imbauan kenangan futsal di zaman silam

salam jumaatan buat pembaca-pembaca blog sekalian....
sejak dua tiga hari ni tangan saya ni rajin plak nak mengetuk keyboard untuk berkongsi pengalaman dan cerita-cerita baru yang dah agak basi....

setelah membelek-belek album lama semasa saya bertapa di bumi BANDUNG, Indonesia..saya terjumpa foto-foto team futsal kami semasa berada di sana...nanti saya akan kongsi apabila berakhirnya post ini..tunggu dan nantikan kemunculannya..cewah...mcm over excited plak...

buat pengetahuan korang...saya berada di Bandung selama 3 tahun di bawah program TWP UKM-UNPAD iaitu sebuah program berkembar untuk ijazah perubatan...di sini, acara yang pling dinantikan buat kaki futsal adalah liga futsal tahunan anjuran kelab UMNO Bandung....

alkisahnya bermula apabila kami menghantar team pada tiap-tiap tahun walaupun team kami takde la mantap sangat pon...tp tujuan join liga tu hanyalah untuk suka-suka disamping untuk mengeluarkan peluh jantan...ahah.. .. pada tahun pertama iaitu tahun 2007 kami menamakan team kami sebagai YANG MENANG FC....bila first time join liga ni memang la rasa nebes....dan akibatnya kami kalah 13-0 kepada team senior..kekalahan itu menjadi igauan buruk kepada kami namun kami tetap tidak berputus asa...
kami meneruskan juga liga itu dengan menduduki tempat ke-7 kalau x silap dari 10 kumpulan..ok la tu kan..not bad ok...first time join....dan seperti biasa aku tidak dapat menjaringkan gol...tah kenapa sentuhan pnyudah aku tumpul pada waktu itu.ahah bajet star player plak kan....oh sebelum terlupa..jersi kami pada waktu itu direka khas oleh ISMAYUDIN HUDFLYER.....ala2 ac milan punya jersi...


 pada tahun kedua iaitu tahun 2008..kami sekali lagi menyertai liga itu dan setelah berfikir dan berbincang..kami menamakan team kami sebagai LACK FINDINGS FC...idea nama team ini diadaptasikan dari liga sebelum ini kerana kami kekurangan gol....pada edisi kali ini, format permainan telah berubah...12 pasukan telah dibahagikan kepada dua kumpulan manakala 3 teratas dari setiap kumpulan akan meneruskan perjuangan dalam liga enam terbaik...alhamdulillah..pencapaian pada tahun kedua menyertai liga ini memuaskan apabila kami berjaya menempatkan diri di kalangan 6 pasukan terbaik...oh seperti yang korang taw...say masih lagi ketandusan gol untuk edisi kali ini......


dan pada tahun terakhir iaitu tahun 2009...kami menyertai liga itu buat kali terakhir kerana kami bakal pulang ke tanah air malaysia untuk meneruskan pembelajaran di UKM...pada tahun terakhir ini..kami menggunakan nama CIKGU SULIZI FC sebagai nama pasukan ini..pada edisi kali ini..kami terpaksa mengimport 3 pemain junior kami kerana kekurangan pemain...sperti biasa pada tiap2 tahun..format liga juga berubah..pada kali ini bermain dalam kumpulan 5 pasukan....kami kalah kesemua perlawanan itu tapi apa yang menggembirakan adalah kami berjaya at least memberi fight dengan semua pasukan walaupun kalah......ehem2....pada edisi kali ini saya menjaringkan tiga gol....semua goal2 itu dijaringkan selepas saya menggantikan kawan-kwan saya..pada saat itu saya digelar SUPER SUB...ahah....over plak.....namun sekarang itu semua menjadi kenangan...saya sekarang sudah berada di HUKM dan sekrang nak men futsal sekali seminggu pun susah....
maka naiklah berat badan ini...:)

berikut adalah sedikit gambar yang saya ingin kongsikan buat rakan-rakan pembaca sekalian...

HA... INILAH SUPER SUB KITA...BERJERSI 14. 

P/S nama MLC mula digunakan selepas liga ini berlangsung........

kawan-kawan..jom la men futsal....utamakan kecergasan tingkatkan tenaga


Kalau suka tekan like jer....

No comments:

Post a Comment