"SEGMEN | Saya , Blog Pelajar IPTA 2011"

 

selamat malam buat semua...
tadi jalan-jalan kat blog lyssa ..
tiba-tiba ternampak la satu segmen ni..
tengok cam best jek...
so saya pun join la....


bila tengok balik...
tarikh tutup dah habis plak...ehehe tapi takpelah..
nak tulis jugk...
lyssa nak terima ke tidak itu lain cerita...
ni sekadar perkongsian buat 
adik-adik yang ingin membuat persediaan memasuki alam universiti...
sedikit sebanyak tentang course yang saya ambil 

 saya memilih Jurusan Perubatan dan sekarang saya berada di  Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras. Sekarang ni saya mempunyai masa lebih kurang 1 tahun 2 bulan sebelum menamatkan pelajaran di Universiti..harap-harap semuanya berjalan lancar..

Sebelum ini saya menuntut di Universitas Padjadjaran, Bandung Indonesia selama tiga tahun. Program yang saya ikuti ini adalah Program Berkembar UKM-UNPAD yang merangkumi program pembelajaran selama 6 tahun. Sekarang saya menghabiskan saki baki pengajian di UKM Cheras.

mengapa saya memilih course ini...banyak sebabnya...
1) sebab pertama adalah kerana inspirasi dari adik beradik saya... Abang dan Kakak saya juga menceburi   bidang Perubatan
2) sebab kedua adalah kerana ini merupakan cita-cita saya sejak dari kecil..walaupun saya tidak mendapat keputusan bagus ketika di Matrikulasi..Alhamdulillah.. ALLAH mengurniakan rezeki buat saya untuk menggapai cita-cita yang saya impikan..
3) sebab ketiga adalah kerana ayah saya meninggal kerana serangan jantung ketika saya masih di bangku sekolah rendah.Sejak dari itu saya menyimpan hasrat untuk membuat pengkhususan dalam bidang Jantung apabila saya sudah grad nanti...
4) Sebab keempat adalah kerana saya ingin memberi khidmat kepada pesakit-pesakit yang memerlukan..

Kalau ditanya menyesal ke tak amik course ini, saya boleh katakan saya tidak menyesal sama sekali..
walaupun kadang-kadang saya merasakan bidang ini merupakan bidang yang agak sukar, namun saya tetap mencuba untuk mengikuti course ini dengan sempurna..pelbagai cabaran dan dugaan yang datang mestilah kita harungi dengan hati yang sabar...biasa lah tu...

rasanya dah panjang sangat kot saya tulis, buat adik-adik diluar sana yang bakal memasuki universiti..buatlah pilihan yang terbaik. amik course ape-ape pun sama jek...yang penting lakukan yang terbaik demi masa depan yang terjamin..jangan hampakn ibu bapa dan keluarga kita..kerana dengan bntuan dan usaha dari merekalah yang membuatkan kita jadi pandai seperti skrang...

sekian...
ade pape nak tnya silakan... 

Kalau suka tekan like jer....

sayang boleh....tapi ada batasnya...

 

salam pertemuan buat semua..
malam yang dingin ni..
mestilah dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah..
takkan la nak tido je keje....
bagi la produktif sikit hidup ni...
x gitu kawan-kawan.....

malam ni rasa nak berjiwang skit...
jangan marah k...
actually post ini ditujukan buat kawan-kawan pompuan...
bukan apa...
kali ini nak bercakap pasal sesiapa -sesiapa yang sekarang ini mabuk dibius cinta...
ehehe...

nak taw x...ramai orang jadi lemah selemah-lemahnya hanya disebabkan 
dia gagal mendapat perhatian seseorang itu..
dengan kata lain...
gagal mendapat cinta
atau gagal dicintai...
eh macam saya je tuh...
:P

kepada kawan-kawan terutama prempuan....
saya nak pesan satu benda...
walaupun saya ni lelaki...
saya nak pesan gk...
tk kira...
eheheeee suka hati la kan....
blog saya kan..nk tulis ape pun...

 saya cuma nak pesan...
lebih baik seseorang perempuan mengahwini lelaki yang mencintai beliau
daripada beliau mencintai lelaki tersebut...
eh kenapa pulak? 
saya cakap ni sebab bnyak sbab la...

berdasarkan pengalaman saya, perempuan ni memang mudah sangat menyintai..
dan apabila menyintai berlebih-lebih pulak...
ni la sebabnya lelaki makin naik minyak..
bukannya minyak naik...ahha...
lelaki kalau naik minyak, maknanya bertambah lemak
bila bertambah lemak, maknanya dia tak segan-segan 
nak peralatkan anda serta nak perhambakan anda....

ni sekadar apa yang saya amati...
kawan-kawan lelaki jangan pulak kata saya ni back up perempuan...
saya bercakap atas kesedaran saya sesama insan...
jangan marah k...be cool

kalau boleh kan wahai perempuan semua, 
berpadalah menyintai sewaktu bercinta..
nanti setelah kahwin, cintalah engkau sebesar gunung pun x jadi masalah,
sebab waktu itu lelaki yan dicintai sebesar gunung akan memberikan 
cinta yang lebih besar dari gunung itu...
sampai bergunung-gunung...ahah..

ingat....dalam tempoh bercinta...
selalunya banyak yang tak jujur....

p/s masa bercinta janganlah terlalu asyik dan terlalu lentuk

peace yo........ 



Kalau suka tekan like jer....

orang benci kita tiba-tiba....whyyyyyy!!!!!

 

selamat tengahari semua....
apa khabar ari ni..
dah lunch ke??
mood semua ok x...
harap-harap okay...
jangan wat badmood taw...
nanti dibenci orang....

sebut pasal dibenci orang, 
kadang-kadang saya terfikir jugak kalau ade sape2 yang tibe-tibe benci kita
macam rasa kita ni kucar-kacirkan hidup dia lak..
padahal kita x amik port sikit pun...
buat yang pernah dibenci orang...
bersabarlah...
allah masih bersama kita...

hidup ini perlu bahagia dan ceria...
biar la apa jua rintangan dan masalah yang terpaksa kita tempuh...
kita kena sayang pada mereka yang sayang kita
dan kita jugak kena sayang dengan diri kita sendiri...

sesetengah masalah tu kan bukan kita yang buat, 
tapi orang yang buatkan untuk kita..
nyata lagi terang bersuluh yang dia tu x sayang kita dan benci kita
tak sayang pada bangsa dia sendiri..
alahai.....
nak hebohkan kat semua orang pasal masalah kecil..
rasanya tak perlu kot..
buang masa dan buang tenaga jek
plus anda dapat dosa free lagi...
cakap pasal diri kita dan mengaibkan kita...

buat sesiapa yang pernah dibenci orang..
nasihat saya satu jek..
serahlah pada ALLAH..
yang kita sendiri buat masalah..kita cuba selesaikan dengan baik...
 yang orang wat kat kita dan kita dah cuba sedaya upaya nak selesaikan tapi x siap-siap jugak
jawapannya sama juga, serahlah pada ALLAH
kalau kita benar, insyaallah ada la jalan keluar
kalau kita salah, mintaklah diberi petunjuk oleh allah..

tapi kita kena ingat, langkah ini mestilah selari dengan usaha kita,
tak boleh la x berusaha langsung, 
tapi nak ALLAH tolong...
mana boleh...

memang dalam kehidupan kita, mesti ada ka orang yang membenci kita...
tapi kita sendiri x taw ape yang membuatkan orang benci kita itu...
dan kenapa dia membenci kita...

dalam surah al-falaq yang bermaksud

katakanlah, aku berlindung kepada tuhan yang mnguasai subuh.
dari kejahatan makhluknya
dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gelita
dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembuskan pada 
tali yang tersimpul,
dan dari kejahatan orang yang dengki apabila dia dengki...

yang ayat last tu tengok btul-betul,
dan dari kejahatan orang yang dengki apabila dia dengki..
kenapa la kan..manusia ni x boleh sayang menyayangi,
x boleh tengok orang senang sikit..
mesti akan timbul macam-macam cerita...
kalau betul kita salah...boleh la tegur...
tapi x perlu kot nak hebohkan kesalahan kita sampai seluruh dunia boleh taw...
tegurlah dengan berhemah...
Rasulullah s.a.w pun ajar begitu kan....
plez. plez dan plez....
berfikiran matang lah sebelum kita melakukan apa-apa perkara...
kadang-kadang apa yang kita buat itu
menyebabkan nama baik orang tu tercemar...
please....

berbuat baiklah sesama insan... 

sekian terima kasih 

p/s hidup tidak selalunya indah, langit tak selalu cerah


Kalau suka tekan like jer....