ni nak buat post pendek je lah... sebab nak smbung study lak lepas ni...
al maklumlah exam da dekat...
da x leh main-main da 
doakan sy leh score k dalam exam kali ini
agar cita-cita saya untuk menjadi doktor yang bermanfaat di masa depan terkabul...

hari ni nak citer sikit pasal kawan dan sahabat...ape beza dan apa ciri-cirinya...

Sahabat umpama baju yang kita pakai. Ia melindungi kita, mengindahkan kita, dan menjadikan kita sempurna di mata orang lain....

Kawan pulak macamana....kawan ni umpama pen yang terletak kemas di poket...kenapa saya kata camtu...sebab kalau ada pon takpe...kalau tak ada pon tak apa...kadang-kadang pen ni sangat berguna..kadang-kadang langsung tak guna...terutama bila dah habis dakwat..

kalau pen dakwat cair cam pen pilot tu...kadang2 dakwatnya melimpah hingga merebaklah warna hitam dan biru di poket baju kita..maka kotorlah baju kita... itu dia kawan..kadang-kadang berguna...kadang-kadang menyusahkan....

Sahabat ni umpama pakaian. Kita sentiasa mahu pakaian yang cantik, yang kemas, yang mahal dan yang berjenama..sahabat pon macam tu jugak..kita nak yang mampu melindungi kita.yang sanggup bersama kita...kalau kita berpanas dia pon sanggup berpanas..kalau kita sejuk...dia menolong untuk membungkus tubuh kita dari kedinginan....kadang-kadang dia menyebabkan kita bangga ada dia...

sama jugak jika kita ada sahabat orang kenamaan, orang popular, terkenal dan kaya...kita rasa bangga amat bila berdamping dengan dia..

soalan saya...adakah kita ada orang yang macam itu...yang boleh anda namakan sahabat...panggil sahabat sebab dia sangat melindungi....sangat berjasa dan sangat baik...sangat menyokong....pokoknya...dialah segala yang ada pada dia baik-baik belaka....

kalau mengikut para sahabat Rasulullah s.a.w... sahabat yang sebenar adalah sahabat yang membantu perjuangan Rasulullah... itu baru sahabat namanya...mereka ibarat bintang-bintang di langit dan Rasullulah s.a.w itu sebagai bulan...kalau malam ada bulan mengambang penuh dan ada pulak bintang-bintang penuh di langit...x ke indah malam itu.....

pernah x kita nampak bulan dan bintang berantakan sesama sendiri kat ats langit tu...mereka hidup aman-aman saja...bintang terus indah mengerdip di tempatnya dan bulan pula tidak puas memancarkan sinaran cahaya di malam hari...mereka  tak gaduh, tak dengki, tak khianat, tak makan kawan...tapi mereka saling berbaik antara satu sama lain....

oleh kerana ciri -ciri sahabat sedemikian...maka untuk dapat sahabat yang sebenar-benarnya sahabat..kita kenalah memiliki ciri2 sahabat....kalau kita sendiri yang buruk..sahabat pun dapat yang sama buruk...


p/s gambar-gambar di bawah ini merupakan orang yang layak di gelar sahabat saya..

ni pejol namanya...sentiasa mendengar apa jua masalah yang di ceritakan kat dia...dah  ada yang punya....icak khir yang punya...apa yang special kt dia adalah hidungnya yang besar.....mcm x de tulang..ahaha jangan mrah bro....terharu x masuk dalam post aku kali ni...ahaha

ni plak faiz zainal abidin....layak digelar sahabat...boleh dikatakan sekepala  dengan ku,,,amboi gambar di atas bukan main mesra nampak...ade pape ke..ahaha gosip baru twp ni...ahah jangan marah bro...

p/s sahabat dan kawan itu tidak sama...samalah teman tapi mesra dengan kekasih...tetap tidak sama...

dah banyak da mnulis ni... good nytez...selamat belajar



Kalau suka tekan like jer....