kelantan....the red warrior.....rumours terkini...

salam buat pembaca- pembaca blog yang tidak terkenal ini...
walaupun dah 2 tahun menapak di bidang blog....pengikutnya tidak meningkat...masih di bawah paras 50..
yang tu semua x penting...yang penting sekarang adalah kepuasan apabila dapat menyampaikan apa yang perlu disampaikan...dan berkongsi apa yang perlu dikongsikan..x gitu...

di petang yang indah ini..dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa..tak panas dan tak sejuk..suam-suam kuku saja..ku ingin berkongsi pendapat tentang pasukan bola sepak kelantan atau lebih dikenali sebagai THE  RED WARRIORS...atau nama kampungnya PAHLAWAN MERAH... mungkin nama ini tidak segah THE RED DEVIL atau MANCHESTER UNITED di liga perdana eropah...namun kebangkitan pemain-pemain RED WARRIORS sejak kebelakangan ini menarik hati banyak pihak...terutamanya FAM..

Saya berasal dari Tanah Merah, Kelantan...so memang sah lah saya ni penyokong fanatik RED WARRIORS...takkanlah x sokong negeri sendiri...nanti kena buang negeri lak....kalau sebelum ni,jarang sekali saya mendapatkan liputan atau mencari berita-berita tentang bola sepak negeri kelantan...tetapi situasi ini berubah apabila Kelanttan berjaya membawa pulang Piala Malaysia pada tahun lepas iaitu 2010...
apa yang menariknya...ketika itu saya menonton final piala malaysia secara live di Stadium Nasional Bukit Jalil...dan itulah pertama kali saya menjejakkan kaki di stadium untuk menonton bola...

apa yang menarik untuk dikongsi disini...penyokong-penyokong kelantan ni memang fanatik gilerr kalau pasukan mereka bermain x kira di mana-mana....semangat mereka untuk menyokong pasukan kesayangan itu tidak pernah pudar dan selalu membuak-buak...namun terdapat juga segelintir penyokong yang telah mencemarkan nama baik penyokong-penyokong kelantan yang lain...tp perkara ini bukan berlaku di Kelantan saja..tetap berlaku di negeri-negeri lain...jadi...ape yang perlu diubah di sini adalah MENTALITI penyokong itu sendiri..kalau ye pon fanatik kat bola...x perlu kot nak gaduh2..bakar2 bendera...dan segala macam lagi....kita kan rakyat yang penuh budi bahasa...apa salahnya kalau ditonjolkan sedikit sifat-sifat kesopanan kita..baru ayu...x gitu..ehehe

seterusnya....sejak kemenangan PIALA MALAYSIA buat pertama kali dalam sejarah..piala lain trus dirangkul oleh NEGERI CIK SITI WAN KEMBANG ini..iaitu PIALA SUMBANGSIH dan PIALA LIGA SUPER...memang menarik...perubahan yang mendadak....saya bangga menjadi rakyat kelantan....

tapi...yang pling mengecewakan..... pada kali ini kelantan tidak mampu untuk mengekalkan piala malaysia setelah tersingkit di SUKU AKHIR kepada TERENGGANU...tp saya tak kisah sangat...lagipon terengganu dan kelantan ni berjiran dan mereka berada di satu kawasan iaitu pantai timur semenanjung malaysia..so x kisah la...

yang kat ats tu mukadimah jek..ahaha....yang penting sekarang adalah rumours pemain yang bakal menyarung jersi red warrior musim hadapan....sebahagian pemain utama seperti matyo, piya, apek, azwan roya masih kekal didalam skuad kelantan...tetapi ade khbar angin kuat mengatakan gandingan tiga abdul ( azizi mat rose, indra putra mahyuddin dan norfarhan muhamad ) serta safiq rahim dan amirul hadi zainal bakal menguatkan jentera pasukan kelantan musim hadapan..sejauh mana kebenarannya..kita tunggu pengumuman dari TSAM...

p/s kalau datang semua ni kat kelantan....buleh wat kelik 4 piala la tahun depe...x gitu boh












Kalau suka tekan like jer....

No comments:

Post a Comment