bila gugurl menyampah dengan boboy...

 

ape khabar malam ni...
sihat ke...
yang mana dating tu balik-balik la ye...
dah malam ni...
eheh...nanti ade plak yang ikut balik... setan la tu agaknya..

kalau sebelum ni saya cakap pasal sebab boboy tertarik dengan gugurl....malam ni plak nak ckap lain sikit...
nak cakap pasal apa gugurl x tertarik ngan boboy...
walaupun saya ni lelaki..tapi saya try jugak nak tulis kat sini...melalui pengalaman dan pembacaan saya..
kepada gugurl di luar sana..kalau sama pendapat sila sokong...
kalau tak..silalah bg feedback...
jangan la maki saya plak...
jatuh saham nanti x taw..........peace..

apa yang gugurl x suka sangat ngan boboy ni...saya nak cakap tiga jek..selebihnya sila la blogger gugurl lak tulis...saya nak tag sape jek yg saya mau....

1) gugurl x suka boboy yang berlagak..

sayangnya kan...sikap suka berlagak ni memang ada pada lelaki..x boleh disangkal lagi... Kebanyakan lelaki ni menyangka yang sikap suka berlagak tu mampu memukau dan mencairkan seseorang gadis tu sehingga meleleh..., namun hakikatnya tidak..lagak yang berlebihan ni malahan mendatangkan rasa loya dan nak muntah bagi perempuan tuh....btul x gugurl...kalau kita tengok zaman sekarang kan...mesti ada lelaki yg berlagak dengan motosikal mereka...mereka buat aksi-aksi yg menakjubkan...wheelie la....rempit lah...mcm2...semata-mata nak tarik perhatian perempuan...mereka snggup lakukan camtuh tanpa memikirkan akibatnya..... mereka lakukan itu semua dengan harapan gugurl tu akan puji aksi mereka dan seterusnya jatuh hati pada mereka....pendapat itu adalah salah...wanita akan lebih menyampah kepada lelaki yang berlagak..ini yang saya bace la....tak taw la btul ke x...nnti gugurl bgtaw k...

lagi satu, perempuan paling pantang kalau lelaki nak berlagak tapi meminjam barang orang...contohnya..pinjam kereta member dan cakap kereta tu milik dia..jangan pandang rendah pada perempuan..mereka juga bijaksana..'.takkan la belajar pun x habis lg tp dah pakai kereta mewah.'..yang si kawan tu pun amik kereta ayah dia... Jika dia berfikir begitu...anda memang telah kantoi sepenuhnya...

2) Gugurl tak suka boboy yang terlebih merayu

yang ni betul x gugurl..gadis ni kan biasa akan cepat rasa hilang hormat pada lelaki yang kuat merayu..kalau merayu okay lagi..tapi sekarang ni tangkap leleh plak...siap nangis tersedu sedan lagi....terus terang saya cakap...anda bakal ditinggalkan oleh gadis itu..sebab ape..sebb anda curik sifat mereka..kan pompuan kan terkenal dengan sifat merayu dan menangis...yang anda gi curik tu apehal...nak carik pasal..
Mereka pilih lelaki sebb nak lelaki melindungi dia..sekali lelaki plak lemah semangat..maunya x kena tinggal laki tuh..ish2..oleh itu buat boboy...x yah la nak merayu sangat pada gadis....cuba untuk mahalkan cinta anda...cukup la sekali dua anda luahkan hasrat cinta anda pada mereka...selepas itu biarlah mereka berfikir sendri...biar dia membuat keputusan tanpa ada tekanan dari anda....

3) Gugurl x suka boboy yang terlebih menyayangi...

yang ini memang tak salah bila anda telah lama bersama gadis yang dicintai......tapi menjadi satu kesalahan bila baru saja berkenalan semalam..dah la kat facebook..ari ni siap ajak kuar..siap mintk-mintak kapel lagi...apekebenda semua tuh...mengarut lah...baru sehari kenal..anda dah terlebih-lebih pula mengambil kisah..misalnya sibuk nak menghantar pulang perempuan itu ke rumah walaupun perempuan tu dah ade kereta...aha x ke bendul namanya tuh....

selain itu, terlebih memberi layanan juga menjadi satu kesalahan bila anda baru kenal orang tuh...nk makn anda tolong tarik kerusi, lap pinggan, menuangkan air, cenduk  nasik dan lauk semua..memang la nampkk romantik..tapi kalau dah berlebihan itu lain namanya...

perbuatan seperti ini nampaknya macam boboy ni terlalu prihatin kat gugurl...tetapi sebenarnya kan..ia turut menimbulkan tanda tanya pada diri seorang gadis..adakah boy ini normal...seorang lelaki biasanya akan bertindak seadanya bila berkahwin nanti kerana semuanya akan dilakukan oleh isterinya...bukan ke kalau anda berlebihan dalam semua benda menyebabkan anda ni tertukar...anda ni suami ke isteri..ish2....

secara jujur bagi saya, adalah lebih baik kita mempunyai sifat kelakian yang sebenar..iaitu 'control macho'..nk control macho pun kenalah berpada-pada...apabila pertama kali kita menyayangi pasangan kita..janganlah kita terlalu berlebihan sebab itu bakal memberi gambaran bahawa anda akan benci pasangan itu berlebihan bila keadaan bermasalah nanti...

 itu sahaja 3 sikap yang sy boleh huraikan kat sinii...selebihnya saya nak tag 

3) teesaz 

kalau ada masa boleh lah huraikan lebih lanjut.. 

nasihat buat boboy : untuk mendapat kasih sayang yang maksimum, anda mestilah berubah..gantikan sikap yang kurang disenangi wanita kepada sikap yang amat disenangi mereka..
untung taw kalau anda disayangi oleh gadis-gadis...kerana anda akan dapat segalanya..dia akan snggup berkorban apa sahaja untuk anda 

p/s tak puas hati betul bila ade orang sound bodoh...ingat tempat tu bapak ko punya..ahha..

terima kasih 






Kalau suka tekan like jer....

6 comments:

  1. saya tak suka lelaki yg poyo.. itu je.. hehe..

    ReplyDelete
  2. Cik gee: poyo cmne tuh..perasan dia hebat ke

    ReplyDelete
  3. hehehe udah reply :D

    http://fatinamiraizati.blogspot.com/2012/01/reply-bila-gegurl-menyampah-dengan.html

    ReplyDelete
  4. budak nerd : thank you..ehehe best2..:P

    ReplyDelete
  5. okeyh .. boboy faham ~ tq .. :P

    ReplyDelete