Kawan vs Kekasih


salam dan selamat pagi semua buat blogger- blogger smua..
ape khabar smua...
diharapkan sihat jek..
mood plak macamana hari ni...
janganlah suram macam langit ari ni...
apepon kita mesti bersyukur kerana allah kurniakan rahmat kepada kita 
iaitu HUJAN.....

pagi ni nak menulis ni bukan nak bercakap pasal hujan...
tapi nak bercakap ape beza kawan dengan kekasih...
tapi apa yang saya cakap ni x semestinya betul....
mungkin ade jugak biasnya..
so marilah kita tengok satu persatu...

1) kalau nak belanja kawan tu......air satu tin pun berkira..padahal baru seringgit...tapi kalau nak belanja kekasih, habis beratus-ratus dalam sehari pun tak pe..asalkan kekasih gembira...
tapi kesudahannya andalah yang bergenang air mata memikirkan apa yang nak dimakan keesokan harinya..ahaha

2) kalau nak berjalan dengan kawan-kawan kat luar contohnya pegi shopping mall ke...
kebanyakkan akan berjalan masing-masing tanpa ada yang nak pegang tangan...tapi kalau berjalan dengan kekasih....tangan tu dipegang erat-erat...melekat macam gam gajah....padahal baru kekasih...bukan isteri lagi.....

3) kalau pegi tengok wayang dengan kawan...cerita yang ditayangkan yang nampak menarik pun jadi bosan sebab tidak ada sentuhan-sentuhan atau pelukan bila ada part seram ke...tapi kalau pegi tengok wayang dengan kekasih...cerita yang bosan pun dikatanya seronok..mana taknnya...ore tengok wayang...dia pegi buat wayang...ahahha bersentuh sana..bersentuh sini....mula-mula bersentuh...lepas tu kenalah renjatan elektrik....

4) kalau berjanji dengan kawan...janji ibarat kata-kata manis hanya di bibir atau macam menanam tebu di tepi bibir......berjanji pandai...tapi buatnya tak...tapi kalau berjanji dengan kekasih...sanggup gadaikan atau kancelkan appointment ke, ponteng kelas ke, semata-mata untuk meluangkan masa dengan kekasih itu..

5) kalau bagi hadiah kat kawan...hadiah harga seringgit pun mula nak bangga...pahtu ungkit-ungkit macam ni 'aku bagi hadiah birthday kat ko..ko x bagi pun hadiah kat aku '
tapi kalau bagi hadiah kat kekasih...kalau boleh tiap2 hari nak hadiah yang berlainan sampai mati akal tak taw da apa yang nak diberi....

6) kalau jumpa kawan...muka macam ayam berak kapur....tapi kalau jumpa kekasih.....muka tu berseri-seri...kalah kuih seri muka...nak tunjukkan betapa pentingnya kekasih bagi dia....ala relaks la....ingat ko sorang jeke ade kekasih.....hehe...

7) kalau kawan mintak tolong...jawapan mesti macam ni  " ko try la cari orang lain dulu" " aku sibuklah"
tapi kalau kekasih mintak tolong.....sanggup tak tido malam dan sanggup buat ape sahaja asalkan dapat menolong kekasih itu....

ahaha cukup lah dulu saya merapu buat kali kedua..
semalam budak sekolah vs budak universiti...
sekarang kawan vs kekasih...
lepas ni tak taw lah ape plak...
harap-harap ade idealah...


k jumpa lagi di next post...

p/s x semestinya apa yang saya tulis ni semua betul..
dah kata kan tadi saya merapu...
dan sory kalau ade penggunaan bahasa yang kasar...
peace...



Kalau suka tekan like jer....

1 comment:

  1. Aku lagi selesa sendiri sendirian berhad...selamat duit poket, walaupun selepas bekerja mmg aku nak stay single lama2..ckup tahun aku pilih la awek

    ReplyDelete