keluargaku hartaku

Salam 1Blogger...haha...edit skit dari 1Malaysia.ape khabar hari ini...apapun saya doakan korang semua sihat walau dimana jua anda berada..sedar tidak sedar..kita dah menghampiri 10 Zulhijjah dimana pada waktu itu berlakunya satu peristiwa dimana Allah s.w.t menguji Nabi Ibrahim a.s dengan perintah menyembelih anaknya Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih..jadi, di bulan zulhijjah yang sangat berkah ini marilah kita semua mengerjakan ibadah korban terutama bagi yang mampu...

tajuk ari ini bukan berkaitan dengan raya haji..tp nak citer sikit ape kebenda  itu 'keluarga'.
Sesuatu yang kita tidak sedar, ia sangat berharga. Bila kita sorang-sorang, baru kita perasan betapa berharganya ia..tak lain tak bukan, keluarga...

masa duduk dengan keluarga, asyik boring x habis-habis,...nak sangat pergi dari rumah dan rasa x boleh hidup dalam satu keluarga...itulah realitinya masyarakat sekarang... tapikan nnti bila dah betul-betul terpaksa duduk sorang-sorang...barulah mereka sedar betapa pentingnya keluarga...

kadang-kadang, yang inilah orang terlepas pandang...masa sihat dia ingat keluarga ini tidak mempunyai apa-apa makna...tp bila sakit taw pulak nak suruh keluarga menjenguk dia...ish2.x ptut..

ini nasihat untuk diri saya dan kawan-kawan saya agar dapat dijadikan sebagai peringatan...aset kita yang paling berharga adalah keluarga...yang tak ada keluarga binalah keluarga...ehem..penulis lambat lagi...xde calon lgi....

sebab ape mesti berkeluarga...memang fitrah hidup manusia yang memang perlu keluarga...tengok haiwan..mereka pun ade keluarga..ada keluarga maknanya okeylah hidup dia...kalau tak ada selalunya pincang....

tapi memang saya akui, kadang2 ade sesetengah dalam keluarga itu tidak bahagia kerana tiadanya persefahaman dan membuak-buaknya perasaan hasad dengki dan ketidak puasan antara satu sama lain..namun benda itu boleh kita elakkan dengan adanya sifat bertolak ansur...bukannya masing-masing keras kepala....

alhamdulillah..setakat ini saya gembira dan bahagia dengan keluarga saya...walaupun sekarang ini saya hanya mempunyai ibu...saya sangat bersyukur kerana allah masih memberi peluang kepada saya untuk menikmati kasih sayang ibu itu..ibu saya sentiasa berdoa kepada saya dan anak-anaknya yang lain supaya diberikan kejayaan, dimurahkan rezeki dan diberikan perlindungan dari segala kejahatan dan mala petaka...apa yang buat saya terharu....ibu saya sangat tekun dan prihatin dengan saya dan anaknya kerana walaupun setiap bulan mendapat wang daripada abang dan kakak saya yang sudah bekerja.tetapi dia tetap masih berjimat dan mahu menyimpan wang itu untuk diberikan kepada anaknya di masa hadapan....ini yang buat saya sangt tersentuh..biarpun masa dia muda dahulu dia sudah membanting tulang untuk membesarkan kami...tapi dia tidak pernah mengeluh dan terus berdoa...dan hasilnya allah mengurniakannya satu keluarga yang sangat bahagia dan mempunyai anak-anak yang sangat mentaati ibunya.....

setakat itu sahajalah post  saya pada malam ini..tajuk ini hanyalah sebagai pengenalan untuk post-post yang akan datang...Insyaallah saya akan perkenalkan satu persatu ahli kelurga saya yang sememangnya menjadi inspirasi buat diri saya untuk mencapai kejayaan....

inilah ibuku....insan yang membesarkan 8 orang anak tanpa mengenal erti penat lelah...i love u ibu....


Kalau suka tekan like jer....

4 comments:

  1. betul3 :D keluarga jela harta kita :)

    ReplyDelete
  2. yeayy , keluarga aset berhargaa knnn . heee :)

    ReplyDelete
  3. @ budak nerd : ehe harta ya paling berhrga dan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.....kita doakan semoga keluarga kita sentiasa bhagia selalu

    ReplyDelete
  4. @ faidhatul arfah... yup.memang sngat2 berharga.....

    ReplyDelete