imbauan kenangan futsal di zaman silam

salam jumaatan buat pembaca-pembaca blog sekalian....
sejak dua tiga hari ni tangan saya ni rajin plak nak mengetuk keyboard untuk berkongsi pengalaman dan cerita-cerita baru yang dah agak basi....

setelah membelek-belek album lama semasa saya bertapa di bumi BANDUNG, Indonesia..saya terjumpa foto-foto team futsal kami semasa berada di sana...nanti saya akan kongsi apabila berakhirnya post ini..tunggu dan nantikan kemunculannya..cewah...mcm over excited plak...

buat pengetahuan korang...saya berada di Bandung selama 3 tahun di bawah program TWP UKM-UNPAD iaitu sebuah program berkembar untuk ijazah perubatan...di sini, acara yang pling dinantikan buat kaki futsal adalah liga futsal tahunan anjuran kelab UMNO Bandung....

alkisahnya bermula apabila kami menghantar team pada tiap-tiap tahun walaupun team kami takde la mantap sangat pon...tp tujuan join liga tu hanyalah untuk suka-suka disamping untuk mengeluarkan peluh jantan...ahah.. .. pada tahun pertama iaitu tahun 2007 kami menamakan team kami sebagai YANG MENANG FC....bila first time join liga ni memang la rasa nebes....dan akibatnya kami kalah 13-0 kepada team senior..kekalahan itu menjadi igauan buruk kepada kami namun kami tetap tidak berputus asa...
kami meneruskan juga liga itu dengan menduduki tempat ke-7 kalau x silap dari 10 kumpulan..ok la tu kan..not bad ok...first time join....dan seperti biasa aku tidak dapat menjaringkan gol...tah kenapa sentuhan pnyudah aku tumpul pada waktu itu.ahah bajet star player plak kan....oh sebelum terlupa..jersi kami pada waktu itu direka khas oleh ISMAYUDIN HUDFLYER.....ala2 ac milan punya jersi...


 pada tahun kedua iaitu tahun 2008..kami sekali lagi menyertai liga itu dan setelah berfikir dan berbincang..kami menamakan team kami sebagai LACK FINDINGS FC...idea nama team ini diadaptasikan dari liga sebelum ini kerana kami kekurangan gol....pada edisi kali ini, format permainan telah berubah...12 pasukan telah dibahagikan kepada dua kumpulan manakala 3 teratas dari setiap kumpulan akan meneruskan perjuangan dalam liga enam terbaik...alhamdulillah..pencapaian pada tahun kedua menyertai liga ini memuaskan apabila kami berjaya menempatkan diri di kalangan 6 pasukan terbaik...oh seperti yang korang taw...say masih lagi ketandusan gol untuk edisi kali ini......


dan pada tahun terakhir iaitu tahun 2009...kami menyertai liga itu buat kali terakhir kerana kami bakal pulang ke tanah air malaysia untuk meneruskan pembelajaran di UKM...pada tahun terakhir ini..kami menggunakan nama CIKGU SULIZI FC sebagai nama pasukan ini..pada edisi kali ini..kami terpaksa mengimport 3 pemain junior kami kerana kekurangan pemain...sperti biasa pada tiap2 tahun..format liga juga berubah..pada kali ini bermain dalam kumpulan 5 pasukan....kami kalah kesemua perlawanan itu tapi apa yang menggembirakan adalah kami berjaya at least memberi fight dengan semua pasukan walaupun kalah......ehem2....pada edisi kali ini saya menjaringkan tiga gol....semua goal2 itu dijaringkan selepas saya menggantikan kawan-kwan saya..pada saat itu saya digelar SUPER SUB...ahah....over plak.....namun sekarang itu semua menjadi kenangan...saya sekarang sudah berada di HUKM dan sekrang nak men futsal sekali seminggu pun susah....
maka naiklah berat badan ini...:)

berikut adalah sedikit gambar yang saya ingin kongsikan buat rakan-rakan pembaca sekalian...

HA... INILAH SUPER SUB KITA...BERJERSI 14. 

P/S nama MLC mula digunakan selepas liga ini berlangsung........

kawan-kawan..jom la men futsal....utamakan kecergasan tingkatkan tenaga


Kalau suka tekan like jer....

kelantan....the red warrior.....rumours terkini...

salam buat pembaca- pembaca blog yang tidak terkenal ini...
walaupun dah 2 tahun menapak di bidang blog....pengikutnya tidak meningkat...masih di bawah paras 50..
yang tu semua x penting...yang penting sekarang adalah kepuasan apabila dapat menyampaikan apa yang perlu disampaikan...dan berkongsi apa yang perlu dikongsikan..x gitu...

di petang yang indah ini..dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa..tak panas dan tak sejuk..suam-suam kuku saja..ku ingin berkongsi pendapat tentang pasukan bola sepak kelantan atau lebih dikenali sebagai THE  RED WARRIORS...atau nama kampungnya PAHLAWAN MERAH... mungkin nama ini tidak segah THE RED DEVIL atau MANCHESTER UNITED di liga perdana eropah...namun kebangkitan pemain-pemain RED WARRIORS sejak kebelakangan ini menarik hati banyak pihak...terutamanya FAM..

Saya berasal dari Tanah Merah, Kelantan...so memang sah lah saya ni penyokong fanatik RED WARRIORS...takkanlah x sokong negeri sendiri...nanti kena buang negeri lak....kalau sebelum ni,jarang sekali saya mendapatkan liputan atau mencari berita-berita tentang bola sepak negeri kelantan...tetapi situasi ini berubah apabila Kelanttan berjaya membawa pulang Piala Malaysia pada tahun lepas iaitu 2010...
apa yang menariknya...ketika itu saya menonton final piala malaysia secara live di Stadium Nasional Bukit Jalil...dan itulah pertama kali saya menjejakkan kaki di stadium untuk menonton bola...

apa yang menarik untuk dikongsi disini...penyokong-penyokong kelantan ni memang fanatik gilerr kalau pasukan mereka bermain x kira di mana-mana....semangat mereka untuk menyokong pasukan kesayangan itu tidak pernah pudar dan selalu membuak-buak...namun terdapat juga segelintir penyokong yang telah mencemarkan nama baik penyokong-penyokong kelantan yang lain...tp perkara ini bukan berlaku di Kelantan saja..tetap berlaku di negeri-negeri lain...jadi...ape yang perlu diubah di sini adalah MENTALITI penyokong itu sendiri..kalau ye pon fanatik kat bola...x perlu kot nak gaduh2..bakar2 bendera...dan segala macam lagi....kita kan rakyat yang penuh budi bahasa...apa salahnya kalau ditonjolkan sedikit sifat-sifat kesopanan kita..baru ayu...x gitu..ehehe

seterusnya....sejak kemenangan PIALA MALAYSIA buat pertama kali dalam sejarah..piala lain trus dirangkul oleh NEGERI CIK SITI WAN KEMBANG ini..iaitu PIALA SUMBANGSIH dan PIALA LIGA SUPER...memang menarik...perubahan yang mendadak....saya bangga menjadi rakyat kelantan....

tapi...yang pling mengecewakan..... pada kali ini kelantan tidak mampu untuk mengekalkan piala malaysia setelah tersingkit di SUKU AKHIR kepada TERENGGANU...tp saya tak kisah sangat...lagipon terengganu dan kelantan ni berjiran dan mereka berada di satu kawasan iaitu pantai timur semenanjung malaysia..so x kisah la...

yang kat ats tu mukadimah jek..ahaha....yang penting sekarang adalah rumours pemain yang bakal menyarung jersi red warrior musim hadapan....sebahagian pemain utama seperti matyo, piya, apek, azwan roya masih kekal didalam skuad kelantan...tetapi ade khbar angin kuat mengatakan gandingan tiga abdul ( azizi mat rose, indra putra mahyuddin dan norfarhan muhamad ) serta safiq rahim dan amirul hadi zainal bakal menguatkan jentera pasukan kelantan musim hadapan..sejauh mana kebenarannya..kita tunggu pengumuman dari TSAM...

p/s kalau datang semua ni kat kelantan....buleh wat kelik 4 piala la tahun depe...x gitu boh












Kalau suka tekan like jer....

senyum itu cool

"Senyum seindah suria...yang membawa cahaya...senyumlah dari hati...duniamu berseri...senyum umpama impian dalam kehidupan...kau tersenyum...ku tersenyum...kemesraan menguntum...

senyum.... kepada semua...senyumanmu amatlah bermakna...senyum membahagiakan..dengan senyuman...terjalinlah...ikatan..."


salam buat teman-teman semua...ape khabr.....rasanya tidak lengkap sehari kalau tidak tulis blog...ahah takdelah....ku update blog ni pon kalau ade idea dan modal yang nk dibincangkan jek.kalau x sampai bersarang labah-labah la jawabnya...


Ingat lagi bait2 lagu kat atas tu.. tau x sape penyanyi dia..ahah saya sendiri pon lupa da....kalau nak tau google sendiri lah...ape guna ade internet laju2 kan..ahaa....lirik  lagu ni menggalakkan kita menghadiahkan senyuman sebagai tanda keramahan dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Tak kiralah orang tua ke muda ke, melayu ke cina ke india ke, Islam ke bukan islam ke..dengan hanya melemparkan senyuman kita akan rasa senang bila orang yang melihat menganggukkan kepala sekali sambul membalas senyuman kita (selalunya bila bertembung pandangan,padahal tak mengenali)....mesti dalam hati orang tu rasa pelik..dia ni senyum kt sapa.....kt aku ke....kalau yang lelaki terbawa-bawa sampai ke mimpi..kalau yang perempuan angau x tentu pasal..:p gurau jek...



Senyuman di galakkan untuk mengeratkan persaudaraan. Senyuman juga dapat mengelakkan persengketaan. Malahan senyuman juga satu sedekah yang sangat mudah. Tanpa mengeluarkan wang ringgit, atau bertungkus lumus bekerja, kita mendapat pahala hasil dari senyuman yang kita berikan.. 

Ade satu kisah lucu yang saya pernah baca kt satu laman web...yang berbunyi..

Ada seorang budak selalu tersenyum dekat tabung masjid. Perilaku itu sering diperhatikan oleh imam, dan imam itu berasa hairan dan curiga .
Suatu hari imam bertanya pada budak tersebut, “Kenapa kamu senyum kat tabung tu?”
Budak tu pun jawab, “Cikgu saya pesan, senyum itu satu… sedekah. Saya takde duit nak sedekah, jadi senyum jelah kat tabung tu. Sedekah jugak!!”

budak ni x salah pon..malahan pemikiran dia memang tidak pernah terpikir oleh kita pon...respek la gua sama lu budak..ahah


Akan tetapi kawan-kawan , hanya senyuman yang ikhlas dengan niat yang baik(tak de udang di sebalik batu ke..mee ke..kuew tiaw ke  malahan nasi goreng kampung sekalipon) akan mendapat ganjaran pahala. Sedar atau tak sedar, sebenarnya senyuman juga boleh jadi penawar, penyejuk hati dan mendatangkan inspirasi. Power juga senyuman nie...sebab tu Rasulullah S.A.W menggalakkan umatnya melemparkan senyuman, jangan bermasam muka (nanti cepat tua). Senyum juga rahsia kepada awet muda...jadi selalu2lah tersenyum..untuk mengekalkan keremajaan wajah..ceewah.... tengok saya... remaja tak..aahha sebab saya suka tersenyum walaupun senyuman saya x menawan..:P



Walau bagaimanapun...senyuman nie ada 1001 jenis senyuman. Ada juga senyuman yang kalau dilihat, hanya menyakitkan hati...menambah meluat...atau membuatkan orang jadi benci..antaranye..senyuman gatal yang nak mengorat anak dara kat stesen bas ke..komuter ker..shopping kompleks ker...atau mana2 la...(kalau perempuan tengok macam nak penampo jer muke orang gatal tuh!) .....ada gak senyum sinis atau senyum kambing..macam ala2 nak mengejek je..(sakit hati betul kalau jumpa org senyum2 sinis ni..macam la dia best sangat nak senyum2 camtu..) dan lagi satu senyum sebab dah termalu atau tersengih  macam kerang busuk..ha..tu salah diri sendiri la..dah buat salah..sengih2 jer la..hahahaha..lain pulak kalau senyum malu-dan tersipu-sipu bila menemui orang yang tersayang...kalau yang tu faham-faham sendirilah kan...kwang...kwang,,,kwang...


ni antara contoh senyuman yang boleh menjadi panduan buat kawan-kawan..:P
ada gaya senyuman tersendiri

still maintain senyuman yang sama..

alololo cweetnya .. anak sape ni.

sory pinjam gambar jap nak tunjuk contoh senyuman...

senyuman bersahaja :)

pinkish gurl..:) 

pilih la senyuman yang menjadi trademark untuk diri anda...keep smile to make peoples around us happy....

p/s  Utamakan senyuman, Tingkatkan kemanisan...


Kalau suka tekan like jer....