Review Blogger Twinning UKM-UNPAD...( HOT!!!!!!!!!)


Di waktu tengahari yang tak panas dan tak sejuk...
tibe-tibe diri ini rasa nak menulis la plak.....
biarlah tak de idea pun...
tulis jela kan apa yang nak tulis...
janji ade orang bace......

kalau sebelum ni saya ada buat entry pasal review blog kengkawan kan..
jadi hari ni saya nak meneruskan lagi aktiviti review blog orang...
ari ni saya nak pilih dua blogger jek.........
dan kedua-dua blogger ni saya boleh selalu jumpa dan borak-borak secara live...aaha...
jeles tak????

nak taw sape blogger tu...

sila bace entry ni sampai habis...

Blogger pertama ni adalah seorang gadis ayu yang berasal dari Negeri Sembilan... Dia pernah melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Universitas Padjadjaran , Bandung di bawah program berkembar antara Universiti Kebangsaan dan Universitas Padjadjaran...dan sekarang beliau sudahpun meneruskan pengajian di UKM.. Beliau merupakan junior saya ketika saya menuntut di universiti yang sama dan juga dalam bidang yang sama...apa yang menariknya di sini nak diceritakan adalah kisah saat mengenali dan berjumpa si gadis ini buat kali pertama.......

nak dipendekkan cerita yang mana lokasinya adalah di Jakarta dan waktunya adalah ketika hari pertama beliau menjejakkan kaki di bumi Jakarta untuk meneruskan pengajian di sini......maka berlaku lah dialog antara saya dan kawan saya iaitu Abu ( bukan nama sebenar )

saya : eh eh...junior kita dah sampai dah...semangat kan kita sampaikan ada banner untuk menyambut ketibaan diorang...
Abu : tulah...tapi bagus jugak...baru lah diorang tak rase rindu sangat dekat family yang baru mereka tinggalkan di tanah air...
saya : Agak -agak ade tak junior-junior yang cun eh..( sambil di dalam hati berdoa tak putus-putus )
Abu : mesti ada punya.....eh eh...ko cuba tengok tuh...ade awek cun la yang jalan bersama junior baru kita...
sape tu eh...student ke pegawai....
saya : pegawai kot... ( tapi dalam hati still berharap itu ialah student ahah)
Abu : tah la...dah la jalan sorang-sorang...cam sombong jek......
saya : relaks la..nnti kita kenalla dia tu sape.

itulah pandangan saya masa pertama kali melihat si gadis dari negeri sembilan ini....
 kalau tengok dari awalnya gayanyaa agak sombong.....

 maka beberapa hari kemudian bermulalah sesi suai kenal antara senior dan junior yang baru datang..
dan hasilnya segala persepsi awal yang mengatakan awek cun itu sombong adalah sama sekali...

sejujurnya saya sebagai orang yang pernah mengenali blogger ini dan merangkap junior saya...
dia merupakan seorang yang peramah once bila uolls kenal dia....boleh diajak borak.....dan can be a good friends....

nak taw sape orang tu....
beliau ialah 
jeng-jeng



 ni header blog dia..dan ini linknya
sila ke blog nya untuk mengetahui lebih lanjut pasal dirinya...

korang takkan tak kenal kan...beliau antara blogger yang terkenal di malaysia di abad ini...
sampaikan kawan saya yang sebelum ini tak pernah buka internet dan tinggal di ceruk kampung...(maknanya kawasan perdalaman la.....dia tanya saya...
" eh ko kenal eh blogger nama fatin liyana tuh...femes kan dia...aku suka la cara dia tulis blog"

aha sampai camtu sekali femesnya...

dan baru-baru ini beliau telah memenangi award
BEST CELEBRITY BLOG dalam World Blogger & Social Media Awards 2012
yang diadakan di PWTC baru-baru ini...Sekalung Tahniah buat beliau..
dengan followernya yang hampir mencecah 40 ribu...
diharapkan beliau mengekalkan cara penulisan santai dan tutorial2 cara pemakaian tudung shawl yang berjaya menarik minat remaja-remaja especially perempuan..keep it up Atin...

ok..cukup la tuh...
dan ini adalah beliau..
 Ok da cukup ya perkenalan dengan blogger pertama...sekarang kita berpindah pulak kepada blogger kedua...

Blogger kedua ni lelaki dan beliau merupakan penggemar kopi tegar....tak minum kopi sehari boleh membuatkan dia merana dalam hidupnya...over x...macam over jek..ahah...
Beliau ni kalau dilihat pada wajahnya memang terpantul ciri-ciri seorang pemimpin...macam ade cop jek kat atas dahi dia....cop dia lebih kurang camni la.." saya suka jadi pemimpin"
dan hasilnya beliau banyak memegang jawatan sebagai ketua dan pengarah bagi organisasi-organisasi untuk pelajar perubatan.......sekarang pun beliau berada di Mumbai untuk menghadiri satu conference....

tengoklah betapa sibuknya beliau dengan aktiviti dan conference serta mesyuarat-mesyuarat...namun itu semua tidak menjadi alasan untuk beliau tidak menulis entry....Entry beliau sangat menarik terutamanya entry yang ditulis dalam English...bahasa-bahasa yang digunakan mudah difahami dan isu-isu yang diketengahkan juga sangat menarik.......

seperti blogger yang pertama, blogger ini juga peramah dan easy to be a friend....jenis sempoi dan kadang-kadang kepalanya juga boleh masuk air...means boley satu kepala la......

seperti yang saya war warkan, beliau merupakan penggemar kopi tegar sehinggakan beliau pernah mendapat luka di perut kerana terlalu banyak minum kopi...dan beliau terpaksa mengambil ubat yang dinamakan sebagai ANTACID..lebih kurang anti acid la.hahaha.... 

namun itu semua tidak pernah menghalang beliau dari terus meminum kopi...
dan hasilnya..
header kat blog dia pon nak kena lambang secawan kopi..
dan kalau nak melawat blognya ini adalah 

kalau nak melawat sila lah rajinkan tangan klik blog tuh..banyak input-input berguna...
sampaikan entry-entry beliau ada yang dipamerkan di the sun online.....ok lah tu kan...
sampai masuk dalam paper siot...:) keep it up bro....

dah kenal blog kan tapi tak kenal tuan punya blog...
dan ini adalah beliau 




ahaha macamna...ada gaya aaron aziz ke x....
aik jatuh hati ke...




















ehhe...sory la kengkawan ye..yang ni dah ada yang punya....dia sekarang in a relationship with seorang blogger terkenal jugak di malaysia...nak taww sape...
silalah cari sendirik......

adoi...penat da menulis ni...rase cam nak tulis sikit jek...
tapi bila tulis rasa banyak plak nak tulis...
sebelum nak ucapkan bye-bye..
izinkan saya beritahu persamaan antara blogger di atas ialah...

mereka adalah blogger TWINNING UKM-UNPAD...


p/s buat pemilik gambar..sowi pinjam satu gambar...tata..jumpa lagi..

sekian



Kalau suka tekan like jer....

Kelantan di Mata Orang Luar


salam buat pembaca sekalian...amacam...banyak sihat ka??
semoga sihat-sihat saja ye...

nak dipendekkan citer...
pagi tadi bangun-bangun tido...
saya dikejutkan oleh satu panggilan telefon....dari member aku

member : hello
saya : ya bro..
member : ko online facebook tak sekarang...
saya : yup online..nk tanye apa...
member : aku nak suh bace dan komen apa yang aku tulis ni...betul ke tak...kalau ko nak tambah ke..silakan la..
saya : ok bro..later aku baca....

maka saya dapat lah satu link blog iaitu jeng-jeng2...
sila tekan link di atas kalau nak taw ape isi kandungannya...
setelah anda amati...sila bagi komen dan pandangan anda tentang artikel itu..

sejujurnya...selepas saya membaca post yang berkaitan dengan negeri kelahiran saya iaitu Kelantan yang ditulis oleh sahabat saya, saya merasa begitu bangga....kerana saya diberi peluang dilahirkan di negeri yang digelar Cik Siti Wan Kembang....

walaupun pada hakikatnya..sekarang ini Kelantan diwar-warkan sebagai negeri termiskin di Malaysia...tetapi bagi saya itu semua tidak menjadi masalah....miskin-miskin pon xde lagi orang kelantan mati sebab kebuluran..... mungkin betul kata member saya...mereka miskin duit...tetapi mereka tetap ada harta lain seperti tanah dan kebun-kebun......

biarlah apa orang nak kata...miskin duit takpe..janji kita kaya dengan budi bahasa.......biarpun Kelantan nampak miskin di mata orang luar....tetapi pandangan anda itu akan berubah apabila anda sendiri menjejakkan kaki ke negeri yang dipimpin oleh ulama yang bersederhana dalam semua segi iaitu Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat...dengan berpakaiankan singlet pagoda dan kain sarung.....beliau tidak segan silu walaupun beliau ada pangkat sebagai menteri besar kelantan....Beliau seorang pemimpin yang sangat disayangi di Negeri Kelantan....x kira la cina, melayu, dan india sekalipun.....kalau Tok Guru dah meninggalkan tampuk pemerintahan kelantan ni...tak tawlah apa jadi....wallahuallam...


motif sebenar saya tulis pasal Kelantan ni adalah untuk menjawab semua mitos-mitos berkaitan rakyat negeri kelantan yang dibincangkan dalam blog member saya atau linknya di sini...

1) Orang Kelantan nie semangat negeri die kuat sangat la bro
yup yang ini memang tak dinafikan..kat mana-mana pun korang leh tengok..lagi-lagi di pusat pengajian tinggi...orang kelantan kalau dah jumpa member kelantan dia..mesti akan keluar loghat mereka..dan kawan-kawan mereka yang dari negeri luar mungkin terpinga-pinga sebab tak faham apa yang mereka cakapkan...bagi saya sebagai rakyat kelantan..perasaan sayang pada negeri oleh orang kelantan ni mungkin lebih sikit dari orang-orang lain sampaikan bila mereka jmpa member-member satu negeri dengan mereka di Kuala Lumpur misalnya..mereka still menggunakan bahasa kelantan....ini menunjukkan kami tidak lupa dengan asal-usul negeri kami...tidak la nak culture shock ke ape...tapi harus diingat...rakyat kelantan sentiasa berusaha untuk menggunakan bahasa yang difahami bila berkomunikasi dengan member yang dari negeri luar...biarlah kadang-kadang slang yang digunakan itu bunyi nya agak kelakar..tapi tkpelah..at least mencuba kan...
selain itu...rakyat kelantan ni kebanyakan menganggap orang satu negeri dengannya ini semua bersaudara....biarpun sebelum ni x kenal batang hidung pun..tapi once dia tahu membernya itu orang kelantan..mereka sudah boleh jadi sahabat....mungkin sebab sikap peramah terhadap orang satu negeri membuatkan orang luar menganggap rakyat kelantan ni suka berpuak-puak....

2. Kalo ko nk kawen, jangan kawen bdk Kelantan, bro. Nanti raya, ko balik Kelantan jelah. Kecian mak bapak ko kat sini, tak kesah r ko laki ke pompuan ke
yup yang ni pon betul...tidak boleh dinafikan lagi...kebanyakkan orang kelantan suka beraya di kampung halamannya sendiri walaupun isteri atau suaminya orang luar terutamanya pada hari raya Korban...
kalau korang nak taw kan...hari raya korban ni kalau di kelantan memang sangat meriah...ibarat kenduri tujuh hari tujuh malam....kalau kt negeri luar....ade macam ni....lepas korbankan lembu kat masjid....habis...tkde macam smbutan selain daripada itu...itulah salah satu sbb bila kawen ngan orang kelantan..bila raya..mereka nak blik kampung mereka.......
3. Kelantan dh menang Piala Malaysia. Hbs r, sampai ke tahun depan r die rayakan kemenanganya
kelakar la mitos yang ni...sapa tak hepi weyh menang piala malaysia buat kali pertama setelah berpuluh-puluh tahun mencuba..mana-mana negeri pon sama lah....tapi yang part kata rayakan kemenangan sampai ke tahun depan tuh...itu rasanya macam over jek..ahha.....sejak Kelantan memenangi Piala Malaysia buat kali pertama, mereka sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu permainan...dan sekarang hasilnya mereka layak beraksi di liga AFC dan juga menerajui tkhta liga super...Kadang-kadang orang luar yang tak suka kelantan ni banyak cakap..alah..menang tu nasib jek...eh come on lah...kalau nasib takdelah boleh lead liga super sekarang....ohoh..
4) Cube ko lepak ngan budak Kelantan. Xkesah r ko rapat mana pon ngan die, ble die jumpa org negeri die, tros je die lupa kat kita. Mula la kecek Kelantan. Dh la ak xphm bahasa die.
kalau yang ni saya tak pasti sangat...kalau saya sendiri..even saya jumpa kawan satu negeri pon..xdelah sampai tinggal member dari negeri lain..at least kalau diorg tak faham pun bahasa kelantan..saya akan cuba untuk translate kepada bahasa yang difahami oleh mereka...hopefully member-member saya tidak tersinggung k..ahah...
5) Orang kelantan banyak berhijrah ke Kuala Lumpur sebab kt negeri sendiri miskin dan takde keje.. 

yang ni banyak jugak diperkatakan oleh individu-individu yang menilai kelantan dari mata kasar...bukan dari pengamatan yang jelas...ramai orang kelantan datang berhijrah sebab mereka nak berubah....nak cuba kenal dunia luar...dan ingin berusaha...apa salahnya kan nak dtg kl untuk carik rezeki....lagipun kelantan juga adalah sebahagian dari Malaysia...so xde istilah  sebab negeri mereka miskin..diorang datang carik rezeki kt tempat kita...come on la..jgan sempitkan pemikiran tuh...kalau cmtu sampai bila la nak berkembang...cuba bayangkan kedai-kedai makanan yang kebanyakan ada di kl ni...dipelopori oleh sapa....
korang pegi la mana pon...mesti ade gerai orang kelantan..........tepuk dada tanyalah selera anda..

saya rasa dah panjang lebar sangat da post yang saya tulis kali ni...
nanti boring pulak anda yang membacanya....
komen-komen dari blogger yang bukan berasal dari kelantan dialu-alukan
untuk saya mengetahui apa pandangan anda tentang rakyat negeri kelantan..

we admit that...we are not perfect...biasalah tu kan...
rakyat mana sekalipun..pasti ada kelebihan dan keburukan tersendiri...
tapi sejauh mana kebaikan dan keburukan itu..anda kenalah mengenali mereka terlebih dahulu..
jangan kerana orang kata macam tuh...anda generalizekan orang kelantan ni sebagai macam tuh..

kat akhbar ke mana-mana sekarang...macam2 perkara buruk yang dihebohkan pasal kelantan..rakyat kelantan diharapkan tidak cepat melatah......kita cubalah bersabar selagi termampu...
tunjukkan pada dunia luar bahawa rakyat kelantan merupakan rakyat yang mementingkan persaudaraan yang kukuh...

sorry kalau post kali ini ade berbaurkan kenegerian...ini sekdar pandangan dari saya...
sekian




Kalau suka tekan like jer....

Wordless Wednesday


hi...malam ni tak nak cakap panjang...
dah nama tajuk pon wordless....
ahahah..
sila tengok gambar di bawah...
dan fikirkan..ada kaitan ngan anda tak..



amacam....yang mana satu ek paling susah untuk anda buat...
sila komen di bawah ini..
good nyte..
:)
 


Kalau suka tekan like jer....

Review Blog Kengkawan




salam...ape khabar semua kawan-kawan..
sihat x...
beberapa hari ni saya tiada mood untuk update blog 
sebab saya mendapat satu berita yang memang pahit untuk diterima..
tapi akhirnya saya redha dan pasrah dengan dugaan yang diberi...
papepon..hidup kena positif barulah kekal bahagia..

malam ni saya nak review beberapa blog kengkawan saya...
kalau korang rasa nak tengok..silalah jejakkan kaki ke blog mereka..

1) Mangsa yang pertama adalah Wany

eheh...link blog dia ad kat atas tu..sape nak tengok sila rajinkan tangan untuk klik..eheh...
sekarang beliau belajar di UITM Chendering dalam bidang office management...orangnya kecil molek dan comel cute gitu...eheh already taken by Mr. Syafiq...mula-mula nak kenal dia ni agak takut gak la..tapi once kenal...she is a friendly person dan sesuai sangat dibuat kawan...kata orang kan..x kenal maka tak kawan..so marilah kita sama2 tengok blog dia...yang ni x pernah jumpa lagi...sekadar borak-borak di Facebook...nak kenal dia sila tekan sini

2) Mangsa  yang kedua adalah Yuyu

nama lainnya adalah Lauryl Lavender..beliau ni pun seorang yang peramah..dan once u oll kenal...senang to be a friends...currently beliau belajar di Kolej Polytech Mara Kuala Lumpur...orangnya tinggi dan putih melepak..ala-ala korean girl gitu..:).....First time jumpa dia adalah dekat bus stand..kebetulan masa tu ujan pulak menitis-nitis..ahaha cam drama la plak kan.....( jangan percaya lak..sekadar cerita rekaan semata-mata)...First time jmpa beliau okay la...boleh borak2....lagipun saya ni pemalu sikit..tambah-tambah kalau cakap dengan perempuan baru kenal.....kalau nak kenal melawat la blog di sini

3) Mangsa yang terakhir adalah Mimi

mangsa yang ketiga ni belajar satu universiti dengan si Wani.... course yang dia amik pon sama kot...
macam biasalah...semua kawan-kawan saya ni peramah dan mimi pun salah seorang daripadanya...once da kenal...senang jek ajak borak...yang ni kenal kat Fb...x pernah jumpa lagi..sama cam wany...jom tengok blog beliau kt sini


apakah persamaan ketiga-tiga blogger di atas....

mereka semuanya already taken....i guess? kalau salah maaf yer...itu baru satu...

yang paling penting adalah...

saya kenal mereka kerana seorang insan dan jugak kawan saya yang menggunakan nama singkatan 
Chemy....aka F.A.L.....

mungkin saya tidak mengenali blogger-blogger diatas kalau saya tidak kenal F.A.L....

F.A.L...bilanya nak buat blog..aahah....
kawan-kawan semua da ada ni....

post kali ni saje jek sekadar untuk menghilangkan rasa bosan dan menambahkan entry saya...
papepon diharapkan persahabatan kita semua berkekalan...dan always keep in touch..
kawin jangan lupa jemput..
nyte

Kalau suka tekan like jer....

Pakwe vs Makwe

 
 
Salam apa khabar blogger-blogger sekalian..
Ini adalah post pertama saya selepas baru sahaja menghadapi peperiksaan akhir semester 2..
Pasal exam tu…okay-okay je kot..dah try yang terbaik sekarang ni tinggal waktu untuk tawakal jek..
Doakan saya lulus dengan jayanya k kawan-kawan..

Hari ni rasa macam nak menulis sikit pasal realiti kehidupan yang berlaku di negeri kita terutamanya pasal remaja. Saya pun sekarang ni remaja gak..so tau la kan sikit-sikit…eheh….mesti pembaca-pembaca pon pernah nampak kan kalau kuar membeli belah di pasar raya….situasinya lebih kurang macam ni..dan cerita ini adalah berdasarkan pengamatan saya…so, kalau ade yang terasa ke no offense k…saya pun pernah wat kesilapan jugak…biasa lah kan..lumrah hidup manusia…

1)      Makwe Cun dan Pakwe Handsome
Bagi saya, couple yang macam ni biasa la…orang pandang pun tak geli..bukan apa..dua-dua sepadan dan sesuai la mereka berdua couple…takdelah nak jeles-jeles ke…kalau kat public pun x dela nampak macam mereka nak menunjuk-nunjuk sebab memang dua-dua cantik dan hensem.

2)      Makwe Cun dan Pakwe Tak Handsome
Kebanyakan makwe yang cun mesti dapat pakwe yang tak hensem…muka cam kapal pecah…eheh…ini realiti..kalau anda perhatikan, si pakwe mesti ada nampak muka bangga diri sebab ada makwe yang cun-cun..
Si pakwe ni pulak kadang-kadang mesti pakai spek Rayban hitam supaya nampak hensem sikit. Dan kita boleh lihat si pakwe tu macam buat-buat kelakar nak tawan hati makwenya..tapi cam biasa la…si makwe tu buat-buat je la gelak….
Selalunya juga, si pakwe tu ada dompet tebal…sebb tu lah pompuan tu nak…betul x saya cakap ni…ehe

3)      Makwe Tak Cun dan Pakwe Handsome
Kalau yang ni korang mesti leh tengok kan yang si makwe tu akan pegang tangan pakwe dia kaw-kaw…macam tak mau lepas..saya pun tak taw kenapa…si makwe ni macam nak menunjuk-nunjuk yang dia ada pakwe hensem..kadang – kadang korang leh tengok yang si pakwe hensem ni rasa segan dengan makwe dia punye perangai…lepas tu kan..kalau si pakwe dia ni tengok dan main mata dengan awek yang lagi cun…mesti makwe yang tak cun ni bagi jelingan maut..macam mau ditelan awek cun tu….ahha rasa diri tercabar kot..

4)      Makwe Tak Cun dan Pakwe Tak Handsome
Haha…yang ni…sape pun takkan peduli…no comment…

5)      Sekumpulan Awek dan Seorang Lelaki
Situasi macam ni kita leh tengok dekat restaurant….seorang lelaki dikelilingi oleh sekumplan kawan perempuan…ahah lelaki jenis ni biasanya lembut dan banyak bercakap…ahha….gosip-gosip menjadi topik perbualan hangat…

6)      Makwe Cun yang pakai seksi
Yang ni mesti ramai yang akan tengok….si makwe cun tu tak kisah la sebab dia taw dia cun…dan dia tunjuk aset yang penting kat badannya pun bukan luak pun..sebab memang dia tu perfect dan cun…

7)      Makwe  Tak Cun yang pakai seksi
Ahaha yang ni macam kesian jek…orang pun tak lalu nak tengok aset kat tubuh dia…buat sakit mata jek orang nak tengok..orang jenis ni biasa akan cakap camni “ I wear sexy and I feel good”  tak pun akan cakap macam ni..” I have the right to wear anything I want “
Dah la hodoh..nak pakai seksi plak kan..ahaha macam memburukkan keadaan jek….

Ni semua pandangan dari saya..kalau rasa salah sila la betulkan….
Sekian terima kasih

Kalau suka tekan like jer....

Anak Durjana


salam jumaat semua..
semoga mood hari ini baik-baik saja k..

pagi ni saya bukak paper Metro..terus hati saya luluh
bila lihat tengok tajuk 

TANGISAN KERANA ANAK....
IBU LUMPUH DITINGGALKAN DI HOTEL

maka saya pun meneliti satu persatu

KUALA LUMPUR: Menitis air mata seorang ibu yang lumpuh apabila menyedari dirinya ditinggal terbiar oleh anak tunggalnya di sebuah hotel bajet di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini, sejak empat hari lalu.
Dia kini dijaga kakitangan hotel berkenaan yang membantunya menguruskan diri termasuk mandi dan mengganti lampin pakai buang selepas anaknya gagal dikesan.

Warga emas itu mulanya tinggal bersendirian di kampungnya di Johor, tetapi sejak sebulan lalu anaknya yang masih bujang membawanya ke ibu kota.


Faridah Maulud, 66, yang keseorangan ditemui pekerja hotel dalam keadaan meniarap di lantai ketika memeriksa bilik disewa anaknya selepas lelaki berusia 27 tahun itu gagal menjelaskan bayaran empat hari hingga menimbul tanda tanya kepada pengurusan hotel.

Ketika ditemui Harian Metro semalam, warga emas itu kelihatan lemah dan tidak bermaya serta berkali-kali memaklumkan dia ingin ke rumah kebajikan kerana tidak mahu menyusahkan staf hotel yang membantunya

ibu lumpuh yang ditinggalkan keseorangan di hotel bajet


bila bace berita ni...hati saya berasa sangat sedih dan teringat kat ibu kat umah...
saya akan jaga ibu saya sebaiknya...
saya tak faham la kenapa ade anak yang sanggup buang ibu sampai macam ni..
nak kate tak diberi akal..allah dah bagi siap-siap...
mereka tak sedar ke allah dah cakap syurga itu di bawah telapak kaki ibu...
ehmmmm...
tapi manusia kan..kita tak dapat jangka..
betullah kata pepatah..ibu boleh menjaga sepuluh anaknya tapi sepuluh anak belum 
tentu dapat menjaga seorang ibunya...

semoga anak yang berbuat demikian ke atas ibunya dapat bertaubat dan kembali kepada ibunya
kerana redha anak terletak di tangan ibu bapanya...


 


Kalau suka tekan like jer....

MegaGiveAway By Penmerah.com




salam...selamat pagi semua...
semoga mood anda baik-baik saja k...
senyumlah walau dimana anda berada..
kerana senyuman itu menampakkan kecantikan anda....

eheh....pagi-pagi ni jalan kat blog si kecik Wany ingat nak jenguk
apa update terbaru beliau...amboi sekali diri ni dah tertag untuk menyertai mega giveaway cik pen merah ...
tengok pada hadiah tu...boleh juling bijik mata...ahah......
tapi tujuan sebenar join ni pun bukannya ape.. untuk sekadar berkenalan sesama blogger jek..
kalau dapat hadiah tu..tu dah kira bonus la kan..ahha


banner pun dah cantik....hadiah mesti la mantop......

kalau nak taw ape syaratnya...silalah melawat
di sini..cik pen merah


disebakan diri kena tag

so kita balas balik 


cukup la tu tiga..ehehe kalau bertuah...semua yang saya tag ni akan dapat hadiah..eheh


Kalau suka tekan like jer....

Kawan vs Kekasih


salam dan selamat pagi semua buat blogger- blogger smua..
ape khabar smua...
diharapkan sihat jek..
mood plak macamana hari ni...
janganlah suram macam langit ari ni...
apepon kita mesti bersyukur kerana allah kurniakan rahmat kepada kita 
iaitu HUJAN.....

pagi ni nak menulis ni bukan nak bercakap pasal hujan...
tapi nak bercakap ape beza kawan dengan kekasih...
tapi apa yang saya cakap ni x semestinya betul....
mungkin ade jugak biasnya..
so marilah kita tengok satu persatu...

1) kalau nak belanja kawan tu......air satu tin pun berkira..padahal baru seringgit...tapi kalau nak belanja kekasih, habis beratus-ratus dalam sehari pun tak pe..asalkan kekasih gembira...
tapi kesudahannya andalah yang bergenang air mata memikirkan apa yang nak dimakan keesokan harinya..ahaha

2) kalau nak berjalan dengan kawan-kawan kat luar contohnya pegi shopping mall ke...
kebanyakkan akan berjalan masing-masing tanpa ada yang nak pegang tangan...tapi kalau berjalan dengan kekasih....tangan tu dipegang erat-erat...melekat macam gam gajah....padahal baru kekasih...bukan isteri lagi.....

3) kalau pegi tengok wayang dengan kawan...cerita yang ditayangkan yang nampak menarik pun jadi bosan sebab tidak ada sentuhan-sentuhan atau pelukan bila ada part seram ke...tapi kalau pegi tengok wayang dengan kekasih...cerita yang bosan pun dikatanya seronok..mana taknnya...ore tengok wayang...dia pegi buat wayang...ahahha bersentuh sana..bersentuh sini....mula-mula bersentuh...lepas tu kenalah renjatan elektrik....

4) kalau berjanji dengan kawan...janji ibarat kata-kata manis hanya di bibir atau macam menanam tebu di tepi bibir......berjanji pandai...tapi buatnya tak...tapi kalau berjanji dengan kekasih...sanggup gadaikan atau kancelkan appointment ke, ponteng kelas ke, semata-mata untuk meluangkan masa dengan kekasih itu..

5) kalau bagi hadiah kat kawan...hadiah harga seringgit pun mula nak bangga...pahtu ungkit-ungkit macam ni 'aku bagi hadiah birthday kat ko..ko x bagi pun hadiah kat aku '
tapi kalau bagi hadiah kat kekasih...kalau boleh tiap2 hari nak hadiah yang berlainan sampai mati akal tak taw da apa yang nak diberi....

6) kalau jumpa kawan...muka macam ayam berak kapur....tapi kalau jumpa kekasih.....muka tu berseri-seri...kalah kuih seri muka...nak tunjukkan betapa pentingnya kekasih bagi dia....ala relaks la....ingat ko sorang jeke ade kekasih.....hehe...

7) kalau kawan mintak tolong...jawapan mesti macam ni  " ko try la cari orang lain dulu" " aku sibuklah"
tapi kalau kekasih mintak tolong.....sanggup tak tido malam dan sanggup buat ape sahaja asalkan dapat menolong kekasih itu....

ahaha cukup lah dulu saya merapu buat kali kedua..
semalam budak sekolah vs budak universiti...
sekarang kawan vs kekasih...
lepas ni tak taw lah ape plak...
harap-harap ade idealah...


k jumpa lagi di next post...

p/s x semestinya apa yang saya tulis ni semua betul..
dah kata kan tadi saya merapu...
dan sory kalau ade penggunaan bahasa yang kasar...
peace...



Kalau suka tekan like jer....

Pelajar Sekolah vs Pelajar Universiti

 

Hai...ape khabar blogger-blogger satu malaysia...
ada baik ka...ada buruk ka..atau biasa-biasa saja...
dalam seminggu ni...diri ini agak sibuk lah kerana saya menghadapi
peperiksaan akhir semester dua...
yang mana peperiksaan ini agak penting sebelum melangkah ke tahun akhir...
kawan- kawan semua doakan saya berjaya k..

hari ni rase nak merapu sikit...nak cakap ape beza budak sekolah dengan budak universiti...
harap-harap anda bacalah satu persatu...kalau sama sila angkat tangan..eheh

1) pelajar sekolah bila dapat duit belanja dari ibu bapa diorang guna untuk beli keropok dan makanan ringan tapi pelajar universiti bila dapat elaun.....handphone baru atau gadget baru yang ditayang-tayangkan...maka bila sampai hujung bulan....maggilah menjadi makanan ruji...

2) pelajar sekolah kalau exam mesti rasa nak dapat banyak A..sape dapat banyak A dialah hebat...tetapi pelajar universiti especially dalam fakulti perubatan..kalau exam lulus cukup-cukup makan pon dah kira bersyukur....sebab ape...tepuk dada tanyalah iman....
 
3) pelajar sekolah kalau bercinta...dating kat taman-taman...tepi bus stop. low budget la katakan....tapi kalau pelajar universiti kalau dating....mestilah kat shopping mall...Tutti Frutti....atau dalam kata mudahnya tempat eklusif...baru nampak romantik katanya...tapi bila dah habis duit barulah nak ternganga....
 
4) pelajar sekolah kalau balik sekolah tukar baju mesti kuar main ngan kawan kalau lelaki..kalau pompuan main masak-masak..ehehe tapi pelajar universiti balik kuliah terus terkam laptop sebab nak update blog..nak like status orang..dan nak update status sendiri...biarlah badan melekit pun...janji dpat online...
 
5) pelajar sekolah kalau cantik sikit akan dipuji oleh orang ramai terutama lelaki dan ramai berebut-rebut untuk mendekatinya.....tapi pelajar universiti kalau ade yang cantik sikit mesti ramai musuhnya...sebab ape..sebb adanya sikap jeles yang tak bertempat...kalau kat facebook tu mesti ade ramai fakers...

6) pelajar sekolah biasa stay up malam-malam untuk belajar..tapi pelajar universiti..stay up malam-malam sebab nak berbalas komen dan bertanding like dekat facebook....
 
7) pelajar sekolah kalau putus cinta xde pape la sangat...cinta monyet la katakan....tapi pelajar universiti..kalau putus cinta...menangis sampai keluar lagu Isabella...pahtu mula la fikir nak terjun bangunan..makan panadol lebih la...
 
ahaha saya rase cukuplah dulu saya merapu...
sbenarnya xde idea nak tulis ape...
ni pon entah betul ke tidak perbezaannya
tapis-tapislah k
 
terima kasih



 

Kalau suka tekan like jer....

Segment tambah follower sampai pengsan




salam semua...
di pagi jumaat yang dingin dengan matahari yang malu-malu nak kuar...
saya nak join satu segmen ni....
lgipun dah lama x join segmen...
bulan lepas kot last join...
ahha mcm dah lama sangat....

segmen ni dianjurkan oleh CIK LEEZA
kalau nak join tu boleh la klik ye....

aaaa ini banner dia....doraemon tgah makan dorayaki..


ehm nak tulis ape ek..

nak wish jelah kat kawan-kawan blogger...
semoga berjaya menjadi blogger yang mampu memberi input yang berguna antara satu sama lain....
selain meramaikan kawan....kita bolehlah kongsi-kongsi masalah serta cerita masing-masing...

tata.....eeheh


Kalau suka tekan like jer....

pengorbanan seorang ayah


selamat pagi buat blogger-blogger di Malaysia...
sudah lama rasanya tidak update blog ni...ehhe 
padahal baru beberapa hari....
jadi, di hari yang mulia ini....
dan di minggu study week yang bakal hilang tidak lama lagi....
saya ingin berkongsi sedikit tentang seorang insan yang digelar sebagai AYAH...

buat pengetahuan semua, saya kehilangan kasih sayang seorang ayah sejak saya berumur 10 tahun.....
ayah saya telah meninggal kerana menghidap penyakit jantung.....
marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah kepada arwah...

baru-baru ini, saya terbaca akhbar metro bercakap pasal beberapa orang anak yang 'meminjam' ayahnya
di Rumah Orang-Orang Tua semata-mata untuk proses pengurusan harta pusaka...
selepas proses itu selesai...mereka menghantar balik ayah mereka di sana....
pada mulanya..mereka memberi janji kepada penjaga rumah orang tua itu untuk membawa ayahnya pulang kerumah buat selamanya....tetapi itu hanyalah janji manis semata-mata.......

tengoklah situasi diatas....betapa kejamnya anak yang sanggup membiarkan ayahnya tinggal dirumah orang tua.....mereka ni x sedar ke yang ayah mereka tu bnyak berbakti kepada mereka...
x faham ape nak jadi dengan dunia sekarang ni.....
macam-macam.....

ok...itu sekadar pendahuluan...di bawah ini pula adalah satu cerita yang ingin saya kongsikan...
cerita ini sy nampk orang share kt fb...so sy nk share kt blog dengan harapan cerita ini dapat memberi iktibar buat saya dan rakan-rakan semua.....

 APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..


itulah pengorbanan seorang ayah........sedar x sedar air mataku menitis kerana merinduimu AYAH



Kalau suka tekan like jer....