success vs failure

salam buat pembaca-pembaca dan pelawat-pelawat yang sudi klik link untuk ke blog yang tidak seberapa ini...sudah beberapa hari blog ini dibiarkan tidak terurus...bukan sebab xde idea tp sebab internet sangat2 slow...klau tgk siput jalan pun siput lgi cepat.....tapi takpelah kita harus menerimanya dengan redha sebab semua ini hanyalah sementara....

sekadar nak berkongsi sedikit mengenai perkataan BERJAYA dan GAGAL....post kali ini timbul sebagai ingatan kepada diri sendiri dan kawan-kawan di luar sana...harap-harap sudilah membacanya...mungkin tajuk kali ini agak skema..tapi saya nak jugak berkongsi dengan kawan-kawan yang lain...sila nikmati ya..:)

Bercakap pasal gagal, x selamanya kita akan gagal..adakalanya berjaya juga. Bercakap pasal berjaya pula, tak selamanya kita akan berjaya...adakalanya gagal juga...hidup kita ni macam tulah..ada kalanya kita di atas..ada kalanya kita di bawah. Walaupun kita nak sangat berjaya tu, kadang-kadang gagal akan datang juga. Kalau dah usaha giler-giler tapi gagal juga..tu ada dua sebab...pertama, usaha kita tu belum cukup bagus dan satu lagi dah memang dah ditakdirkan kita gagal..

kalau kita dah usaha sebagus-bagusnya dan kita tetap gagal, itu adalah titik permulaan untuk kejayaan yang tak disangka-sangka.Dengar baik-baik dan faham baik-baik ya kawan..sebenarnya semua bentuk kegagalan itu adalah permulaan pada satu kejayaan yang lebih mengancam...

jadi, jangan la frust sangat kalau gagal..sebaliknya bina kembali motivasi diri untuk bangkit. Buktikan untuk kali kedua anda tidak gagal. Hidup ni macam roda..berpusing-pusing..kadang2 kita ada di puncak..kadang-kadang kita ada di pangkalnya je..sama juga mcm gagal berjaya ni. tak selamanya gagal sepanjang masa.ada kalanya berjya juga...

Setiap orang yang berjaya hari ini adalah mereka yang pernah gagal kelmarin. Tak ada manusia terus berjaya sampai mati. Dia mesti pernah mengalami rebah bangunnya juga...sesiapa yang rebah dan dia sanggup bangun balik, allah menjanjikan kejayaan yang lebih besar untuknya....tapi..bagi mereka yang rebah dan tidak cuba untuk bangun malahan membiarkan diri mereka dilenyek-lenyek..dia merupakan orang yang gagal....

Kejayaan yang dikecapi hasil daripada bersusah payah itu lebih nikmat rasanya daripada kejayaan yang diperoleh secara mudah....maka jadikanlah kegagalan hari ini untuk menyerlah pada hari esok..

setakat itu sahaja yang ingin sy kongsikan...buat kawan-kawan yang tidak bernasib baik kerana mungkin gagal dalam satu atau dua posting...korang jangan risau..masih ada masa untuk kembali mngejar kejayaan...setiap usaha kita pasti akan dibalas dengan kejayaan oleh allah s.w.t

di sini saya kongsikan kata-kata inspirasi English yang boleh meningkatkan motivasi kita

1. The purpose of our life is to be happy
2. Confidence is the companion of success
3. If you're doing your best, you won't have any time to worry about failure
4. we must accept finite disappointment but never lose infinite hope
5.Failure is success if we learn from it
6. the difference between failure and success is doing a thing nearly right and doing a thing exactly right


Kalau suka tekan like jer....

5 comments: