single....SINGLE.....single

salam buat teman2 seperjuangan sekalian....
ari ni rase nak update blog kejap before study orthopedics...atau nama lainnya belajar pasal tulang...aduh...penat nak ingt satu-satu tapi takpe...ini bidang yang ku pilih...so kena tabah menghadapinya...

tadi jalan punya jalan tibe-tibe terjumpa satu post yang dikatakan agak menarik yang boleh sy kongsikan dan huraikan dengan lebih mendalam kat sini....nk taw tajuk ape....ehem.....KENAPA LELAKI LEBIH SUKA SINGLE ????? menarik x...ahah kalau x menarik saya x nak smbung....

kat bawah ni merupakan sebab-sebab yang menyebabkan lelaki lebih suka single...

1. Lelaki lebih suka single sebab nak fokus pada kerjaya dulu. Bagi saya alasan ni boleh diterima pakai oleh seluruh makhluk atas muka bumi ni...ahaha sebb ape..memang ade pon lelaki yang macam ni...seorang yang tekun bekerja...niat mereka baik...mereka pentingkan kerjaya dari segalanya sebab impian yang nakkan kebahagiaan...adakah kita boleh bahagia kalau xde kerjaya....sape la yang nk kt penganggur..nnti x pasal-pasal anak isteri makan pasir...jadi pesanan buat lelaki yang sama cam saya..janganlah berkahwin dulu kalau rasa-rasa belum bersedia dan masih terkial-kial nak bahagiakan masa antara kerjaya dan bakal isteri.

2. Lelaki lebih suka single sebab boleh buat apa yang dia nak buat pada bila bila masa. Tak payah nak mintak izin kat sesiapa kecuali kat ibu bapa...eheh..tul x....ni pon leh jadi alasan gak...kalau dah ade mkwe nanti mestilah kena jadi reporter 24 jam sbb si makwe tu nak taw ape aktiviti yang pkwe dia buat...x gitu....hahah....tp kadang2 ade mkwe pon ade juga baiknya..leh jadi pendorong semangat...pendengar yang setia.....tul x.....jangan plak jadi kaki kikis duit lak.

3. Lelaki lebih suke single sebab leh kumpul duit banyak banyak. Nanti lagi senang sebab tak payah nak susah susah cari pasangan sebab dorang boleh datang dengan sendiri. Kalau takde siapa yang datang? Maybe kena beli cermin dulu kot.....ahah....Rasa-rasa lelaki macam ni boleh kita kategorikan dalam golongan lelaki kedekut tak? hehehe.Ok, pada saya tidak! lelaki ni ada niat untuk kumpul sedikit harta sebagai bekalan hari tua kot. Cuma, janganlah pulak lelaki macam ni jadi hamba duit sudah :P Ada pulak kes tak berkahwin sebab kaya sangat. Risau isteri habiskan duit. wahahah

4. Lelaki lebih suka single sebab dapat rasa nikmat ketenangan. Tak payah nak pening pening dengan emosi pasangan yang selalu sangat tak stabil...Adakah wanita-wanita ni semua menjadi satu beban pada lelaki? wakakaka...ade la kot sikit... Rasanya, memang ada perempuan yang selalu bikin jiwa lelaki macam mental kan? Apa taknya, sikit-sikit merajuk, sikit-sikit nak follow mana lelaki pergi, belum lagi masalah jeles tak bertempat.Come on la..nak bercinta kena la saling mempercayai..x gitu....


5. Lelaki lebih suka single  sebab boleh luangkan masa nak cari calon wanita yang tepat dengan citarasa..betul x alasan ni...Mungkin jugak.. Al-maklum, zaman sekarang ni nak cari perempuan yang betul-betul boleh buat isteri susah. Salah pilih, sengsara lah jiwa raga dan duit dalam bank.wahahaha..tul x...kadang-kadang tu ade yang cinta kita kerana duit kita..bukan kerana diri kita...:)

6. Lelaki lebih suka single sebab belum ade jodoh lagi...mungkin orang yang dia nak x terima dia ke..eheh..

7. Lelaki lebih suka single sebab luka lama masih belum terubat....terutamanya yang pernah gagal dalam percintaan atau belum sempat bercinta dah kena tolak....sian kan..x pe guys....relaks...allah pasti dah sediakan jodh yang terbaik kepada kita...yang lepas tu usahlah dikenangkan k...

8. Lelaki lebih suka single sebab bajet hensem..haha tul x yang ni....biarlah nak bajet hensem sikit2...jgan lebih2 plak....nnti orang kata...agak2 la ...ukur dulu baju di badan sendri...... x hensem wajah takpe..janji hensem iman dan budi pekerti....itu yang pompuan nak zaman sekarang ni...hahaah ye x.....kaum hawa sila jawab....

lastly...... 9. Lelaki lebih suka single sebab malas nak hafal tarikh2 yang penting seperti tarikh first date...tarikh lahir mkwe dia...ahah dan mcm2 tarikh lagi la.....poning kepala otak lelaki nak ingtkan semua tu...

 So, Alasan untuk stay  bujang itu terpulang pada individu itu sendiri. Baik lelaki, mahupun perempuan. Sama saja. Kalau masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab besar, jangan sesekali mulai melangkah ke alam perkahwinan. Kahwin bukan perkara main-main. Benih yang terhasil daripada hubungan suami isteri itu, walau nampak mudah tetapi untuk biarkan dia membesar dengan selamat bukan semudah kamu menghasilkannya... fikir-fikirkan lah...

sebagai selingan ..

Antara gambar atas dan bawah ni yang mana lagi hensem....:P.....



p/s status penulis blog ini masih lagi menjadi rahsia....:)















Kalau suka tekan like jer....

No comments:

Post a Comment