Review Blogger Twinning UKM-UNPAD...( HOT!!!!!!!!!)


Di waktu tengahari yang tak panas dan tak sejuk...
tibe-tibe diri ini rasa nak menulis la plak.....
biarlah tak de idea pun...
tulis jela kan apa yang nak tulis...
janji ade orang bace......

kalau sebelum ni saya ada buat entry pasal review blog kengkawan kan..
jadi hari ni saya nak meneruskan lagi aktiviti review blog orang...
ari ni saya nak pilih dua blogger jek.........
dan kedua-dua blogger ni saya boleh selalu jumpa dan borak-borak secara live...aaha...
jeles tak????

nak taw sape blogger tu...

sila bace entry ni sampai habis...

Blogger pertama ni adalah seorang gadis ayu yang berasal dari Negeri Sembilan... Dia pernah melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Universitas Padjadjaran , Bandung di bawah program berkembar antara Universiti Kebangsaan dan Universitas Padjadjaran...dan sekarang beliau sudahpun meneruskan pengajian di UKM.. Beliau merupakan junior saya ketika saya menuntut di universiti yang sama dan juga dalam bidang yang sama...apa yang menariknya di sini nak diceritakan adalah kisah saat mengenali dan berjumpa si gadis ini buat kali pertama.......

nak dipendekkan cerita yang mana lokasinya adalah di Jakarta dan waktunya adalah ketika hari pertama beliau menjejakkan kaki di bumi Jakarta untuk meneruskan pengajian di sini......maka berlaku lah dialog antara saya dan kawan saya iaitu Abu ( bukan nama sebenar )

saya : eh eh...junior kita dah sampai dah...semangat kan kita sampaikan ada banner untuk menyambut ketibaan diorang...
Abu : tulah...tapi bagus jugak...baru lah diorang tak rase rindu sangat dekat family yang baru mereka tinggalkan di tanah air...
saya : Agak -agak ade tak junior-junior yang cun eh..( sambil di dalam hati berdoa tak putus-putus )
Abu : mesti ada punya.....eh eh...ko cuba tengok tuh...ade awek cun la yang jalan bersama junior baru kita...
sape tu eh...student ke pegawai....
saya : pegawai kot... ( tapi dalam hati still berharap itu ialah student ahah)
Abu : tah la...dah la jalan sorang-sorang...cam sombong jek......
saya : relaks la..nnti kita kenalla dia tu sape.

itulah pandangan saya masa pertama kali melihat si gadis dari negeri sembilan ini....
 kalau tengok dari awalnya gayanyaa agak sombong.....

 maka beberapa hari kemudian bermulalah sesi suai kenal antara senior dan junior yang baru datang..
dan hasilnya segala persepsi awal yang mengatakan awek cun itu sombong adalah sama sekali...

sejujurnya saya sebagai orang yang pernah mengenali blogger ini dan merangkap junior saya...
dia merupakan seorang yang peramah once bila uolls kenal dia....boleh diajak borak.....dan can be a good friends....

nak taw sape orang tu....
beliau ialah 
jeng-jeng



 ni header blog dia..dan ini linknya
sila ke blog nya untuk mengetahui lebih lanjut pasal dirinya...

korang takkan tak kenal kan...beliau antara blogger yang terkenal di malaysia di abad ini...
sampaikan kawan saya yang sebelum ini tak pernah buka internet dan tinggal di ceruk kampung...(maknanya kawasan perdalaman la.....dia tanya saya...
" eh ko kenal eh blogger nama fatin liyana tuh...femes kan dia...aku suka la cara dia tulis blog"

aha sampai camtu sekali femesnya...

dan baru-baru ini beliau telah memenangi award
BEST CELEBRITY BLOG dalam World Blogger & Social Media Awards 2012
yang diadakan di PWTC baru-baru ini...Sekalung Tahniah buat beliau..
dengan followernya yang hampir mencecah 40 ribu...
diharapkan beliau mengekalkan cara penulisan santai dan tutorial2 cara pemakaian tudung shawl yang berjaya menarik minat remaja-remaja especially perempuan..keep it up Atin...

ok..cukup la tuh...
dan ini adalah beliau..
 Ok da cukup ya perkenalan dengan blogger pertama...sekarang kita berpindah pulak kepada blogger kedua...

Blogger kedua ni lelaki dan beliau merupakan penggemar kopi tegar....tak minum kopi sehari boleh membuatkan dia merana dalam hidupnya...over x...macam over jek..ahah...
Beliau ni kalau dilihat pada wajahnya memang terpantul ciri-ciri seorang pemimpin...macam ade cop jek kat atas dahi dia....cop dia lebih kurang camni la.." saya suka jadi pemimpin"
dan hasilnya beliau banyak memegang jawatan sebagai ketua dan pengarah bagi organisasi-organisasi untuk pelajar perubatan.......sekarang pun beliau berada di Mumbai untuk menghadiri satu conference....

tengoklah betapa sibuknya beliau dengan aktiviti dan conference serta mesyuarat-mesyuarat...namun itu semua tidak menjadi alasan untuk beliau tidak menulis entry....Entry beliau sangat menarik terutamanya entry yang ditulis dalam English...bahasa-bahasa yang digunakan mudah difahami dan isu-isu yang diketengahkan juga sangat menarik.......

seperti blogger yang pertama, blogger ini juga peramah dan easy to be a friend....jenis sempoi dan kadang-kadang kepalanya juga boleh masuk air...means boley satu kepala la......

seperti yang saya war warkan, beliau merupakan penggemar kopi tegar sehinggakan beliau pernah mendapat luka di perut kerana terlalu banyak minum kopi...dan beliau terpaksa mengambil ubat yang dinamakan sebagai ANTACID..lebih kurang anti acid la.hahaha.... 

namun itu semua tidak pernah menghalang beliau dari terus meminum kopi...
dan hasilnya..
header kat blog dia pon nak kena lambang secawan kopi..
dan kalau nak melawat blognya ini adalah 

kalau nak melawat sila lah rajinkan tangan klik blog tuh..banyak input-input berguna...
sampaikan entry-entry beliau ada yang dipamerkan di the sun online.....ok lah tu kan...
sampai masuk dalam paper siot...:) keep it up bro....

dah kenal blog kan tapi tak kenal tuan punya blog...
dan ini adalah beliau 




ahaha macamna...ada gaya aaron aziz ke x....
aik jatuh hati ke...




















ehhe...sory la kengkawan ye..yang ni dah ada yang punya....dia sekarang in a relationship with seorang blogger terkenal jugak di malaysia...nak taww sape...
silalah cari sendirik......

adoi...penat da menulis ni...rase cam nak tulis sikit jek...
tapi bila tulis rasa banyak plak nak tulis...
sebelum nak ucapkan bye-bye..
izinkan saya beritahu persamaan antara blogger di atas ialah...

mereka adalah blogger TWINNING UKM-UNPAD...


p/s buat pemilik gambar..sowi pinjam satu gambar...tata..jumpa lagi..

sekian



Kalau suka tekan like jer....

Kelantan di Mata Orang Luar


salam buat pembaca sekalian...amacam...banyak sihat ka??
semoga sihat-sihat saja ye...

nak dipendekkan citer...
pagi tadi bangun-bangun tido...
saya dikejutkan oleh satu panggilan telefon....dari member aku

member : hello
saya : ya bro..
member : ko online facebook tak sekarang...
saya : yup online..nk tanye apa...
member : aku nak suh bace dan komen apa yang aku tulis ni...betul ke tak...kalau ko nak tambah ke..silakan la..
saya : ok bro..later aku baca....

maka saya dapat lah satu link blog iaitu jeng-jeng2...
sila tekan link di atas kalau nak taw ape isi kandungannya...
setelah anda amati...sila bagi komen dan pandangan anda tentang artikel itu..

sejujurnya...selepas saya membaca post yang berkaitan dengan negeri kelahiran saya iaitu Kelantan yang ditulis oleh sahabat saya, saya merasa begitu bangga....kerana saya diberi peluang dilahirkan di negeri yang digelar Cik Siti Wan Kembang....

walaupun pada hakikatnya..sekarang ini Kelantan diwar-warkan sebagai negeri termiskin di Malaysia...tetapi bagi saya itu semua tidak menjadi masalah....miskin-miskin pon xde lagi orang kelantan mati sebab kebuluran..... mungkin betul kata member saya...mereka miskin duit...tetapi mereka tetap ada harta lain seperti tanah dan kebun-kebun......

biarlah apa orang nak kata...miskin duit takpe..janji kita kaya dengan budi bahasa.......biarpun Kelantan nampak miskin di mata orang luar....tetapi pandangan anda itu akan berubah apabila anda sendiri menjejakkan kaki ke negeri yang dipimpin oleh ulama yang bersederhana dalam semua segi iaitu Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat...dengan berpakaiankan singlet pagoda dan kain sarung.....beliau tidak segan silu walaupun beliau ada pangkat sebagai menteri besar kelantan....Beliau seorang pemimpin yang sangat disayangi di Negeri Kelantan....x kira la cina, melayu, dan india sekalipun.....kalau Tok Guru dah meninggalkan tampuk pemerintahan kelantan ni...tak tawlah apa jadi....wallahuallam...


motif sebenar saya tulis pasal Kelantan ni adalah untuk menjawab semua mitos-mitos berkaitan rakyat negeri kelantan yang dibincangkan dalam blog member saya atau linknya di sini...

1) Orang Kelantan nie semangat negeri die kuat sangat la bro
yup yang ini memang tak dinafikan..kat mana-mana pun korang leh tengok..lagi-lagi di pusat pengajian tinggi...orang kelantan kalau dah jumpa member kelantan dia..mesti akan keluar loghat mereka..dan kawan-kawan mereka yang dari negeri luar mungkin terpinga-pinga sebab tak faham apa yang mereka cakapkan...bagi saya sebagai rakyat kelantan..perasaan sayang pada negeri oleh orang kelantan ni mungkin lebih sikit dari orang-orang lain sampaikan bila mereka jmpa member-member satu negeri dengan mereka di Kuala Lumpur misalnya..mereka still menggunakan bahasa kelantan....ini menunjukkan kami tidak lupa dengan asal-usul negeri kami...tidak la nak culture shock ke ape...tapi harus diingat...rakyat kelantan sentiasa berusaha untuk menggunakan bahasa yang difahami bila berkomunikasi dengan member yang dari negeri luar...biarlah kadang-kadang slang yang digunakan itu bunyi nya agak kelakar..tapi tkpelah..at least mencuba kan...
selain itu...rakyat kelantan ni kebanyakan menganggap orang satu negeri dengannya ini semua bersaudara....biarpun sebelum ni x kenal batang hidung pun..tapi once dia tahu membernya itu orang kelantan..mereka sudah boleh jadi sahabat....mungkin sebab sikap peramah terhadap orang satu negeri membuatkan orang luar menganggap rakyat kelantan ni suka berpuak-puak....

2. Kalo ko nk kawen, jangan kawen bdk Kelantan, bro. Nanti raya, ko balik Kelantan jelah. Kecian mak bapak ko kat sini, tak kesah r ko laki ke pompuan ke
yup yang ni pon betul...tidak boleh dinafikan lagi...kebanyakkan orang kelantan suka beraya di kampung halamannya sendiri walaupun isteri atau suaminya orang luar terutamanya pada hari raya Korban...
kalau korang nak taw kan...hari raya korban ni kalau di kelantan memang sangat meriah...ibarat kenduri tujuh hari tujuh malam....kalau kt negeri luar....ade macam ni....lepas korbankan lembu kat masjid....habis...tkde macam smbutan selain daripada itu...itulah salah satu sbb bila kawen ngan orang kelantan..bila raya..mereka nak blik kampung mereka.......
3. Kelantan dh menang Piala Malaysia. Hbs r, sampai ke tahun depan r die rayakan kemenanganya
kelakar la mitos yang ni...sapa tak hepi weyh menang piala malaysia buat kali pertama setelah berpuluh-puluh tahun mencuba..mana-mana negeri pon sama lah....tapi yang part kata rayakan kemenangan sampai ke tahun depan tuh...itu rasanya macam over jek..ahha.....sejak Kelantan memenangi Piala Malaysia buat kali pertama, mereka sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu permainan...dan sekarang hasilnya mereka layak beraksi di liga AFC dan juga menerajui tkhta liga super...Kadang-kadang orang luar yang tak suka kelantan ni banyak cakap..alah..menang tu nasib jek...eh come on lah...kalau nasib takdelah boleh lead liga super sekarang....ohoh..
4) Cube ko lepak ngan budak Kelantan. Xkesah r ko rapat mana pon ngan die, ble die jumpa org negeri die, tros je die lupa kat kita. Mula la kecek Kelantan. Dh la ak xphm bahasa die.
kalau yang ni saya tak pasti sangat...kalau saya sendiri..even saya jumpa kawan satu negeri pon..xdelah sampai tinggal member dari negeri lain..at least kalau diorg tak faham pun bahasa kelantan..saya akan cuba untuk translate kepada bahasa yang difahami oleh mereka...hopefully member-member saya tidak tersinggung k..ahah...
5) Orang kelantan banyak berhijrah ke Kuala Lumpur sebab kt negeri sendiri miskin dan takde keje.. 

yang ni banyak jugak diperkatakan oleh individu-individu yang menilai kelantan dari mata kasar...bukan dari pengamatan yang jelas...ramai orang kelantan datang berhijrah sebab mereka nak berubah....nak cuba kenal dunia luar...dan ingin berusaha...apa salahnya kan nak dtg kl untuk carik rezeki....lagipun kelantan juga adalah sebahagian dari Malaysia...so xde istilah  sebab negeri mereka miskin..diorang datang carik rezeki kt tempat kita...come on la..jgan sempitkan pemikiran tuh...kalau cmtu sampai bila la nak berkembang...cuba bayangkan kedai-kedai makanan yang kebanyakan ada di kl ni...dipelopori oleh sapa....
korang pegi la mana pon...mesti ade gerai orang kelantan..........tepuk dada tanyalah selera anda..

saya rasa dah panjang lebar sangat da post yang saya tulis kali ni...
nanti boring pulak anda yang membacanya....
komen-komen dari blogger yang bukan berasal dari kelantan dialu-alukan
untuk saya mengetahui apa pandangan anda tentang rakyat negeri kelantan..

we admit that...we are not perfect...biasalah tu kan...
rakyat mana sekalipun..pasti ada kelebihan dan keburukan tersendiri...
tapi sejauh mana kebaikan dan keburukan itu..anda kenalah mengenali mereka terlebih dahulu..
jangan kerana orang kata macam tuh...anda generalizekan orang kelantan ni sebagai macam tuh..

kat akhbar ke mana-mana sekarang...macam2 perkara buruk yang dihebohkan pasal kelantan..rakyat kelantan diharapkan tidak cepat melatah......kita cubalah bersabar selagi termampu...
tunjukkan pada dunia luar bahawa rakyat kelantan merupakan rakyat yang mementingkan persaudaraan yang kukuh...

sorry kalau post kali ini ade berbaurkan kenegerian...ini sekdar pandangan dari saya...
sekian




Kalau suka tekan like jer....

Wordless Wednesday


hi...malam ni tak nak cakap panjang...
dah nama tajuk pon wordless....
ahahah..
sila tengok gambar di bawah...
dan fikirkan..ada kaitan ngan anda tak..



amacam....yang mana satu ek paling susah untuk anda buat...
sila komen di bawah ini..
good nyte..
:)
 


Kalau suka tekan like jer....