perempuan CEMERLANG dari lelaki.WHAT?????

salam buat pembaca blogger...ape khabar ari ini...setelah sekian lama keyboard ini tidak diketuk-ketuk, sekarang saya kembali untuk menemui peminat-peminat saya sama ade luaran atau dalaman negara....kikiki...(bajet famous seantero dunia la).....macamana perasaan selepas bercuti raya korban.....hepi...sedih.....gembira.....excited.....ape-apelah.....ke anda sendiri terkorban....kerana makan daging terlalu banyak.....maksud saya di sini bukan terkorban @ meninggal....tetapi terkorban @ tertido kerana terlalu kenyang mengunyah daging-daging yang segar dan empuk itu....wah mcm tilam pulak....

cukuplah itu sekadar mukadimah...orang kate pembuka kata penyeri bahasa....x gitu.....okay stop!!!
setelah berfikir sekian lama....ari ni saya nak kupas satu isu yang memang korang sudah taw lama pun...tpi saya ni jek yang baru nk kupas sebab musababnya....tajuknya tak lain  dan tak bukan adalah kenapa perempuan lebih cemerlang berbanding lelaki....eheh so sory....jangan gaduh2...ni sekdar perkogsian dari saya.....lelaki pun ade kelebihan tersendiri..tapi dirinya jek x mau menonjolkkan..low pofile la katakan.....

percaya x kalau saya kata sekarang ni pelajar perempuan mengatasi pelajar lelaki dari segi kecemerlangan akademik...percaya x...percaya la...ini bukan omongan kosong ma....in beneran....ini bisa dibuktiin dengan YAP SUI LING dapat 16A dalam SPM...lepas tu AMALINA CHE BAKRI pulak dengan 17A1...ish2 hebat-hebat belake....kat IPTA pon sama....ramai jek pompuan...laki pegi mana...adalah dua tiga kelompok...dah pupus da...ditelan buaya tembaga....wakakaka...

jadi post kali ini adalah untuk menyuluh kembali apa sebabnya perempuan lebih menyerlah dari lelaki....kot-kot ini boleh jadi cabaran kt kita sebagai lelaki ni....

Pertama : KEMAS
perempuan lagi kemas dari lelaki...percaya x..cubalah tengok nota pelajar lelaki dengan pelajar perempuan...kita boleh lihat kat mana x kenanya...ehhe...nota lelaki biasa berterabur dan tidak teratur malahan tiada juga usaha untuk mengemaskannya kembali...tulis kt tapak tangan pun ada...nota perempuan pulak kalau asalnya berterabur,mereka ada usaha nk salin kembali untuk jadi lebih menrik.....rajin siot....bukan sahaja nota...pakaian pun...nk bersiap tu kena spend masa 1 jam pilih baju..ahah...yang ni x taw la btul ke x...tu belum masuk nk kemaskan muka lagi....nk sorokkan jerawat, jeragat, atau segala macam yang naik kat muka...tapi takpelah..niat mereka baik...nak jadi lebih kemas dan kelihatan menawan...tak gitu....
 ni perempuan....lelaki pulak...ish2 buruk benor...misai pun serabai..tak terbela...kalu cek satu2 misai tuh...banyak kot menjadi habitat untuk binatang-binatang halus....pemurah la katakan..tolong sediakan tempat tinggal buat mereka..ihi...jangan marah la kaum sejenis saya...memang hakikat mcm tuh kan...perempuan kalau yang serabut dan serabai tuh...memang ade...tp biasalah..takde orang akan pndang pun....nk buat mcmna....dia yg bikin orang tidak pndang sama dia....ish kuar loghat indon pulak...

Kedua : RAJIN

apa!!! orang laki ni x rjin ke...rajin gak..rajin ponteng...ahaha...biasalah tu..mana2 univrsiti klau tanya pelajar pling ramai ponteng lelaki atau perempuan..jawapannya mesti lelaki... kalau perempuan pulak , yg ponteng tu biasanya yang memang jenis x minat nak belajar dan biasanya lawa skit..mungkin impian nk jadi model kot...nk buat cat walk kt pentas kot...klu yg kurang lawa or biasa-biasa tu biasanya susah nak ponteng...klu x hadir pun adalah sebb yang boleh diterima....cuba plak klau buat kelas tambahan..agak2 pelajar lelaki rmi x join...mesti perempuan kn...kita orang kaum lki ni memng x leh nafikan..mereka ni memang rajin..tengoklah klu kat umh..yang kaki menyepah sapa...yang kaki mengemas siapa.....yang kaki makan siapa..( dahlh makan, pinggan sendiri pun x nak cuci ), tukang kaki hias rumah sapa...yang kaki komplen dan komen plk sapa..haaaa jwab lah..jawab2..

Ketiga : RISAU

Perempuan ni kan kalau kita tengok kt mana-mana pun..mereka ni mudah risau. Sikap ini walaupun x bagus tapi ada baiknya dalam belajar. Risau dengan apa keputusan yang akan dapat kalau tak belajar sungguh-sungguh….risau kalau ibu bapa marah, risau apa apa orang kata….dan jugak risau kalau kawan-kawan semua cemerlang tp dia tidak…sikap inilah yang menyebabkan perempuan sanggup bersengkang mata untuk siapkan keje rumah…Hal semacam ni x jalan pada sesetengah lelaki kan....bukan semua k…Ramai pelajar lelaki buat tak kisah dengan apa yang bakal dihadapi…tak kisah kalau lecturer marah ke, x kisah kalau mak menangis tengok keputusan dia..tak rasa apa pun walaupun keje tak bgus….apa jenis orang la mcm ni…dtg dari planet mana tu…!!! Sebab tulah perempuan lagi cemerlang dari lelaki…sebb mereka mempunyai sikap risau dan seterusnya membuatkan mereka tekun apabila melakukan sesuatu kerja….

Keempat : KREATIF

Setuju ke tak kalau saya kata pelajar perempuan ni lagi kreatif dari lelaki…bukan tahap pelajar saja. Secara umumnya perempuan memang lebih kreatif dari lelaki…sejak kecil-kecil, orang perempuan main anak-anak dan pondok-pondok…sampai dewasa nanti macam-macam benda kreatif mereka hasilkan..tu yang gubahan bunga kerja siapa tu??? Yang buat hantaran pengantin tu siapa?????  Memang x dinafikan perempuan memang kreatif…so kita kaum adam ni kenalah terima hakikatnya…

Kelima : PERSONALITI

Sifat kewanitaan itu sendiri yang menjadi pendorong kepada kejayaan…perempuan ni senang nak rasa terhutang budi atau ingin membalas jasa…cuba tengok org perempuan…bila dapat semangkuk kuih dari kawan sebelah…dia mula risau…dia fikir apa dia nak balas…dia mesti nak balas yang lebih baik sikit daripada yang dia dapat.Dia akan fikir dan terus berfikir….smpailah tertido..ahah…daya ingin membalas budi inilah yang mendorong perempuan untuk berkorban demi mendptkan kejayaan…..

Keenam : Kepoh

Selalunya perempuan ni lagi kepoh dari lelaki….jarang plak lelaki yang kepoh melainkan dia tu lain dari yang lain…ahah…fikirlah sendiri……orang perempuan kepoh nak beritahu ibu bapa mereka apa yang mereka belajar di university, sekolah dan sebagainya….mereka kan secara semula jadinya suka bercerita hal orang..suka jaga tepi kain orang…hehe tapi tak semua okay……rupanya sifat ini ada juga faedahnya untuk bentuk daya belajar dengan kuat..sebab kalau tak belajar dengan kuat..dah tu kantoi… kepoh orang cerita pasal si dia tu x lulus……mana la nk sorok muka kan.sorok kat tepi kain orang yang dia jaga tu la.eheh.

Last Sekali : PRIHATIN

Yang ni sikap yang paling terpuji yang dimiliki oleh perempuan…ada sesetengah dari mereka terpaksa memasak dahulu sebelum pergi kelas…ada yang kena mandikan adik…bagi adik makan…dan siapkan makanan untuk ibu bapa yang telah tua….sikap inilah yang membentuk wawasan mereka untuk mengubah nasib…Hari-hari yang dilalui juga membuatkan mereka tabah dan dapat menerima tekanan…Masalah yang dihadapi disekolah boleh dihadapi oleh kekuatan jiwa tadi…..

Kesimpulannya…jika anda perempuan tapi x cemerlang..cubalah ambil sifat2 ini dan jadikan antara sebab untuk anda cemerlang….jika anda lelaki plak..alahai… malulah skit. Ko kata perempuan tu lemah…lemah apa bendanya..result pon power2…sendiri mau ingat lah….muhasabah diri….


p/s wanita dan lelaki dijadikan untuk saling melengkapi….marilah sama2 berganding bahu dan mencontohi antara satu sama lain untuk meraih kejayaan yang hakiki

cumil x....eheh ni awek saya....eh eh...marah plak kt pakwe kak ija nanti...

ni pulak kawan kat matriks.sekarang dia dah grad da....da bekerja da pun....bila nak belanja ni king..:)

 yang ni plak kawan masa kat UNPAD....sofi dan mira....dah graduate theory dari UNPAD.sekrang ni praktikal di rumah sakit


Kalau suka tekan like jer....

keluargaku hartaku

Salam 1Blogger...haha...edit skit dari 1Malaysia.ape khabar hari ini...apapun saya doakan korang semua sihat walau dimana jua anda berada..sedar tidak sedar..kita dah menghampiri 10 Zulhijjah dimana pada waktu itu berlakunya satu peristiwa dimana Allah s.w.t menguji Nabi Ibrahim a.s dengan perintah menyembelih anaknya Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih..jadi, di bulan zulhijjah yang sangat berkah ini marilah kita semua mengerjakan ibadah korban terutama bagi yang mampu...

tajuk ari ini bukan berkaitan dengan raya haji..tp nak citer sikit ape kebenda  itu 'keluarga'.
Sesuatu yang kita tidak sedar, ia sangat berharga. Bila kita sorang-sorang, baru kita perasan betapa berharganya ia..tak lain tak bukan, keluarga...

masa duduk dengan keluarga, asyik boring x habis-habis,...nak sangat pergi dari rumah dan rasa x boleh hidup dalam satu keluarga...itulah realitinya masyarakat sekarang... tapikan nnti bila dah betul-betul terpaksa duduk sorang-sorang...barulah mereka sedar betapa pentingnya keluarga...

kadang-kadang, yang inilah orang terlepas pandang...masa sihat dia ingat keluarga ini tidak mempunyai apa-apa makna...tp bila sakit taw pulak nak suruh keluarga menjenguk dia...ish2.x ptut..

ini nasihat untuk diri saya dan kawan-kawan saya agar dapat dijadikan sebagai peringatan...aset kita yang paling berharga adalah keluarga...yang tak ada keluarga binalah keluarga...ehem..penulis lambat lagi...xde calon lgi....

sebab ape mesti berkeluarga...memang fitrah hidup manusia yang memang perlu keluarga...tengok haiwan..mereka pun ade keluarga..ada keluarga maknanya okeylah hidup dia...kalau tak ada selalunya pincang....

tapi memang saya akui, kadang2 ade sesetengah dalam keluarga itu tidak bahagia kerana tiadanya persefahaman dan membuak-buaknya perasaan hasad dengki dan ketidak puasan antara satu sama lain..namun benda itu boleh kita elakkan dengan adanya sifat bertolak ansur...bukannya masing-masing keras kepala....

alhamdulillah..setakat ini saya gembira dan bahagia dengan keluarga saya...walaupun sekarang ini saya hanya mempunyai ibu...saya sangat bersyukur kerana allah masih memberi peluang kepada saya untuk menikmati kasih sayang ibu itu..ibu saya sentiasa berdoa kepada saya dan anak-anaknya yang lain supaya diberikan kejayaan, dimurahkan rezeki dan diberikan perlindungan dari segala kejahatan dan mala petaka...apa yang buat saya terharu....ibu saya sangat tekun dan prihatin dengan saya dan anaknya kerana walaupun setiap bulan mendapat wang daripada abang dan kakak saya yang sudah bekerja.tetapi dia tetap masih berjimat dan mahu menyimpan wang itu untuk diberikan kepada anaknya di masa hadapan....ini yang buat saya sangt tersentuh..biarpun masa dia muda dahulu dia sudah membanting tulang untuk membesarkan kami...tapi dia tidak pernah mengeluh dan terus berdoa...dan hasilnya allah mengurniakannya satu keluarga yang sangat bahagia dan mempunyai anak-anak yang sangat mentaati ibunya.....

setakat itu sahajalah post  saya pada malam ini..tajuk ini hanyalah sebagai pengenalan untuk post-post yang akan datang...Insyaallah saya akan perkenalkan satu persatu ahli kelurga saya yang sememangnya menjadi inspirasi buat diri saya untuk mencapai kejayaan....

inilah ibuku....insan yang membesarkan 8 orang anak tanpa mengenal erti penat lelah...i love u ibu....


Kalau suka tekan like jer....

success vs failure

salam buat pembaca-pembaca dan pelawat-pelawat yang sudi klik link untuk ke blog yang tidak seberapa ini...sudah beberapa hari blog ini dibiarkan tidak terurus...bukan sebab xde idea tp sebab internet sangat2 slow...klau tgk siput jalan pun siput lgi cepat.....tapi takpelah kita harus menerimanya dengan redha sebab semua ini hanyalah sementara....

sekadar nak berkongsi sedikit mengenai perkataan BERJAYA dan GAGAL....post kali ini timbul sebagai ingatan kepada diri sendiri dan kawan-kawan di luar sana...harap-harap sudilah membacanya...mungkin tajuk kali ini agak skema..tapi saya nak jugak berkongsi dengan kawan-kawan yang lain...sila nikmati ya..:)

Bercakap pasal gagal, x selamanya kita akan gagal..adakalanya berjaya juga. Bercakap pasal berjaya pula, tak selamanya kita akan berjaya...adakalanya gagal juga...hidup kita ni macam tulah..ada kalanya kita di atas..ada kalanya kita di bawah. Walaupun kita nak sangat berjaya tu, kadang-kadang gagal akan datang juga. Kalau dah usaha giler-giler tapi gagal juga..tu ada dua sebab...pertama, usaha kita tu belum cukup bagus dan satu lagi dah memang dah ditakdirkan kita gagal..

kalau kita dah usaha sebagus-bagusnya dan kita tetap gagal, itu adalah titik permulaan untuk kejayaan yang tak disangka-sangka.Dengar baik-baik dan faham baik-baik ya kawan..sebenarnya semua bentuk kegagalan itu adalah permulaan pada satu kejayaan yang lebih mengancam...

jadi, jangan la frust sangat kalau gagal..sebaliknya bina kembali motivasi diri untuk bangkit. Buktikan untuk kali kedua anda tidak gagal. Hidup ni macam roda..berpusing-pusing..kadang2 kita ada di puncak..kadang-kadang kita ada di pangkalnya je..sama juga mcm gagal berjaya ni. tak selamanya gagal sepanjang masa.ada kalanya berjya juga...

Setiap orang yang berjaya hari ini adalah mereka yang pernah gagal kelmarin. Tak ada manusia terus berjaya sampai mati. Dia mesti pernah mengalami rebah bangunnya juga...sesiapa yang rebah dan dia sanggup bangun balik, allah menjanjikan kejayaan yang lebih besar untuknya....tapi..bagi mereka yang rebah dan tidak cuba untuk bangun malahan membiarkan diri mereka dilenyek-lenyek..dia merupakan orang yang gagal....

Kejayaan yang dikecapi hasil daripada bersusah payah itu lebih nikmat rasanya daripada kejayaan yang diperoleh secara mudah....maka jadikanlah kegagalan hari ini untuk menyerlah pada hari esok..

setakat itu sahaja yang ingin sy kongsikan...buat kawan-kawan yang tidak bernasib baik kerana mungkin gagal dalam satu atau dua posting...korang jangan risau..masih ada masa untuk kembali mngejar kejayaan...setiap usaha kita pasti akan dibalas dengan kejayaan oleh allah s.w.t

di sini saya kongsikan kata-kata inspirasi English yang boleh meningkatkan motivasi kita

1. The purpose of our life is to be happy
2. Confidence is the companion of success
3. If you're doing your best, you won't have any time to worry about failure
4. we must accept finite disappointment but never lose infinite hope
5.Failure is success if we learn from it
6. the difference between failure and success is doing a thing nearly right and doing a thing exactly right


Kalau suka tekan like jer....