Perempuan pandai Memasak vs Lelaki menjadi Imam


salam.ape khabar semua...ari ni saya nak try kupas tajuk hot sikit..
iaitu...pasal lelaki dan perempuan....
nak tau pasal apa...sila bace hingga ke bawah...
ini isu pertelagahan yang berlaku antara lelaki dan perempuan di suatu masa dulu...tetapi tak tahu la isu ini masih relevan ke tak....

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. 
Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. 
Jangan diperbesarkan isu ini... nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata seorang rakan lelaki pada seorang anak dara, juga rakan kami. 
Maka jawablah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.  

''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. 
Wanita sepatutnya buat begitu juga.
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. 
Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. 

Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

 "Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

 Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? 

Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. 

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.

Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki! 


to all lelaki cam saya ni....meh bukak fikiran kita meh....renung sejenak...jadilah imam untuk keluarga kita...

amin....


Kalau suka tekan like jer....

6 comments:

  1. btl tu..laki nak cari pmpuan pndai masak..kalau blh segala jenis kek surh blaja..bila pmpuan cari lelaki yg blh jadi imam cakap pmpuan tu memilih sgt.. tak slhkn cari lelaki yang boleh jadi imam..

    ReplyDelete
  2. yeke...eheh macamana taw segala jenis kek kna taw..mcm de pengalaman jek..tpi boy kalau boleh jadi imam tu memang bagus untuk membimbing isteri nanti

    ReplyDelete
  3. yg pnting sling memahami dn menerima pasangan kita seadanya.. yg llki tetap spatutnyalh mngjar si istri, yg istri pla msti dgr cakap.. kan sweet..

    ReplyDelete
  4. sebab tu lah lelaki dan perempuan dijadikan berpasangan..barulah boleh saling melengkap kan..:) dua2 ade kelebihan dan keburukan...tetapi macamana nak handle kelemahan itu terpulang kepada pasangan itu untuk atasinya

    ReplyDelete
  5. yee,, setuju sangat~~ memang prempuan pun patut demand utk cr suami yang boleh menjadi imam utk membimbing di dunia dan akhirat kelak =)

    ReplyDelete
  6. yup..heheh bru la rumah tangga tuh bahagia dan diredhai allah...isteri pandai masak..suami jadi imam...jadi xde lah pergaduhan..:)

    ReplyDelete