Anak Durjana


salam jumaat semua..
semoga mood hari ini baik-baik saja k..

pagi ni saya bukak paper Metro..terus hati saya luluh
bila lihat tengok tajuk 

TANGISAN KERANA ANAK....
IBU LUMPUH DITINGGALKAN DI HOTEL

maka saya pun meneliti satu persatu

KUALA LUMPUR: Menitis air mata seorang ibu yang lumpuh apabila menyedari dirinya ditinggal terbiar oleh anak tunggalnya di sebuah hotel bajet di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini, sejak empat hari lalu.
Dia kini dijaga kakitangan hotel berkenaan yang membantunya menguruskan diri termasuk mandi dan mengganti lampin pakai buang selepas anaknya gagal dikesan.

Warga emas itu mulanya tinggal bersendirian di kampungnya di Johor, tetapi sejak sebulan lalu anaknya yang masih bujang membawanya ke ibu kota.


Faridah Maulud, 66, yang keseorangan ditemui pekerja hotel dalam keadaan meniarap di lantai ketika memeriksa bilik disewa anaknya selepas lelaki berusia 27 tahun itu gagal menjelaskan bayaran empat hari hingga menimbul tanda tanya kepada pengurusan hotel.

Ketika ditemui Harian Metro semalam, warga emas itu kelihatan lemah dan tidak bermaya serta berkali-kali memaklumkan dia ingin ke rumah kebajikan kerana tidak mahu menyusahkan staf hotel yang membantunya

ibu lumpuh yang ditinggalkan keseorangan di hotel bajet


bila bace berita ni...hati saya berasa sangat sedih dan teringat kat ibu kat umah...
saya akan jaga ibu saya sebaiknya...
saya tak faham la kenapa ade anak yang sanggup buang ibu sampai macam ni..
nak kate tak diberi akal..allah dah bagi siap-siap...
mereka tak sedar ke allah dah cakap syurga itu di bawah telapak kaki ibu...
ehmmmm...
tapi manusia kan..kita tak dapat jangka..
betullah kata pepatah..ibu boleh menjaga sepuluh anaknya tapi sepuluh anak belum 
tentu dapat menjaga seorang ibunya...

semoga anak yang berbuat demikian ke atas ibunya dapat bertaubat dan kembali kepada ibunya
kerana redha anak terletak di tangan ibu bapanya...


 


Kalau suka tekan like jer....

5 comments:

  1. ya allah, ni la manusia sekarang kan -.-"

    ReplyDelete
  2. yup....itulah manusia...sedey sngt bila mengenangkan perkara ini berlaku

    ReplyDelete
  3. tapi.. kira ok lah tu dia tinggal mak dia kat hotel.. selesa.. pada ada yg sanggup tinggal mak tepi jalan, kat kedai makan n lepas tu xtau mane hala tuju sampai trpaksa tido tepi jalan n kaki lima.. ;-)

    ReplyDelete
  4. anonym : walaupun dia tinggal kt hotel..tu pun boleh nampak dia buang mak dia...dengan tinggal tanpa khabar...plus duit pun bukan dia tinggal.makan pakai mak dia..dia x fikir ke..papepon ape yg dia buat ni memang salah...sgt2 kejam.....

    ReplyDelete
  5. begitulah anak anak yg tidakkenang jasa . moga kita dilindungi daripada perbuatan begini bila sudah berkeluarga nanti . amin .

    ReplyDelete