Contest My Awesome Moments

 
 
salam ape khabar smua....
sihat ke...
tadikan jalan-jalan kt grup blogger...
terjumpalah satu blog ni....
yang wat contest " MY AWESOME MOMENTS"
kebetulan takde idea nak update blog ni...
so ape kate kita join contest ni....
just for fun plus tambah-tambah kawan baru......
 


Kalau nak join macam biasa la...kita letak dulu banner cantik dia...
warna-warni siap ade pelangi lagi....macam warna warni kehidupan lak kan...
ni link dia....kalau nak taw rule dia...
Da Cool BLue 
 
ok task ari ni adalah menceritakan the AWESOME MOMENT kan....
ahah kalau nak ikutkan moment tu memang banyak...
tapi dalam ni nak satu jek...
terpaksa la saya tapis satu persatu menggunakan penapis santan kelapa...
dan hasilnya seperti berikut....
ari ni nk wat gaya-gaya temuramah la...
boley kan....
bagi kelainan sikit...
berikut temuramah saya dengan Da Cool Blue atau singkatan DCB....saya  man luqman cool atau singkat..MLC silalah membacanya..
 
DCB : hai pakwe yang cool tuh...
MLC : hai makwe cool jugak...
DCB : nama kita ada persamaan lah...
MLC : yelah.. sebab tu saya join kontest kamu....
DCB : malas nak cakap banyak la...nak taw AWESOME MOMENT  pakwe cool jek...
MLC : boley...nak banyak ke satu.?
DCB : satu cukup lah..kamu kan suka menaip panjang-panjang...nanti penat kita baca...
MLC : yela-yela...saya wat tak lebih 50 ayat...eheh bukan 50 patah perkataann...jom baca...
DCB : ish...taip-taip jelah..banyak songeh lak kamu ni..
MLC : ye le...nak tulis la ni...

maka MLC pun berceritalah...
saat ini berlaku di lokasi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia...
nak kata awesome moment x jugak lah...
tapi diri ini nak menjadikan ia awesome....
dipendekkan citer..ari tuh merupakan hari ujian membuat CPR....taw kan....ala-ala pertolongan cemas la...
takpun pernafasan mulut ke mulut...eheh..mesti korang taw kan...
hari itu merupakan saat genting...kalau gagal ujian itu...maka tidak dapatlah lesen membuat CPR....
diri ini sudah berdebar-debar....makan x kenyang.....yela..nak kenyang cmana..makan roti sikit jek...ehhe..takut punya pasal....duduk pun duduk-duduk ayam jek...eheh.kejap-kejap bangun...

nak pendekkan lagi citer....maka ujian itu berlangsung lah....
dan saat yang boleh meruntuhkan segala isi jantung pun tiba iaitu pengumuman keputusan...
seorang demi seorang dipanggil...
namaku tidak kunjung tiba...
fikiran pun tah ke mana...fikirkan mana la saya punya nama ni...
ke dia padamkan..
eheh...
akhirnya...tinggal beberapa orang terakhir...

seterusnya..
MUHAMAD LUQMAN BIN HUSSIN....
dengar jek nama tuh...
diri ini spontaneously angkat kedua belah tangan sambil mengucap syukur.....
ala-ala Dato Lee Chong Wei selepas menang dengan Lin Dan...(eh chong wei mana cakap Alhamdulillah)
 
maka diri ini dengan gahnya berjalan ke hadapan mengambil sijil...
dan muka ni tersenyum sampai ke telinga...bibir tu dah boleh sngkut kt telinga...
dan buktinya adalah ini...




tengok gambar kat atas..cukup membayangkan ini adalah salah satu daripada my AWESOME MOMENT...
heeheh....snyum lebar jek...tapi sory la..gmbar blurr skit...saya yang pling tinggi....
 

akhir kata terima kasih kepada Da Cool Blue dan Amirah Syafiqah
yang buat contest ni..salam perkenalan dari saya...tak lupa juga pada blogger-blogger yang sponsor hadiah...next time...insyaallah i will be the sponsor..:)
 
tata










 
 


 
 





Kalau suka tekan like jer....

TUNANG!!!! KEPERLUAN ATAU KEHENDAK


ape khabar semua...
sihat ke...hujung-hujung minggu ni mesti banyak aktiviti kan...
dalam banyak-banyak aktiviti tu...mesti ada masa untuk kita muhasabahkan diri kita kan...
jadi hari ni saya nak mengulas dan berkongsi dengan rakan-rakan semua..
tentang konsep pertunangan dalam islam...
 
Perkataan ‘tunang’ atau ‘bertunang’ ini adalah asalnya daripada perkataan arab iaitu Khutba atau Khitbah yang bermaksud suatu perjanjian untuk memasuki perkahwinan yang biasanya dipanggil ‘Pertunangan’ Pertunangan juga boleh dirujuk sebagai upacara peminangan seorang lelaki yang berkehendakkan seorang wanita untuk dijadikan isteri dengan mengadakan majlis pertunangan. Dengan erti kata yang lebih ringkas, pertunangan adalah merupakan perjanjian untuk mendirikan rumahtangga...
 
Kita semua tahu, bertunang itu ada dalam agama...Tetapi kita kadang2 lupa, bahawa setiap benda itu  ada tujuan yang tersendiri. Poligami sebagai contoh, tidak boleh sewenang2nya dijadikan ‘senjata’ kononnya itu satu  sunnah , lalu diambil sambil lewa sehingga mencetuskan pelbagai kes penganiayaan kepada wanita...

macam jugak bertunang... Tujuan utamanya adalah untuk lebih mengenali antara satu sama lain, bukan sahaja dari segi individu tetapi juga dari segi keluarga. Dan perhubungan ini WAJIB dikawal...sebelum timbulnya maksiat berleluasa....

Bertunang , ada tujuan dan hikmahnya yang tersendiri. Antara tujuannya adalah supaya kedua-dua pasangan boleh mengambil sedikit masa untuk bersedia ( mental dan fizikal ) serta mengambil peluang untuk mengenali antara satu sama lain, sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Antara lain, tujuan bertunang itu juga adalah supaya keluarga kedua-dua belah pihak dapat membina hubungan sebelum bergelar besan. Kita selalu dengar orang tua-tua menyebut ; apabila kita berkahwin, kita bukan berkahwin dengan lelaki atau wanita itu sahaja, tetapi kita juga ‘berkahwin’ dengan keluarganya sekali.

tapi sekarang ini..istilah pertunangan itu disalahtafsirkan oleh kebanyakan pasangan-pasangan..malahan keluarga pasangan itu..antara masalah-masalah yang timbul akan saya terangkan satu persatu di bawah ini...

1) Istilah Couple dan Tunang...

bagi saya...pertunangan hanyalah satu ikatan buat pasangan sebelum mendirikan rumah tangga...bagi seseorang lelaki...dia tiada hak untuk melakukan apa sahaja...
Walaupun sudah bertunang, Tetapi dalam bab keluar bersama-sama tanpa mahram, berdua-duaan dalam kereta, keluar pagi balik petang, menghantar mengambil dari tempat kerja, tinggal bersama-sama dan segala jenis perbuatan seumpama itu yang lain, maka hukumnya adalah HARAM.

Yang buat saya terkejut sekarang adalah masih ramai yang menyangka diri mereka mempunya hak ke atas tunangan masing-masing, sehingga kehidupan mereka tidak ubah seperti suami isteri walaupun masih belum berkahwin. Ibu bapa pula ramai yang menjadi bodoh  dengan membiarkan sahaja anak gadis mereka keluar berduaan bersama tunangan masing-masing dengan alasan ‘mereka sudah bertunang’. Sedangkan dalam tempoh bertunang itu, si gadis masih berada di bawah tanggungjawab ibu bapanya, justeru tindakan membiarkan si gadis tenggelam dalam maksiat itu adalah tindakan tidak bermaruah dan tidak diterima akal...
mereka seolah-olah bersekongkol dengan anak mereka dengan cara membiarkan anaknya melakukan apa sahaja..ingat...tunang bukanlah lesen untuk anda buat apa sahaja..berpeluk-pelukan di khalayak ramai...bercium-cium...yang salah tetap SALAH...
2) Pasangan Tidak tahu Pengertian Tunang

mereka tidak tahu kenapa perlunya mereka bertunang...
Sama juga isunya, lelaki dan wanita bertunang atau mahu bertunang, tetapi langsung tidak mengambil berat kenapa mereka bertunang. Adakah hanya semata-mata suka? Adakah hanya semata-mata mahu ‘chop’ si gadis dari disambar orang lain?
Bahkan tidak pelik, terlalu ramai orang yang bertunang tetapi masih tidak tahu hukum berkahwin padanya itu samada wajib, sunat ataupun makruh. Isu kahwin enggan difikir, lantaran merasa ‘selesa’ dengan tempoh bertunang yang sebegitu lama. Seronoklah masing-masing bermain cinta, dengan menggunakan ‘tiket agama’!

Akhirnya Syaitan mendominasi rasa, terbuai hanyut entah ke mana, lalu jadilah mereka mangsa kepada nafsu durjana. Rasa bersalah mula mengisi jiwa, perasaan terhadap pasangan mula hambar tidak seperti mula-mula, akhirnya dengan mudah mengungkap kata ; awak, baik kita putus tunang saja.

Masa bercinta semuanya indah belaka, bila sampai bab tanggungjawab semua benda jadi keruh belaka. Alasannya ; masih belum puas enjoy zaman remaja!

nasihat saya buat wanita dan gadis-gadis yang belum dilamar...
1) jual mahal sikit....yang mahalnya bukan kecantikan anda..tapi akhlak dan budi bahasa anda..jgan biarkan dri anda diperkotak katikkan oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab...

2) Jangan buka hati kepada lelaki murahan..maksud saya lelaki murahan adalah lelaki yang hanya pandai bermain kata-kata cinta tetapi disebalik kata-katanya..dia tidak berniat untuk memperisterikan anda.....jdi..berhati-hatilah sebelum terkena..

3) Anda sesungguhnya tidak tahu siapakah lelaki yang terbaik untuk anda. Tetapi DIA Maha Tahu. Jadi, apabila anda telah bersedia untuk menjadi suri kepada seorang lelaki, mohonlah pada DIA lelaki yang terbaik untuk anda. Jangan ikat diri anda dengan seorang lelaki yang sengaja ‘menyimpan’ anda lama-lama, kerana anda sendiri tidak tahu adakah lelaki itu benar-benar bakal menjadi suami anda ataupun tidak...
 
Kesimpulannya jangan jadikan pertunangan sebagai tiket untuk melambat-lambatkan pernikahan sekaligus melengah-lengahkan masa untuk memikul tanggungjawab. Jangan ambil kesempatan bertunang untuk bermain cinta, kerana sesama tunang tidak ada bezanya dengan bukan tunang. Kalau perlu kepada bertemu atau berbincang, bawalah kawan bersama. Tetapi praktikalnya, mungkin terlalu jarang berlaku di mana tunangan keluar dengan membawa ayah atau abang mereka bersama. Mereka kononnya mahukan privacy. Akhirnya, PRIVACY MAKAN DIRI
Justeru, timbang-timbangkanlah segala perkara yang disebutkan ini dan tanyalah kembali kepada diri masing-masing, perlukah anda bertunang


sekian terima kasih..mohon saranan dari anda jika penjelasan saya ini salah...
 





Kalau suka tekan like jer....

ENTRY BERGAMBAR BY MLC

 

salam...ape khabar semua...
dah bace ke entry saya semalam...
amacam...ape komen anda...
ok tak...
ahahah...

ok malam ni x nak bercakap panjang...
just nak tunjuk gambar semasa Dinner Kolej Tun Dr Ismail , Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia..
gambar ini hanyalah untuk tatapan blogger-blogger yang belum mengenali saya...jadi lepas ni kalau jumpa tu..
tegur-tegur la ye...

berikut adalah gambarnya...


bersama rakan , masih single lagi tuh..yang baju hitam tuh..  


bersama housemate.....dah berpunya ok..haha

another picture with housemate

bersama bintang...

ahaha gambar hitam putih ala-ala zaman P.ramlee  


Tu je kot nak tunjuk malam ni..
malas nak wat update panjang-panjang...
asyik pasal cinta jek...
nanti anda plak boring..
good nyte...



Kalau suka tekan like jer....