TUNANG!!!! KEPERLUAN ATAU KEHENDAK


ape khabar semua...
sihat ke...hujung-hujung minggu ni mesti banyak aktiviti kan...
dalam banyak-banyak aktiviti tu...mesti ada masa untuk kita muhasabahkan diri kita kan...
jadi hari ni saya nak mengulas dan berkongsi dengan rakan-rakan semua..
tentang konsep pertunangan dalam islam...
 
Perkataan ‘tunang’ atau ‘bertunang’ ini adalah asalnya daripada perkataan arab iaitu Khutba atau Khitbah yang bermaksud suatu perjanjian untuk memasuki perkahwinan yang biasanya dipanggil ‘Pertunangan’ Pertunangan juga boleh dirujuk sebagai upacara peminangan seorang lelaki yang berkehendakkan seorang wanita untuk dijadikan isteri dengan mengadakan majlis pertunangan. Dengan erti kata yang lebih ringkas, pertunangan adalah merupakan perjanjian untuk mendirikan rumahtangga...
 
Kita semua tahu, bertunang itu ada dalam agama...Tetapi kita kadang2 lupa, bahawa setiap benda itu  ada tujuan yang tersendiri. Poligami sebagai contoh, tidak boleh sewenang2nya dijadikan ‘senjata’ kononnya itu satu  sunnah , lalu diambil sambil lewa sehingga mencetuskan pelbagai kes penganiayaan kepada wanita...

macam jugak bertunang... Tujuan utamanya adalah untuk lebih mengenali antara satu sama lain, bukan sahaja dari segi individu tetapi juga dari segi keluarga. Dan perhubungan ini WAJIB dikawal...sebelum timbulnya maksiat berleluasa....

Bertunang , ada tujuan dan hikmahnya yang tersendiri. Antara tujuannya adalah supaya kedua-dua pasangan boleh mengambil sedikit masa untuk bersedia ( mental dan fizikal ) serta mengambil peluang untuk mengenali antara satu sama lain, sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Antara lain, tujuan bertunang itu juga adalah supaya keluarga kedua-dua belah pihak dapat membina hubungan sebelum bergelar besan. Kita selalu dengar orang tua-tua menyebut ; apabila kita berkahwin, kita bukan berkahwin dengan lelaki atau wanita itu sahaja, tetapi kita juga ‘berkahwin’ dengan keluarganya sekali.

tapi sekarang ini..istilah pertunangan itu disalahtafsirkan oleh kebanyakan pasangan-pasangan..malahan keluarga pasangan itu..antara masalah-masalah yang timbul akan saya terangkan satu persatu di bawah ini...

1) Istilah Couple dan Tunang...

bagi saya...pertunangan hanyalah satu ikatan buat pasangan sebelum mendirikan rumah tangga...bagi seseorang lelaki...dia tiada hak untuk melakukan apa sahaja...
Walaupun sudah bertunang, Tetapi dalam bab keluar bersama-sama tanpa mahram, berdua-duaan dalam kereta, keluar pagi balik petang, menghantar mengambil dari tempat kerja, tinggal bersama-sama dan segala jenis perbuatan seumpama itu yang lain, maka hukumnya adalah HARAM.

Yang buat saya terkejut sekarang adalah masih ramai yang menyangka diri mereka mempunya hak ke atas tunangan masing-masing, sehingga kehidupan mereka tidak ubah seperti suami isteri walaupun masih belum berkahwin. Ibu bapa pula ramai yang menjadi bodoh  dengan membiarkan sahaja anak gadis mereka keluar berduaan bersama tunangan masing-masing dengan alasan ‘mereka sudah bertunang’. Sedangkan dalam tempoh bertunang itu, si gadis masih berada di bawah tanggungjawab ibu bapanya, justeru tindakan membiarkan si gadis tenggelam dalam maksiat itu adalah tindakan tidak bermaruah dan tidak diterima akal...
mereka seolah-olah bersekongkol dengan anak mereka dengan cara membiarkan anaknya melakukan apa sahaja..ingat...tunang bukanlah lesen untuk anda buat apa sahaja..berpeluk-pelukan di khalayak ramai...bercium-cium...yang salah tetap SALAH...
2) Pasangan Tidak tahu Pengertian Tunang

mereka tidak tahu kenapa perlunya mereka bertunang...
Sama juga isunya, lelaki dan wanita bertunang atau mahu bertunang, tetapi langsung tidak mengambil berat kenapa mereka bertunang. Adakah hanya semata-mata suka? Adakah hanya semata-mata mahu ‘chop’ si gadis dari disambar orang lain?
Bahkan tidak pelik, terlalu ramai orang yang bertunang tetapi masih tidak tahu hukum berkahwin padanya itu samada wajib, sunat ataupun makruh. Isu kahwin enggan difikir, lantaran merasa ‘selesa’ dengan tempoh bertunang yang sebegitu lama. Seronoklah masing-masing bermain cinta, dengan menggunakan ‘tiket agama’!

Akhirnya Syaitan mendominasi rasa, terbuai hanyut entah ke mana, lalu jadilah mereka mangsa kepada nafsu durjana. Rasa bersalah mula mengisi jiwa, perasaan terhadap pasangan mula hambar tidak seperti mula-mula, akhirnya dengan mudah mengungkap kata ; awak, baik kita putus tunang saja.

Masa bercinta semuanya indah belaka, bila sampai bab tanggungjawab semua benda jadi keruh belaka. Alasannya ; masih belum puas enjoy zaman remaja!

nasihat saya buat wanita dan gadis-gadis yang belum dilamar...
1) jual mahal sikit....yang mahalnya bukan kecantikan anda..tapi akhlak dan budi bahasa anda..jgan biarkan dri anda diperkotak katikkan oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab...

2) Jangan buka hati kepada lelaki murahan..maksud saya lelaki murahan adalah lelaki yang hanya pandai bermain kata-kata cinta tetapi disebalik kata-katanya..dia tidak berniat untuk memperisterikan anda.....jdi..berhati-hatilah sebelum terkena..

3) Anda sesungguhnya tidak tahu siapakah lelaki yang terbaik untuk anda. Tetapi DIA Maha Tahu. Jadi, apabila anda telah bersedia untuk menjadi suri kepada seorang lelaki, mohonlah pada DIA lelaki yang terbaik untuk anda. Jangan ikat diri anda dengan seorang lelaki yang sengaja ‘menyimpan’ anda lama-lama, kerana anda sendiri tidak tahu adakah lelaki itu benar-benar bakal menjadi suami anda ataupun tidak...
 
Kesimpulannya jangan jadikan pertunangan sebagai tiket untuk melambat-lambatkan pernikahan sekaligus melengah-lengahkan masa untuk memikul tanggungjawab. Jangan ambil kesempatan bertunang untuk bermain cinta, kerana sesama tunang tidak ada bezanya dengan bukan tunang. Kalau perlu kepada bertemu atau berbincang, bawalah kawan bersama. Tetapi praktikalnya, mungkin terlalu jarang berlaku di mana tunangan keluar dengan membawa ayah atau abang mereka bersama. Mereka kononnya mahukan privacy. Akhirnya, PRIVACY MAKAN DIRI
Justeru, timbang-timbangkanlah segala perkara yang disebutkan ini dan tanyalah kembali kepada diri masing-masing, perlukah anda bertunang


sekian terima kasih..mohon saranan dari anda jika penjelasan saya ini salah...
 





Kalau suka tekan like jer....

3 comments:

  1. tak pyh tunang, kawen terus je. hehe

    ReplyDelete
  2. tul tu....kdg2 bertunang tu mnyebbkan berlaku lbh bnyk mksiat seblum nikah

    ReplyDelete
  3. apa pun..lakukan yang terbaik untuk diri dan keluarga..
    tak lupa juga orang tersayang =)

    ReplyDelete