bila mat salleh menyanyi lagu kelate

 

ape khabar member-member blogger sekalian...
sihat ke...
harapnya sihat la kan...
da nak masuk tahun baru da ni..
azam yg lama dah capai ke....
ke masih terkapai-kapai...
nak mencapainya.....

setelah penat mngerah tenaga bermain futsal tadi...
marilah kita redakan fikiran kita dengan lagu mat salleh ni...
 yang menariknya...lagu ni dalam bahasa kelantan...
kepada yang x faham 
ada subtitle dia...
kalau x faham jugak..
leh rujuk saya...

enjoy please....




semoga anda terhibur dngan video ini...peacee


Kalau suka tekan like jer....

Cinta Nafsu.

 

ape khabar semua kawan-kawan.
sihat x..harapnya semua sihat la ye..
yang mana x sihat tu...bawalah diri anda itu berjumpa doktor...
mintak ubat sikit...x cukup ubat..mintak nasihat.....

ari ni rasa rajin plak nak tulis blog...
sebab tiba-tiba saya teringat perbualan dengan member saya tentang isu remaja sekarang...

'Lepas SPM jadi GRO'
'Perempuan jadi HAMBA SEKS awang hitam'
"Anak lahir luar nikah"
'Bayi dibuang dalam tong sampah'

itulah tajuk yang biasa kita dengar di muka akhbar ataupun di kaca TV...
perkara ini seolah-olah menjadi trend sekarang terutama remaja-remaja...
Kalau diikutkan pada umur, mereka ni masih mentah untuk mengenali dunia-dunia orang dewasa...
tapi dengan teknologi yang ada sekarang plus keadaan sekeliling yang kurang sihat 
menyebabkan mereka senang-senang terjebak ke lorong yang gelap....

isu ini membuatkan saya terpikir, kenapakah ini terjadi...adakah itu masalah kita sendiri..
ataupun terikut-ikut dengan kawan sekeliling...ataupun terikut-ikut dengan budaya sekarang......

buat perempuan di luar sana...nasihat saya....jagalah diri anda sebaik-baiknya....jagalah Dara anda untuk suami tercinta....bukannya merelakan diri diperlakukan seadanya oleh Awang Hitam...takpun Boyfriend ke..
Bukannya ada hubungan yang halal pun...Kalau dah halal ti...Nak wat cmna pun buat lah......Ni bila Boyfriend mintak sesuatu untuk buktikan rasa cinta...diberinya tubuh dengan sewenang-wenangnya...
bila dah mengandung baru lah bising-bising....sudah terantuk baru nak terngadah...isy-isy ape nak jadi.....

Buat lelaki pulak....Allah dah cakap kita ni layak menjadi pemimpin untuk perempuan..untuk keluarga semua..Yang kita pergi rosakkan maruah diorang tu buat ape...memang lah benda ni jarang terjadi kalau bukan kerana suka sama suka..tapi kita sebagai lelaki kenalah kuatkan iman..cuba lawan sikit hasutan syaitan tuh...kalau anda memang berniat untuk memperisterikan mereka..jumpalah wali mereka trus..tak perlu la nak testing tubuh dulu ke ape ke...

Kepada yang tidak terjebak ke alam maksiat ini..silalah jauhkan diri dan tidak mengambil langkah untuk melakukan maksiat...buat yang sudah terlanjur..saya doakan korang kembalilah ke pangkal jalan...gunakanlah akal fikiran yang allah bagi dengan sebaiknya...fikir yang mana baik dan yang mana buruk...

saya rasa setakat itu sahajalah ulasan saya mengenai remaja sekarang ini...tak semua macam tu..tpi sekarang ini perkara menular dengan sewenangnya.....

ini ade klip video cinta muka buku tapi liriknya telah diubah mengikut cara islam..
harap-harap nikmatilah video ini...
ini saya trjumpa dekat you tube...



 p/s Cinta yang paling manis adalah Cinta lepas Kahwin



Kalau suka tekan like jer....

love ....cinta

 

ape khabar semua...
malam ni x nak bercakap banyak pun...
eheh rase malas plak nk menulis...
banyak sangat assignmentnya...
tapi takpe..nak wat camna...ini jalan yang saya pilih....

Esok dah masuk Posting Psikiatri...
so kenalah kuatkan diri untuk berhadapan dengan-dengan 
mereka yang mempunyai masalah mental...
mereka juga manusia seperti kita...
so kita kenalah layan mereka dengan sbaiknya....

nak mengarut pasal cinta sikit malam ni....

Bagaimana nak tahu jika si  dia TAK MINAT tuk BERCINTA DENGAN KITA? 

1. Dia tak call, tak sms, tak bbm, tak msg fb inbox, tak hubungi dengan apa cara sekali pun - Tak minatlah tu!

2. Semua PERKARA, kita yang mula dulu je, walau dah mulakan dulu pun no response, no reply dan tiada usaha darinya - TAK MINATLAH TU! ;) 

so, kesimpulannya....pandai-pandai la muhasabah diri..pilihlah orang yang mencintai dan menghargai cinta kita...

p/s love is blind... 


Kalau suka tekan like jer....

SEGMEN AKHIR TAHUN : AZAM BARU 2012

 

ape khabar pembaca-pembaca semua...
harap-harap ade la yang baca....
Di kala petang yang redup ini...
saya bukak la Facebook...tibe-tibe ada la si adik ni 
request tuk join satu segment...
so bila bukak-bukak blog dia...
cam best plak...
join je la... bukan penat pun..
penat jari jek...sebb menaip...
otak pun penat gak...ahah nak perah idea...


kalau nak join jugak..boleh la masuk blog dia...
tekan sini 

urmm tengok pada tajuk tu...nak taw pasal azam 2012 ek...
yela kan...10 hari lagi kita akan menjengh masuk ke tahun 2012....
jadi ada la jugak beberapa azam saya yang nak dikekalkan
 dan nak di tambah....
 antaranya...

1) nak dapatkan lesen kereta sebelum Raya Aidilfitri tahun depan..nanti senang la nak pg jalan umah awek ke ..kawan ke.....lesen L da ade..cume x de masa nak wat lesen P since sibuk dengan pelajaran...

2) Nak menghabiskan posting Tahun Empat Fakulti Perubatan dengan jayanya sebelum bergelar Pelajar Tahun Akhir Fakulti Perubatan tahun depan....

3) Nak beli Bowling Set....so boleh la berkecimpung dengan serius dalam permainan bowling....maklumla...bowling tu dah jadi cam hobi da...

4) Nak dapatkan BlackBerry sebagai Hp kedua....dah lama minat blackberry...tapi takde rezeki lagi nak beli...ade sape-sape nak hadiahkan BB untuk hadiah besday saya ke..:P

5) Nak Fokus lebih pada pelajaran bila dah start Tahun Akhir nnti..maklum la....Kena wat yang terbaik la sebelum dapat lesen untuk menyelamatkan nyawa orang....

6) Jadi yang terbaik untuk Keluarga....nak jadi orang yang dimanjai dan disayangi selalu....

7) Nak Cari Awek......eheh azam yang ni dah pending dari dulu lagi.....:P


p/s tadi dah dapat lesen untuk buat CPR....lepas ni sape2 yang tibe-tibe pengsan kat tepi jalan leh la tolong...peace....

Sekian terima kasih...

buat kawan-kawan...
anda ditag....
silakan menjawab...

1. Budak Nerd (kan x sibuk sekarang...ahaa)
2.Yuyu ( silakan menulis)
3. teesaz ( sebab anda rajin blogwalk..kan dah kena..)

selamat menulis 



Kalau suka tekan like jer....

"SEGMEN | Saya , Blog Pelajar IPTA 2011"

 

selamat malam buat semua...
tadi jalan-jalan kat blog lyssa ..
tiba-tiba ternampak la satu segmen ni..
tengok cam best jek...
so saya pun join la....


bila tengok balik...
tarikh tutup dah habis plak...ehehe tapi takpelah..
nak tulis jugk...
lyssa nak terima ke tidak itu lain cerita...
ni sekadar perkongsian buat 
adik-adik yang ingin membuat persediaan memasuki alam universiti...
sedikit sebanyak tentang course yang saya ambil 

 saya memilih Jurusan Perubatan dan sekarang saya berada di  Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras. Sekarang ni saya mempunyai masa lebih kurang 1 tahun 2 bulan sebelum menamatkan pelajaran di Universiti..harap-harap semuanya berjalan lancar..

Sebelum ini saya menuntut di Universitas Padjadjaran, Bandung Indonesia selama tiga tahun. Program yang saya ikuti ini adalah Program Berkembar UKM-UNPAD yang merangkumi program pembelajaran selama 6 tahun. Sekarang saya menghabiskan saki baki pengajian di UKM Cheras.

mengapa saya memilih course ini...banyak sebabnya...
1) sebab pertama adalah kerana inspirasi dari adik beradik saya... Abang dan Kakak saya juga menceburi   bidang Perubatan
2) sebab kedua adalah kerana ini merupakan cita-cita saya sejak dari kecil..walaupun saya tidak mendapat keputusan bagus ketika di Matrikulasi..Alhamdulillah.. ALLAH mengurniakan rezeki buat saya untuk menggapai cita-cita yang saya impikan..
3) sebab ketiga adalah kerana ayah saya meninggal kerana serangan jantung ketika saya masih di bangku sekolah rendah.Sejak dari itu saya menyimpan hasrat untuk membuat pengkhususan dalam bidang Jantung apabila saya sudah grad nanti...
4) Sebab keempat adalah kerana saya ingin memberi khidmat kepada pesakit-pesakit yang memerlukan..

Kalau ditanya menyesal ke tak amik course ini, saya boleh katakan saya tidak menyesal sama sekali..
walaupun kadang-kadang saya merasakan bidang ini merupakan bidang yang agak sukar, namun saya tetap mencuba untuk mengikuti course ini dengan sempurna..pelbagai cabaran dan dugaan yang datang mestilah kita harungi dengan hati yang sabar...biasa lah tu...

rasanya dah panjang sangat kot saya tulis, buat adik-adik diluar sana yang bakal memasuki universiti..buatlah pilihan yang terbaik. amik course ape-ape pun sama jek...yang penting lakukan yang terbaik demi masa depan yang terjamin..jangan hampakn ibu bapa dan keluarga kita..kerana dengan bntuan dan usaha dari merekalah yang membuatkan kita jadi pandai seperti skrang...

sekian...
ade pape nak tnya silakan... 

Kalau suka tekan like jer....

sayang boleh....tapi ada batasnya...

 

salam pertemuan buat semua..
malam yang dingin ni..
mestilah dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah..
takkan la nak tido je keje....
bagi la produktif sikit hidup ni...
x gitu kawan-kawan.....

malam ni rasa nak berjiwang skit...
jangan marah k...
actually post ini ditujukan buat kawan-kawan pompuan...
bukan apa...
kali ini nak bercakap pasal sesiapa -sesiapa yang sekarang ini mabuk dibius cinta...
ehehe...

nak taw x...ramai orang jadi lemah selemah-lemahnya hanya disebabkan 
dia gagal mendapat perhatian seseorang itu..
dengan kata lain...
gagal mendapat cinta
atau gagal dicintai...
eh macam saya je tuh...
:P

kepada kawan-kawan terutama prempuan....
saya nak pesan satu benda...
walaupun saya ni lelaki...
saya nak pesan gk...
tk kira...
eheheeee suka hati la kan....
blog saya kan..nk tulis ape pun...

 saya cuma nak pesan...
lebih baik seseorang perempuan mengahwini lelaki yang mencintai beliau
daripada beliau mencintai lelaki tersebut...
eh kenapa pulak? 
saya cakap ni sebab bnyak sbab la...

berdasarkan pengalaman saya, perempuan ni memang mudah sangat menyintai..
dan apabila menyintai berlebih-lebih pulak...
ni la sebabnya lelaki makin naik minyak..
bukannya minyak naik...ahha...
lelaki kalau naik minyak, maknanya bertambah lemak
bila bertambah lemak, maknanya dia tak segan-segan 
nak peralatkan anda serta nak perhambakan anda....

ni sekadar apa yang saya amati...
kawan-kawan lelaki jangan pulak kata saya ni back up perempuan...
saya bercakap atas kesedaran saya sesama insan...
jangan marah k...be cool

kalau boleh kan wahai perempuan semua, 
berpadalah menyintai sewaktu bercinta..
nanti setelah kahwin, cintalah engkau sebesar gunung pun x jadi masalah,
sebab waktu itu lelaki yan dicintai sebesar gunung akan memberikan 
cinta yang lebih besar dari gunung itu...
sampai bergunung-gunung...ahah..

ingat....dalam tempoh bercinta...
selalunya banyak yang tak jujur....

p/s masa bercinta janganlah terlalu asyik dan terlalu lentuk

peace yo........ 



Kalau suka tekan like jer....

orang benci kita tiba-tiba....whyyyyyy!!!!!

 

selamat tengahari semua....
apa khabar ari ni..
dah lunch ke??
mood semua ok x...
harap-harap okay...
jangan wat badmood taw...
nanti dibenci orang....

sebut pasal dibenci orang, 
kadang-kadang saya terfikir jugak kalau ade sape2 yang tibe-tibe benci kita
macam rasa kita ni kucar-kacirkan hidup dia lak..
padahal kita x amik port sikit pun...
buat yang pernah dibenci orang...
bersabarlah...
allah masih bersama kita...

hidup ini perlu bahagia dan ceria...
biar la apa jua rintangan dan masalah yang terpaksa kita tempuh...
kita kena sayang pada mereka yang sayang kita
dan kita jugak kena sayang dengan diri kita sendiri...

sesetengah masalah tu kan bukan kita yang buat, 
tapi orang yang buatkan untuk kita..
nyata lagi terang bersuluh yang dia tu x sayang kita dan benci kita
tak sayang pada bangsa dia sendiri..
alahai.....
nak hebohkan kat semua orang pasal masalah kecil..
rasanya tak perlu kot..
buang masa dan buang tenaga jek
plus anda dapat dosa free lagi...
cakap pasal diri kita dan mengaibkan kita...

buat sesiapa yang pernah dibenci orang..
nasihat saya satu jek..
serahlah pada ALLAH..
yang kita sendiri buat masalah..kita cuba selesaikan dengan baik...
 yang orang wat kat kita dan kita dah cuba sedaya upaya nak selesaikan tapi x siap-siap jugak
jawapannya sama juga, serahlah pada ALLAH
kalau kita benar, insyaallah ada la jalan keluar
kalau kita salah, mintaklah diberi petunjuk oleh allah..

tapi kita kena ingat, langkah ini mestilah selari dengan usaha kita,
tak boleh la x berusaha langsung, 
tapi nak ALLAH tolong...
mana boleh...

memang dalam kehidupan kita, mesti ada ka orang yang membenci kita...
tapi kita sendiri x taw ape yang membuatkan orang benci kita itu...
dan kenapa dia membenci kita...

dalam surah al-falaq yang bermaksud

katakanlah, aku berlindung kepada tuhan yang mnguasai subuh.
dari kejahatan makhluknya
dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gelita
dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembuskan pada 
tali yang tersimpul,
dan dari kejahatan orang yang dengki apabila dia dengki...

yang ayat last tu tengok btul-betul,
dan dari kejahatan orang yang dengki apabila dia dengki..
kenapa la kan..manusia ni x boleh sayang menyayangi,
x boleh tengok orang senang sikit..
mesti akan timbul macam-macam cerita...
kalau betul kita salah...boleh la tegur...
tapi x perlu kot nak hebohkan kesalahan kita sampai seluruh dunia boleh taw...
tegurlah dengan berhemah...
Rasulullah s.a.w pun ajar begitu kan....
plez. plez dan plez....
berfikiran matang lah sebelum kita melakukan apa-apa perkara...
kadang-kadang apa yang kita buat itu
menyebabkan nama baik orang tu tercemar...
please....

berbuat baiklah sesama insan... 

sekian terima kasih 

p/s hidup tidak selalunya indah, langit tak selalu cerah


Kalau suka tekan like jer....

Muka Paling Buruk

 

selamat malam buat pembaca semua..
hari ni rasa nak wat update baru..
tibe-tibe rasa rajin plak..
maklum la dah lama x exercise jari ni...

ari ni nak ckp pasal wajah-wajah manusia...
dalam sehari mestilah korang akan dapat tengok kan wajah-wajah manusia
 wajah manusia ade tiga...jangan x taw plak.

pertama :  ketika dia biasa 

ini wajah kita yang paling cantik.
ala..wajah orang tenang gitu kan cantik..
matanya terbuka sedang-sedang, 
mulutnya tak terlalu terbuka dan tak terlalu terkunci
otot pipinya pula tak mengerepot dan menggeleber...
kan cantik gitu...:))

cantik x awek saya...awww :) 

kedua : ketika dia senyum

Rupa wajah ketika ini adalah yang paling menyenangkan.
Sebab paling menyenangkan tulah yang membuatkan kita nampak cantik
silap hari bulan lagi cantik dari biasa..
dihiasi dengan senyuman sikit..
boleh cair orang yang melihatnya...
mana tak nya...
bila senyum....
wajah kita nampak tomey dan menawan...
x gitu...

ehe...ni lagi-lagi gambar awek saya...cumil kan..  

ketiga : ketika dia sedang marah 

marah ini adalah wajah manusia yang paling buruk
paling tak lawa dan 
paling tak senonoh dan malahan
paling menakutkan..
jadi, janganlah marah..
nak marah pun kontrol la sikit..
bukan x boleh marah langsung...
tapi kontrol la skit supaya wajah tu 
tak terlalu buruk ditengok dek orang...

amboi2..bukan main marah dia...    

nak tips kawal marah....
ahaa... dengar ni, setiap kali nak marah
pegi tengok muka kat cermin
xpun amik gambar guna handphone..
tengok muka anda waktu tuh
mesti tergelak punya...
dengan hidungnya kembang...
mata merah menyala...dan nafas turun naik..

 rasanya dah cukup kot untuk malam ni.
.jumpa lagi... 
selamat malam


p/s orang marah ni dalam badan dia banyak setan :P 


Kalau suka tekan like jer....

machokan diri dengan akhlak

 

apa khabar semua?
diharapkan sihat-sihat selalu..
di petang yang dingin ni..
di kala kilat sabung menyabung..
diri ini ingin menulis sedikit berkaitan diri dan kehidupan...

kita mulakan dengan satu situasi...

Kalau korang tengok cermin tu..jangan la asyik tanya
"lawa ke tidak aku ni?"
cuba la lain kali tanya camni, 
"aku ni anak baik ke tidak?"
takde maknanya juga kalau muka aja lawa tapi perangai, sikap, kelakuan dengan ibu bapa hancuss!!!!

wajah yang cantik, tampan , macho dan anggun yang Allah berikan ini mestilah selari dengan perangai kita yang sebenar. Terutama pada ibu dan ayah.. 
kadang-kadang saya pun naik heran, orang yang nampak lawa sangat,
rupanya dia kat umah dengan mak bapak bukan main kasar...
tengking sana, tengking sini...
x perasan la gamaknya...
dia ade kat dunia ni bukan kerana mak bapak...
dia mmbesar sihat sekarang ni kerana mak bapak...
jadi, mulai ari ni..belajarlah menghargai mereka...
tanpa mereka siapalah kita...
lagi-lagi allah dah cakap...
syurga itu bawah telapak kaki ibu...
kalau hari-hari tengking ibu...
macamana nak dapat cium syurga....
ish-ish....

kita nak cantik dan hensem tu x salah..
nak rawat wajah ke..ape ke..tapi
akhlak kita pun mesti lah kena rawat juga..
biar setampan dan selawa muka kita kan...
baru lah orang nak berdamping dengan kita...
diri saya ini pun banyak juga bergelumang dengan dosa...
tapi kita bolehkan berusaha untuk ke arah kebaikan..
x salah pun...

jadi, mulai sekarang...kita mesti hormat kat kedua ibu bapa kita..
jangan jadi anak derhaka.
kalau nak jadi jugak..cuba tanya diri...
siapa yang buat tu?
kita sendirikan...
sendiri buat sendiri tanggung dosa la beb...

saya rasa setakat itulah perkongsian saya...
ingat, orang yang paling cantik bukan kerana orang itu memang cantik,
tetapi orang yang ada peribadi cantik, itu lebih cantik...


p/s sebenarnya kita ni semuanya handsome dan cantik....nak taw sebab apa...sebab ALLAH yang buat 

Kalau suka tekan like jer....

Blog pengubahsuaian

Salam buat pembaca sekalian.....sekarang ini saya hentikan dulu proses pembikinan update terbaru blog kerana saya ingin mengubahsuai blog terlbih dahulu
Kalau suka tekan like jer....